Salam semua..
Entri di bulan Ramadhan ni tak sah kalau tak share kisah berbuka puasa kan? So aku jugak nak kongsikan dengan anda semua kisah berbuka puasa aku. sepanjang 2 minggu berpuasa ni sempat jugak lah aku berbuka di macam-macam tempat..kat rumah, kat hospital, kat kedai makan dan ket tempat yang menyediakan buffet ramadhan. Dikesempatan ini nak jugak aku share lokasi berbuka puasa aku tahun ni..setakat harini lah ye..
Satu tempat yang aku rasa best untuk menjadi lokasi berbuka puasa korang tahun 2014 ni, tempat yang pada aku tak la begitu mewah, namun menyediakan juadah berbuka puasa yang sangat banyak..aneka juadah disediakan..katanya lebih 100 hidangan..banyak tu..di samping itu juga korang boleh melakukan perkara sunnah..kat mana tempat tu??
Haaa..mesti pelik kan..apahal kelab kuda pulak ni...Ok..
Denai Alam Recreation and Riding Club atau DARC adalah satu kelab rekreasi bagi penduduk Denai Alam, Shah Alam. Pada ramadhan kali ini mereka menyediakan buffet ramadhan pada harga yang sangat berpatutan iaitu
RM29.90 untuk dewasa dan
RM14.00 untuk kanak-kanak..ok la kan..Dengan juadah yang sangat banyak..macam-macam ada..korang juga diberi peluang untuk mencuba 2 aktiviti sunnah iaitu menunggang kuda dan jugak melakukan sukan memanah..
Aku dah cuba.. Makanan memang boleh tahan..ada nasi ayam, mee kuey
teow goreng, mee kari, kambing dan ayam BBQ, nasi dengan pelbagai lauk
pauk, pe lagi eh..haa..western food, burger bakar, salad, ABC, air
macam2 kaler, air panas, teh tarik, kopi..fuhhh...macam2 lagi lah..
|
Gambar sumber DARC FB |
Lepas makan boleh solat di surau yang disediakan, ada tandas, semua lengkap.. lepas tu boleh la mencuba menunggang kuda dan memanah pulak..memang best.. xpernah aku naik kuda ni...hehe boleh la nak try kan..dan jugak memanah. Sempat jugak brader tu telengkan kepala aku nak ajar camna cara yang betul memanah..hehe
Amacam..best tak..cam best je kan...kalau nak compare tempat lain..agak berpatutan la harganya..dengan aktiviti yang disediakan..memang best la kan..so kalau anda semua berminat boleh menghubungi
0102402606 / 0102447890 / 0378315561 untuk sebarang tempahan..oh ya promosi sehingga 25 Julai 2014 sahaja tau..cepat..jangan tunggu lagi..ni kat bawah ni exact location untuk ke DARC ni..
Selamat Berbuka dan selamat menjamu selera..
Comments
Post a Comment