Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Starlight Cinema - Showtime...!!!

Hola..baru-baru ni aku baru je dapat email pemberitahuan dari 8ShareMY bahawa aku berjaya menang 4 tiket untuk menonton wayang terbuka.. Starlight Cinema..so aku pun reply email tu minta diorang pos kan tiket wayang tersebut..dan semalam baru terima tiket tu..exclusive invitation lagi..heheh..


sedikit pasal event ni..Starlight Cinema ni sebenarnya satu acara menonton wayang secara terbuka yang terbesar pernah di adakan di Malaysia ni. Bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, event ni juga berlangsung selama 8 hari bermula 13 Jun hingga 21 Jun 2014..pintu masuk akan dibuka seawal jam 6.00 petang..so bagi anda yang berkelapangan dan berminat boleh datang utuk rasai pengalaman menonton wayang bertemankan bintang dan bulan..ecewah..

oh ya..pelbagai filem akan ditayangkan..dan setiap hari filem adalah berbeza..kepada anda yang berminat untuk menonton boleh lah beli tiket online kat sini..berikut adalah jadual filem yang akan ditayangkan..


ok..bagi yang dah ada tiket..ni lokasi yang tepat untuk anda datang..copy je long lat ni kat gps anda.. 3°08'33.6"N 101°38'27.5"E ataupun anda boleh cari Bukit Kiara Equestrian Club.


So..apa lagi..sesakali kita gi tengok wayang outdoor la pula ok..bertemankan bintang..hehe..terima kasih sekali lagi kepada 8Share.. dan jugak Starlight Cinema..sebab bagi saya EXCLUSIVE SEASON PASS lagi..hehe..nanti buat lagi contest yee..hehe..ok..see u there..

Comments

Popular Posts