Assalam..
Tahun 2014 merupakan tahun yang sangat mencabar. Bukan sahaja pada diri aku ni..malahan pada negara Malaysia. Semua sedia maklum. Macam-macam kejadian, trajedi, peristiwa telah berlaku. Kegagalan, kehilangan, kemusnahan, kehancuran melibatkan negara membuatkan tahun 2014 menjadi tahun berdukacita buat rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, aku jugak mungkin sedikit terkesan dengan apa yang berlaku.
Namun di sebalik keadaan tersebut mungkin ada dikalangan kita yang beroleh berita bahagia, gembira, jaya dan sebagainya yang mampu buat mereka tersenyum. Aku.. yup ada kisah menarik nak disorotkan sepanjang 2014. Tak banyak..tapi boleh la buat aku gembira.
3 - 10 April 2014 - Korea Trip - Sakura @ South Korea
Kalau korang tertinggal, ada aku sharekan pengalaman aku sewaktu disana..so boleh la baca eh..
Sakura @ South Korea Siri 1
Sakura @ South Korea Siri 2
Sakura @ South Korea Siri 3
Sakura @ South Korea Siri 4
Sakura @ South Korea Siri 5
Sakura @ South Korea Siri 6
Sakura @ South Korea Siri 7
31 Julai 2014 - AndYasmin E-day
Yang ni aku x share story pun..hehe..maklumlah sibuk sangat.
Apa lagi ye..emmm..rasanya tu je lah cerita best aku sepanjang tahun 2014. Dan kini kalendar tahun baru dah pun dibuka..2015.. tahun yang mungkin memberi banyak kisah menarik di dalamnya.
Seawal tahun 2015 ini dah ada beberapa perkara yang menggembirakan kita. Ya..turunnya harga minyak kat Malaysia ni..berapa lama ia mampu bertahan tu aku pun x tau.. Kalau lama , Alhamdulillah.. Kalau sekejap je..hmmm... tak tahu lah..
Seterusnya.. tahun ni juga buat pertama kalinya aku akan menjejakkan kaki ke bumi eropah..bercuti bersama keluarga. Tunggu je lah kisah yang akan aku kongsikan nanti dalam blog ni okay...tak berapa lama pun lagi..dekat dah..
Ok. Kalau tahun lepas dah ada E-Day.. So insyaallah tahun ni akan ada majlis rasmi nya pulak..tapi bukan lah masa terdekat ni..hmm..tapi kira dekat la jugak..beberapa bulan je lagi..exact date tu nanti aku share ye..sampai masa aku jemput la..hehe..
Tahun 2014 aku follow family bercuti di Korea. Insyaallah tahun 2015 aku plan nak bawak kawan-kawan ke sana pulak. Oh ya..bukan la bawak diorang "sponsor" ye.. aku plan nak buat trip ke sana dengan hanya RM2500 sahaja.. Kalau korang sentiasa update blog aku ni ada aku post pasal
Misi Autumn di Korea 2015 dan
Update Misi Autimn di Korea 2015. So korang berminat nak tau detail boleh la pm aku ya..
Maka dengan bermula nya 1 Januari 2015 lalu, maka bermulalah segala misi bagi tahun 2015 ini. Semoga apa yang di rancang menjadi kenyataan.
Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Insyaallah..
Comments
Post a Comment