Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Travelog - Sakura @ South Korea - Everland (Part 7)

Yuhuu..terima kasih kerana sudi singgah ke blog picisan hamba ini..untuk kita sambung perjalanan di hari terakhir kita sebelom bertolak balik esoknya..ok..dah part 7 da..maknanya dah masuk hari ke tujuh kita di korea..di hari yang ke tujuh ni aku nak share kat korang semua aktiviti dihari ketujuh yang sangat best ni..hari ni kami bergembira di EVERLAND!!!!..hehe..yeayyy..antara taman tema terbesar di Korea ni..jom ikuti kisahnyaa...

9 April 2014 (Day 7)

Ok..di hari ketujuh ni kami merancang untuk ke Everland..mulanya kami plan nak pergi pagi-pagi sebab nak explore seluruh kawasan Everland yang besar gila tu..tapi pagi tu kami tukar plan..semuanya gara-gara nak beli sedikit lagi barangan sourvinir untuk dibawa balik..hehe..masih x cukup..so sebagai peringatan untuk anda..kalau nak shoping tu jangan tunggu hujung-hujung baru nak beli ye..kalau dah sampai namdaemun market tu beli lah apa saja..

So kami keluar awal pagi tu..kol 8 pagi dah keluar terus menapak dari Chungmuro ke Myeongdong dulu..beli beberapa produk kecantikan..hehe..kat sini murah compare to harga kat Malaysia..singgah Nature Republic..beli aloevera gel tu..kalau kat Malaysia harga sebotol dalam RM33..kalau kat korea sebotol 4400W maknanya dalam RM13 je..siap ade romotion lagi beli 4 botol harga 17000W lebih kurang dalam RM50..kalau kat Malaysia da seratus lebih kan..so sangat murah..pastu masuk pulak Etude House..aku mulanya mana nak tau pasal kecantikan ni..tak pernah dengar pun nama2 produk ni..adik sedara aku cakap etude house ni x banyak ade kat malaysia..so aku pikir elok jugak kalau beli barangan ni untuk dijadikan hantaran kawin aku nanti..so bermula lah aktiviti memilih..bukan aku yang pilih..tapi aku biarkan makcik2 aku yang pilihkan..mana nak tahu pasal semua ni..

kedai Etude House di Myeongdong
ok da beli..setel kat Myeongdong..semua nya terkejar2..sebab nak ke Everland lak pas ni..lepas Myeongdong menapak lagi ke Namdaemun Market..sebab terlupa nak beli baju I Love Korea..jumpa je kedai jual tshirt tu..tanpa fikir panjang terus pilih..pilih punya pilih..semua sekali dekat RM300 jugak la..banyak gila kitorang beli..pastu beli sikit lagi fridge magnet..sempat beli beg untuk ibu..hehe..penat jugak bila rushing ni..selesai Namdaemun..terus balik semula ke Guesthouse..naik subway dari Hoehyeon ke Chungmuro..

Balik je terus makan..n terus siap nak keluar semula untuk ke Everland..Makteh tak ikut sebab malas nak pergi..sebab rugi je nanti masuk dah la bayar mahal..tapi bukan main pun kan..so makteh tinggal dengan Dahlia..si kecik tu..

ok untuk ke Everland..ni route yang kami gunakan..dari Chungmuro naik subway Line 3 ke station Gangnam Line 2..transfer di station Seoul National Universiti..Sampai je di Gangnam keluar exit 6..pastu jalan lebih kurang 50 - 100m nampak Dunkin Donut ada bus stop depan tu..cari bas bernombor 5002..untuk terus ke Everland..Perjalanan agak jauh lebih kurang 45 minit camtu la..dan sepanjang perjalanan anda akan dapat lihat pemandangan di pinggir bandar di korea..melalui laluan berbukit..memang sangat cantik..

sampai je di station Everland..akan ada shuttle bus yang tunggu untuk dibawa ke betul2 pintu masuk Everland..kami sampai agak lewat..dalam pukul 3 petang camtu..terus beli tiket..ok untuk tiket banyak harga..korang boleh rujuk website Everland untuk maklumat lanjut..ok jom tengok apa yang sempat aku rakamkan..

pintu masuk Everland
Tulip Festival..real tulip tuu...
Me n tulip
Family Maksu..dahlia x ikut..
Sakura di Everland
masuk 3D ride..tapi x best..
Xtrain..roller coaster besi..ade loop n 360..
lagi tulip
tulip lagi..
lagi-lagi tulip...
dalam everland..
sempat la jugak naik beberapa ride yang ada di situ..ad a satu ride tu..aku x ingat nama nya..masa naik tu pasang la GoPro kat chest strap tu..pastu ntah macamana tah..xpasang kuat agaknya..GoPro tercampak..nasib baik tercampak ke depan..betul2 depan orang yang tengok..fuhh..nasib baik x jadi apa2..

lepas tu kitorang teruskan lagi aktiviti main kitorang hehe..tapi sayang..hari semakin gelap..banyak gambar xdapat dirakamkan..aku dengan paksu dengan gigihnya pergi cari antara ride yang paling rare kat situ dan kat mana2 jugak lah..roller coaster kayu..kalau korang google..cari T-Express..korang boleh tengok betapa besarnya n lajunya rollercoaster ni..buat pakai kayu beb..nasib baik sempat..tutup pukul 730 malam..kitorang beratur kol 7..sampai pukul 8 baru turn boleh naik..tapi dah malam..x nampak view cantik..tapi sangat berbaloi tunggu lama-lama pun sebab tu lah antara ride yang paling gempak skali pernah aku naik sepanjang hidup aku ni..

Xtrain

T-Express

lepas naik roller coaster tu..ride semua da tutup..tapi ada persembahan di four season garden dan pertunjukan bunga api..lama jugak persembahan tu lebih kurang 20 minit..sori xda gambar sebab dah malam..lepas abis show maka pulang lah kitorang,..nak balik jugak sama perjalanannya..naik bas sampai gangnam semula..lepastu naik subway sampai chungmuro..

oh ya..nak share jugak..malam tu tersangat lah sejuk..aku yang tak penah2 menggigil mase kat sana..menggigil gila..sejuk gila..aku rasa hampi 2-3degree kot..huhu..maklum la..orang xpenah pegi oversea..huhu..

Comments

Popular Posts