Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Cari idea ruang tamu di IKEA - SISAN Campaign

Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca sekalian..

Sempena kempen IKEA yang sedang berlangsung sekarang, saya ingin mengambil kesempatan untuk sama-sama mempromosikan kempen tersebut. SISAN atau ayat panjangnya adalah Store In Shape As New. Ia adalah satu kempen dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu kualiti setiap cawangan IKEA. Ia bukan sahaja tertumpu kepada keadaan kedai, malah meliputi perkara lain seperti kebersihan, kekemasan, idea, kreativiti, prestasi, penyelenggaraan dan lain-lain. Jadi, adalah menjadi keutamaan di IKEA untuk memastikan kualiti tersebut sentiasa di jaga.

Ok, dah tahu apa itu SISAN??jom kita tengok dua gambar dibawah.


Mesti anda pernah saksikan kedua-dua gambar di atas kan? Pertama kali saya melihat gambar tersebut apabila ia menjadi viral di laman sosial dengan menyaksikan ke'sempoi'an sebuah keluarga bertukar pakaian antara ibu ayah dan anak-anak. Rupa-rupanya ia adalah salah satu dari promosi di IKEA. Ia merupakan promosi idea ruang tamu di IKEA.

Kepada mereka yang ingin mencari idea untuk merekahias ruang tamu rumah, bolehlah melihatnya di laman web IKEA. Pelbagai idea serta konsep yang ditonjolkan di sana. Anda juga boleh memilih perabot yang dirasakan sesuai mengikut bajet anda kerana setiap barangan disertakan dengan spesifikasi produk serta harga barangan tersebut.

Jadi apa tunggu lagi. Jom cari idea untuk rumah anda. Walaupun rumah anda lama, tak mustahil ia akan kelihatan baru jika kena gayanya. Jom SISAN - store in shape as new.


Comments

Post a Comment

Popular Posts