Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema...

[ World Cup 2014 ] - Ganjaran Menanti Setiap Negara

Akhirnya.. Berakhir sudah penantian selama sebulan pasukan yang bertanding pada Piala Dunia 2014 edisi ke 20 ini yang mana menyaksikan pasukan Jerman berjaya merangkul kejuaraan buat kali ke-4 dalam sejarah berlangsungnya Piala Dunia yang mula dipertandingkan sejak 1930 lagi..

Jerman yang berhadapan dengan pasukan Argentina telah berhempas pulas apabila perlawanan terpaksa diteruskan ke masa tambahan dan akhirnya jaringan berjaya dilakukan oleh Mario Götze pada minit ke 113 perlawanan.

Tahukah anda bahawa setiap negara yang berjaya layak ke Piala Dunia akan menerima habuan yang sangat lumayan apatah lagi sekiranya setiap negara ini berjaya ke peringkat lebih tinggi. Dari 32 negara yang berjaya ke piala dunia hingga negara yang berjaya menjuarai piala berprestij ini, pastinya menerima habuan atau ganjaran yang sangat-sangat lumayan.

Pada edisi kali ini, FIFA telah memperolehi sebanyak $4.5 billion hasil dari penyiar, penaja, hospitaliti dan juga tawaran perlesenan dan dari jumlah itu sebanyak lebih $400 juta telah di agihkan kepada 32 negara yang bertanding. Berikut adalah pecahan agihan yang dibuat.

Juara Piala Dunia 2014 - Germany

Si Juara Germany ini berjaya membawa pulang wang habuan sebanyak $35 juta dan ianya bergantung kepada persatuan bola sepak  negara itu untuk mengagihkannya. Ia merupakan habuan paling tinggi semenjak piala dunia dipertandingkan yang mana lebihan $5 juta lebih berbanding dengan edisi piala dunia 4 tahun lalu di Afrika Selatan.

Naib Juara - Argentina

ehsan Adidas
Bagi pasukan Naib juara Argentina ini habuannya tidak kurang hebatnya. $25 juta menjadi milik mereka berbanding tahun lalu yang hanya memperuntukkan sebanyak $24 juta sahaja.

Tempat ketiga dan keempat

Bagi pasukan Belanda yang telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah pada edisi kali ini seterusnya menduduki tempat ke 3, hadiah wang tunai $20 juta telah berjaya mereka perolehi setelah gagal untuk ke peringkat akhir.

Pasukan tuan rumah Brasil yang di malukan oleh pasukan Juara Germany 7 - 1, dan juga tewas pada saingan tempat ketiga yang di menangi Belanda 0 -3, mereka akhirnya hanya berjaya menduduki tempat ke 4 dan membawa pulang $20 juta sahaja. Banyak jugak tu...

Peringkat Suku Akhir

Bagi negara yang layak ke peringkat suku akhir, ganjaran wang bernilai $14 juta menjadi milik mereka. Pasukan tersebut adalah Colombia, Costa Rica, France dan Belgium.

Round of 16

8 pasukan yang tertewas di pusingan 16 pasukan teratas akan menerima habuan sebanyak $9 juta setiap pasukan. Mereka adalah USA, Greece, Algeria, Uruguay, Switzerland, Mexico, Nigeria dan Chile.

Bagi pasukan yang gagal untuk keperingkat seterusnya..iaitu baki lagi 16 pasukan, mereka juga diberi habuan yang tak kurang hebatnya.. $8 juta setiap pasukan yang menyertai piala dunia tetapi tersingkir di peringkat liga lagi..

Haaaaa...banyakkan??tu lah habuannya...siapa xnak kan.. dan yang menarik jugak setiap negara hanya perlu membayar sebanyak $1.5 juta sahaja sebagai bayaran penyertaan. Malaysia bila lagi??

Berikut adalah ringkasan habuan yang diterima setiap negara bertanding.


Statistic: Prize money distribution at the 2014 soccer World Cup in Brazil (in million U.S. dollars) | Statista
Sumber Statista

Comments

Popular Posts