Followers

Thursday, October 22, 2009

1 hari 1 website

10/22/2009 12:13:00 PM Posted by Andy Fairuz No comments
semalam 1 rekod baru diri ku telah ku cipta..aku berjaya menyiapkan satu projek untuk sebuah website dalam masa hanya 1 hari. projek yang telah diberikan kepada aku oleh sorang awek bernama hawa dari seorang rakan aku, kei'. aku mula menyentuh projek tu pagi semalam sebaik sahaja aku tiba di ofis.bukak je laptop, aku mulakan kerja aku..

memang sangat busy semalam.namun sempat juga kekadang aku cek facebook, frienster, mespes, frienster..sume2 la..maklumla..untuk mengelakkan bosan n serabut mengadap dreamweaver tu..tanpa memikirkan perkara lain aku terus menyiapkan website berkenaan dengan hairstyle design. nasib bos kejap je ade kat opis ni..

ke'busy'an aku ni membuatkan aku leka dan kurang ber'message' ngan dak comei..huhu..mesti dia bosan rini..tapi kerja tetap kene siapkan..sepatutnya due esoknya..tapi budak yg bagi projek ni nak malam tu jugak..terpaksa aku bertungkus-lumus.

petang tu pas balik keje..aku beli topup..n mesej sesapa yang patut..aku kol dak comei tak angkat..dapat mesej dari kei' pasal malam nye urusan..ade prospek katenye..peah pun bitau die da bitau member die untuk closing bisnes..sume aku setelkan dulu..aku kol lagi dak comei..tak angkat, tapi reply soh aku tunggu jap..emm nape ni??takkan majuk ngan aku kot tak mesej 1 ari ni.emm

malam..pas beli makan kat kedai untuk family..aku terus mandi siap kuar..nak g closing..berbisnes.. dalam kepala aku still memikirkan pasal website yang perlu aku siapkan..camane ni..malam ni ade closing..keje tak siap lagi..emm..titebe mase otw nak amek kei' die mesej bitau prospek die tetiba cancel..prospek peah plak tamo jumpe..huhu..terus aku kerumah kei' untuk sambung keje aku..awek yang bagi keje ni nak amek malam ni gak..kol 12 nak datang amek..aku tgk jam ketika tu da kol 10mlm..ade lagi 2 jam untuk aku siapkan lagi 20% kerja aku..

terlena aku kejap menyiapkan kerja aku..letey nye..huh..namun ku gagahi jugak untuk siapkan..dalam 1215 tghmalam..budak tu kol kate nak sampai da..nak amek projek website ni..huhu camane??ade sket lagi ni tak siap..10 min pas tu diorang sampai..jumpe la kitorang di restoren 'sempeneh' sek 7..terus aku kesana..jumpe je si hawa ni aku bitau yang keje tu tak siap lagi..aku slowtalk ngan die mintak die tunggu kejap lepak2 dulu sambil aku siapkan kerja tu..aku kerja dan terus bekerja..tetibe dak comei kol aku..emm dengan tenang aku bitau aku tengah sibuk..n nanti aku kol die balik..dengar dari suaranya macam ade sumthing yang tak best..aku lupekan kejap bab tu..n aku concentrate ngan kerja yang sket je lagi nak siap ni..

lame gak diorang tunggu..dalam kol 1.45pg barulah sume keje siap..terus aku panggil die untuk tengok ape yang patut..emm harap diorang puas ati ngan keje yang aku buat tu..so far segalanya ok..da setel sume terus ditanya bab bayaran..kalau tanya aku untuk siapkan sebuah website..mau 3-4 ratus..tapi tu complete la..then aku butau dia untuk tgk dulu camane n nanti decide brape yang berpatutan..

abis keje..da submit..aku ngan kei' mula melangkah balik..mase tu da dekat 230pg..cadangnya nak lepak makan sesame ngan kei'..tapi aku wat keputusan untuk terus balik..sebab da lambat..aku kol dak comei tu..suaranye memang dalam keadaan tak tenteram..bila aku tanya die pun tak tau ape sebabnya..

aku mula mempositif kan dia ngan cerita2 kejayaan aku siapkan website tu dalam masa 1 hari..aku buka cerita yang best so dat dia tak susah ati lagi..emm..walaupun aku tau die still susah ati..tapi aku da wat die seronok malam tu n tergelak ngan aku..

emm pasal tu tak perlu la aku cerita panjang kat sini..yang penting aku da jalankan tugas aku untuk hepikan orang n orang tu hepi..aku berjaya siapkan website tu dalam masa 1 hari yang mane tu 1 rekod bagi aku..n budak yang mintak siapkan keje tu hepi sebab aku berjaya siapkan keje tu sepertimana yang di mahukan..

Wednesday, October 07, 2009

Redha ibu bapa, Redha Allah

10/07/2009 09:07:00 AM Posted by Andy Fairuz No comments
emm.. memang benar.. untuk dapat redha allah perlu dapat redha ibu bapa..satu ayat yang aku dengar seorang khatib membaca khutbahnya pada solat jumaat suatu ketika dulu..kini aku sedar yang kata-kata itu memang sangat benar.

aku mula mencari kebenaran ini sebenarnya dah lama dah..cuma masih tak jumpe..dan kini baru aku temui maksud sebenar..ape yang aku inginkan sebelum ini yang masih tidak termakbul mungkin berlaku akibat perkara diatas ini..tidak mendapat redha ibu bapa..walaupun mereka bersetuju dengan kehendakku,namun aku yakin jauh disudut hati mereka tak mahu aku terus begini..

berita tentang aku telah diambil bekerja telah membuatkan ibu aku tersenyum gembira.walaupun biasa sahaja wajahnya tapi jauh dalam hatinya terukir rasa seronok yang teramat sangat.aku rase tenang bile dapat rasakan reaksi ibu. walaupun pada aku berat untuk aku terima semua ini,tapi atleast aku a gembirakan family aku..

dan inilah redha dari mereka..tak disangka..ape yang aku inginkan (bisnes) ibaratnya telah berjumpa jalannya..member lame yang dulu takmo bersama dengan aku dalam bisnes tiba-tiba ingin sama mencapai kejayaan dalam bisnes bersama aku.aku ade kekuatan baru..dan tak disangka-sangka perjalanan bisnes aku di perak semakin berjalan laju. hari kedua aku bekerja geng dari perak turun ke s.alam untuk event di s.alam. tak sangka malamtu je aku ley collect RM700..hampir menyamai gaji aku sebulan..

mungkinkah ini redha mereka..pada aku memang benar..dan dikala aku menaip blog ini pun aku baru sahaja menyiapkan satu mini projek untuk bos aku..flash presentation untuk satu majlis perasmian di KL isnin ni oleh Muhyidin Yasin..huhu..lepas siap je keje..tetibe bos aku bagi upah saje2..hehe..dapat la RM50..pada aku tu sume berkat redha mereka..balik je umah aku terus ajak family aku g makan kat luar.since aku pun tak makan dari pagi..malam aku belanja fmly aku makan..seronok rasenye..

so rakan-rakan sekalian..ibu bapa memang penting dalam kehidupan setiap individu..penting bagi kita untuk mengambil setiap apa yang diperkatakan..kerana disitulah letaknya redha mereka..dan bila mereka redha, maka redha Allah akan datang dengan sendirinya.InsyaAllah..