Followers

Wednesday, May 28, 2014

Travelog - Sakura @ South Korea - Nami Island (Part 5)

5/28/2014 09:06:00 PM Posted by Andy Fairuz 2 comments
Hola..gigih aku menyiapkan siri seterusnya..perjalanan bercuti di Korea..untuk siri kali ini dah masuk hari kelima..masih lagi di Seoul. empat hari sebelumnya sudah aku kongsikan..gambar pun dah tengok..so masuk hari kelima..perjalanan diteruskan lagi kesebuah tempat menarik di Seoul..tempat yang pernah menjadi lokasi penggambaran siri tv popular korea suatu masa dulu..dan disebabkan siri tv ni lah tempat ni semakin hari semakin dikenali..dan aku baru sahaja nak sampai..hehe..tempatnya tak lain tak bukan..Pulau Nami..atau Namisum..yang pernah menjadi lokasi penggambaran siri Winter Sonata. Jom ikuti kisah perjalanan aku..

7 April 2014 (Day 5)

Ok..perjalanan kami hari ini bermula pada jam 9 pagi..untuk ke Nami Island, macam-macam cara boleh kita gunakan. banyak route yang boleh kita ikut. korang boleh gugel sahaja untuk mencari route yang mana yang bersesuaian dengan korang..antara kaedah yang boleh anda follow adalah..

1. Shuttle bus.
Korang kena ke Tapgol Park / Pagoda Park yang terletak di Insadong..untuk ke sana boleh naik subway dan turun di Station Jongno 3. keluar exit 5 dan jalan lebih kurang 300 meter untuk ke tapgol park.tunggu bas shuttle di sana. tapi harus diingat..bas ke nami akan bertolak pada jam 9.30 pg dan balik semula dari nami pada jam 4.30 petang..so kene plan masa anda sebaiknya..bayaran 23000W dikenakan.. ia termasuk tambang bas, tambang feri dan admission fee..

2. Bas
Anda boleh naik bas dari Dong Seoul Bus Terminal untuk ke Nami. Untuk ke terminal bas ni, anda boleh naik subway dan turun di station Gangbyeon..tapi rasanya kalau naik bas perjalanan agak lama..sebab agak jauh..n bas mungkin berhenti2..Tambang tak pasti pulak camne..hehe..sori..

3. Train
Kalau naik subway pula nampaknya macam lebih mudah..tapi bergantung dari mana anda..sebab mungkin anda perlu transfer banyak line untuk ke sana..dari mana pun anda, anda kena turun di station Gapyeong. ambil teksi untuk terus ke Nami..tambang teksi hanya 3000W dan sangatlah dekat..

4. ITX Train
Ni kaedah yang kami guna sewaktu di sana. Masa perjalanan agak singkat, tidak terkejar-kejar. tapi mungkin lebih sket la kosnya.. Kami daru station Chungmuro ke station Cheongnyangni transfer di station Dongdaemun untuk naik ITX Train..oh ya ITX ni adalah train express. Sangat laju dan lebih selesa. Trainnya agak panjang..rasanya lebih 10 coach..masa di ambil pula agak singkat.. Dari Cheongnyangni Station terus ke Gapyeong Station..then ambil teksi terus ke Nami.

pemandangan dari dalam train ke Nami
View dari dalam ITX Train
Dalam ITX Train..

Sampai je di station Gapyeong, kami terus ambil teksi untuk ke jeti menuju Nami Island. 3000W per teksi.so ok la kn..untuk masuk  ke pulau Nami bayaran sebanyak 10000W untuk dewasa dan 4000W untuk kanak-kanak dikenakan. Dari jeti tu boleh nampak Nami. tapi disebabkan feri tu agak slow perjalanannya ia ambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai..so..jom tengok gambar kat sana..jom..

Dalam feri menuju ke nami island
pintu masuk Nami Island
Ada rumah kecik..
tempat wajib amek gambar..
yang atas tu bukan belon..tapi lampu..
Nami Island..kedai cenderamata
Winter Sonata
huhu..tempat wajib..
Sonata musim salju...
pokok..nami island
lagi pokok di nami island
view di nami
pokok..pokok..pokok..
Sakura..
lagi sakura
South Korea - Malaysia
Winter Sonata Bicycle..
Untuk pelancong dari Malaysia
Burung Unta..

Sambung Part 6

Monday, May 26, 2014

Travelog - Sakura @ South Korea - Gyeongbokgung, Gwanghwamun, Itaewon (Part 4)

5/26/2014 05:03:00 PM Posted by Andy Fairuz 2 comments
Yezza..bersambung lagi di bahagian ke empat..maknanya dah masuk hari ke empat kita berada di Korea Selatan..dan untuk hari keempat ni kami berjalan-jalan di sekitar Seoul..melawat tempat-tempat menarik. Antara tempat yang kami pergi.. Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Gate, Gwanghwamun Square, Itaewon..Jom baca cerita saya..

6 April 2014 (Day 4)

Perjalanan kami pagi ini bermula tak la terlalu awal..dan tak pula terlalu lewat..dalam pukul 8.30 camtu kami dah keluar rumah..terus turun ke subway stesen.. ambil train ke Gyeongbokgung. Dari stesen Chungmuro terus ke stesen Gyeongbokgung..tak perlu transfer..so agak mudah..

Sewaktu kami tiba di stesen Gyeongbokgung secara kebetulan ada beberapa orang dari sebuah sekolah di Seoul sedang membuat program seperti khidmat masyarakat..dan offer kami untuk FREE TOUR GUIDE untuk ke Gyeongbokgung Palace..kami pun apa lagi.. terus setuju la..hehe..percuma..sampai je terus dia bawakkan kami melawat palace tu..

Oh ya..nama student yang bawak kami tu Min Se Rim..kalau tengok dari kad yang dia bagi, dia dari International Exchange & Culture Promotion Institute.. tak tau la dia buat apa.. so bermula lah perjalanan kami..

Untuk masuk Gyeongbokgung Palace ni..bayaran dikenakan adalah sebanyak 3000W dewasa dan 1500W untuk kanak-kanak..Di sini kami dapat lihat istana lama King Sejong yang memerintah korea dulu..huhu..Jom tgk gambar..hehe..
Gyeongbokgung Palace Main Gate
Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace - Ruang rehat
Selfie skali
Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace - Guard
King Family

King Sejong
Selfie..dengan Min..korean student
Sakura..
Lagi Sakura..
Setelah melawat keseluruhan kawasan istana tersebut, kami terus ke Gwanghwamun Square yang terletak betul-betul dihadapan Gyeongbokgung Palace. Ia adalah sebuah dataran yang luas yang mana terdapat King Sejong Statue dan Admiral Yi Sun-Shin Statue. Kebetulan pada hari tu kat dataran tu berlangsungnya satu karnival..so macam-macam la ade situ..booth jualan, pameran dan persembahan..
King Sejong Statue
Orang terapung
Selepas penat berjalan..membeli apa yang patut untuk dibawa balik..dah jadi King Sejong kejap..perut pun dah lapa..kami meneruskan perjalanan ke Itaewon..untuk mencari makanan halal kat sana..oh ya..kalau anda semu da sampai di Gwanghwamun Square ni, anda boleh teruskan jalan sehingga ke Cheonggyecheon Stream sebab dah dekat dah.. Kitorang pulak disebabkan xtau..n dah penat..so kitorang terus decide untuk balik dan terus ke Itaewon..so da rugi masa la..sebab kitorang pergi balik ke Cheonggyecheon Stream pada 2nd last day kitorang..

Dari  Gwanghwamun Square kami patah balik ke Gyeongbokgung station untuk ke Itaewon..huhu..sedangkan boleh naik dari Gwanghwamun station..so jalan agak jauh sikit la..penat jugak la menapak..huhu..

Selfie dulu
penat berjalan...
Dari Gyeongbokgung station menuju ke Itaewon, kena transfer train di station Yaksu.so kene tukar train..Sampai je Itaewon terus cari restoran Halal untuk makan tengahari..huhu..walaupun da agak petang..kol 3 camtu kot..kebetulan dapat line wifi kat sana.. google la..apa lagi kan..ada lah jumpa restoran indonesia..lokasinya dekat masjid..tapi masa on the way nak cari restoran tu jumpa satu restoran jual briyani makanan arab..terus buat keputusan nak makan kat situ..hehe..sebab dah lapa punya pasal.. Nama restoran tu.. Foreign Restaurant.

makan kat sini bufet..so bayar kira per kepala.. emm..tak ingat la pulak brape..tapi boleh makan banyak mana pun..sampai kenyang..macam-macam la ambil..kambing, nasi, ayam, naan, salad..kenyang..puas makan..hehe..so boleh la kalau anda semua nak try kat sini..tapi jangan risau..sebab kat itaewon ni memang banyak restoran halal..pilih saja..

Foreign Restaurant..

Selfie skali...
Lepas isi perut..semua dah kenyang..kitorang merayau sekitar Itaewon..ok..kat sini kalau nak cari produk halal memang banyak..so kalau nak cari bahan-bahan memasak halal..banyak terdapat mart-mart yang jual produk halal..so sangat mudah. kat sini jugak banyak jual souvinir murah..boleh tahan gak laa..tapi nak lagi murah kat Namdaemun..hehe..nanti kita cerita..ok..jom tgk camna keadaan kat Itaewon..
Keadaan di Itaewon
Jalan-jalan di Itaewon
Itaewon
Setelah penat..mencari barang..mencuci mata..mengenyangkan perut..maka kami terus balik...penat dah..esok nak jalan lagi..so malam tu kami hanya berehat di rumah...esok nak jalan jauh..winter sonata lagi..so kita sambung lagi yee..tungguuuu...

Sambung Part 5

Wednesday, May 21, 2014

Travelog - Sakura @ South Korea -Seoul, Chungmuro, Myeongdong (Part 3)

5/21/2014 06:41:00 PM Posted by Andy Fairuz No comments
Hai semua..masih membaca blog saya..terima kasih kerana masih sudi menelaah blog saya ni..ok.. 2 hari telah saya kongsikan..masuk bahagian ketiga..maknanya hari yang ketiga.. Pada hari yang ketiga ini perjalanan kami diteruskan di mana kami balik semula ke Seoul. Jom ikuti kisah saya..

5 April 2014 (Day 3)

Ok..di hari yang ketiga ini perjalanan kami bermula seawal jam 8.30 pagi..cadangnya nak melalui kawasan misteri iaitu Mysterious Road..tapi tak sempat..sebab flight ke Seoul pukul 10.30 pagi..bestnya pasal jalan ni adalah apabila kita melalui jalan ni, kereta kita akan tetap berjalan walaupun keadaan jalan pada masa tu menaik..walaupun dengan free gear dan tanpa menekan padle minyak. misteri kan..korang boleh tengok kat youtube pasal misterinya jalan ini..

Jadi disebabkan tak sempat..kami terus ke airport..tapi sebelum tu hantar kereta dulu..lokasi tempat sewa kereta dengan airport tak la jauh pun..10 minit je perjalanan..Sampai je di airport terus check-in..tunggu dalam setengah jam terus naik flight.. Sampai di Gimpo Airport pukul 11.30 pagi..

Tiba sahaja di Gimpo Airport, kami terus ke luar untuk mencari public transport untuk ke guesthouse yang dah kami book. Pada mulanya kami bercadang untuk menaiki bas..tapi takut tak tau pulak nak stop kat mana so kami plan untuk naik subway..tapi disebabkan barang banyak so kami diberi cadangan oleh pakcik yang jaga kat situ untuk naik teksi..kosnya lebih kurang sama jika dibandingkan dengan menaiki bas..lagi senang..boleh terus angkat barang terus berhenti kat depan apartment kami..

oh ya terdapat pelbagai kaedah pengangkutan awam dari Gimpo airport.. Anda boleh pilih samada menaiki subway, teksi, luxury taxi, bas atau limosine bus..ikut kesesuaian anda..harga jugak mungkin sedikit berbeza..

Perjalanan dari Gimpo Airport ke guesthouse kami tidaklah jauh..lebih kurang 45km sahaja..oh ya..kami menetap di Uno Guesthouse di Chungmuro.. tambang teksi adalah sebanyak 45000W untuk sebuah 12 seater punya teksi..ok la kan..perjalanan agak sesak petang tu.. lebih kurang pukul 2 petang barulah kami tiba di tempat penginapan kami di Seoul..iaitu di Chungmuro.

Chungmuro terletak berhampiran Myeongdong dan Dangdaemun..dari sini kita boleh jalan kaki ke pasar Myeongdong dan terus ke Namdaemun Market.. Menariknya tentang apartment yang kami duduk ni adalah lokasinya yang betul-betul berhampiran dengan stesen subway Chungmuro..so pergerakan kami untuk kemana-mana agak mudah..dan di depan apartment kami pula terdapat perhentian bas..

ok..dah sampai guesthouse..jom kita tengok keadaan dalam rumah..

stok makanan untuk 5 hari
terdapat kemudahan memasak
dahlia arissa
Ops sori x banyak gambar..amek video je..so apa yang menarik pasal rumah ni..

  • Rumah ni boleh isi sehingga 7 - 8 orang..dalam ni ade  2 tingkat..di tingkat bawah terdapat 2 katil double decker..tingkat atas ade 2 tilam..ditambah dengan 2 lagi tilam extra..
  • View yang menarik..bukak tingkap boleh tengok view Namsan Tower..antara landmark menarik di Seoul..
  • Lantai ada heater..
  • Dilengkapi dengan kemudahan asas yang kita sangat perlukan seperti..dapur gas, mesin basuh (ada dryer), meja makan, tv, water heater..
  • Bilik airnya tertutup rapi..hehe..maknanya takda la hanya pintu kaca..sebab kebanyakan bilik air kat sana hanya pintu kaca so boleh nampak dari luar..
  • Tiada kunci..just guna passcode untuk masuk bilik..bila pintu ditutup automatik ia dikunci..so memang selamat..


Bangunan apartment ini pula memang tepi jalan sahaja..terdapat kedai serbaneka berdekatan dengan apartment ni..juga terdapat banyak coffee shop kat sini..so memang lokasi yang sangat strategic..kalau nak tengok lebih..boleh tengok kat FB Uno Guesthouse ni.. 

Ok settle da tempat tinggal..setelah cukup rehat..malamnya kami keluar ke sekitar Myeongdong..dari rumah kami perlu berjalan dalam 10 minit sahaja..so dekat..tapi malam tu punye cuaca..memang agak sejuk..memang menggigil habis..huhu..

Di Myeongdong terdapat night market yang sangat happening..kat sini memang banyak kedai-kedai kecantikan seperti Nature Republic, Etude House, Skin Food..macam-macam lagi la..murah pulak tu..banyak juga barangan seperti beg, tshirt, jam, kasut, tali pinggang dan macam-macam lagi..tapi bagi anda yang nak shopping tu saya cadangkan untuk anda jangan shopping dulu..sebab harga kat sini agak mahal..so sabar dulu ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian..hehe..

Malam tu kami just jalan-jalan cuci mata sahaja..beli kebab sebab teringin nak makan..hehe..ade penjual aiskrim n kebab..yang buat show macam cerita Istanbul Aku Datang tu..hehe..boleh tahan jugak..lepas makan kebab..jalan-jalan..semua dah penat..kami balik dan berehat..esok nak jalan jauh pulak..

p/s: sori..gambar x banyak kali ni..hehe..banyak sangat jalan..so x sempat nak capture..

Sambung Part 4

Friday, May 16, 2014

Travelog - Sakura @ South Korea - Jeju Island (Part 2)

5/16/2014 06:17:00 PM Posted by Andy Fairuz 4 comments
Bertemu lagi di bahagian kedua..di bahagian kedua ini kita sambung travelog ni dengan hari kedua pula.. Pada hari yang kedua ini kami menjelajah sebahagian dari Pulau Jeju.. Antara tempat yang kami cover adalah semestinya Ilchulbong, Seongsan.. Seopjikoji Beach.. Sangumburi Crater.. Jusangjeolli Cliff.. Yeomiji Botanical Garden dan Seonimgyo Bridge.. Jom baca..
4 April 2014 (Day 2)

Aktiviti kami bermula seawal 6.30 pagi..masa tu da cerah dah..sepatutnya kene keluar pukul 5 pagi..sebab nak tengok matahari terbit..tapi biasalah..bangun lambat..tapi pemandangan masih lagi cantik..on the way ke Ilchulbong tu kami dapat tgk sunrise..dapat la capture gambar n video..

Sampai je kat sane, dapat tengok satu pemandangan yang sangat cantik..satu kawasan gunung berapi yang dah tak aktif..untuk melihat kawahnya kita perlu mendaki setinggi lebih kurang 90m xla tinggi sangat..tapi dengan cuaca yang agak sejuk..dan angin yang bertiup kencang..menambah lagi kesejukan sampai ke tulang..untuk mendaki puncak Ilchulbong ini ade admission fee sebanyak 2000W untuk dewasa dan 1000W untuk kanak-kanak..murah je kan..sepanjang pendakian kami dihidangkan dengan pemandangan yang x pernah dilihat sebelum ni..memang sangat cantik..ni tgk gambar bawah ni...cantik tak??

OTW ke Ilchulbong..Sunrise dalam perjalanan..
This is Ilchulbong..
Makteh n Syabil
edit sket..
Sejuk...abis semua cover..
Sebelum naik
Columbia sponsor..hehe
Berlatarbelakangkan Ilchulbong
Selfie reramai..
Halfway..
Lagi selfie..
Selfie di Ilchulbong peak..
We made it..
Sebelum turun selfie dulu
Lompat2..
Pergh..!!! Superb view..
Nice view from Ilchulbong
Aku n syabil
Lagi Selfie reramai..
Syabil




lompat-lompat
Fuhh...amacam..cantik kan..tu baru satu tempat..blom pergi tempat lain lagi..so lepas ni kita akan ke Seopjikoji Beach pulak..

Seopjikoji Beach terletak hanya beberapa kilometer sahaja dari Ilchulbong..Menariknya tentang Pantai Seopjikoji ni adalah kita boleh melihat Ilchulbong dari sini. Terdapat batuan berwarna hitam meliputi pantai tersebut..batuan tersebuat adalah tinggalan batuan gunung berapi di Pulau Jeju tersebut..tiada sebarang bayaran untuk masuk ke sini.

Seopjikoji Beach
Ni pantai dia..
huhu..sori..xbanyak gambar..dalam video ade banyak sket..hehe..ok..done Seopjikoji Beach..selepas ke pantai, kami meneruskan perjalanan ke Jeju Folk Village..juga beberapa kilometer dari Seopjikoji Beach..di Jeju terdapat banyak folk village..tapi kami decide untuk ke Jeju Folk Village kerana ia satu jalan dengan perjalanan kami..untuk masuk bayaran sebanyak 4000W ke 8000W mengikut umur..kat sini kita boleh tengok perkampungan di Jeju pada zaman dahulu..kat sini juga ade Sakura walkway..tapi time kitorang pergi tu sakura x banyak lagi..jom tengok gamba..

Add caption
Cherry blossom walkway..tapi x lebat sakuranya..


Jeju Folk Village
Jeju Folk Village
Selfie dibawah sakura
okeh..selesai berjalan-jalan di Jeju Folk Village..kami meneruskan pengembaraan kami ke Sangumburi Crater (sebutan San-gum-bu-ri).. Salah satu kawasan yang kita boleh lihat beberapa tinggalan kawah gunung berapi di pulau Jeju tersebut..dari sini kalau tak silap, kita boleh tengok lebih kurang 6 - 7 gunung di sekitar Jeju. So pemandangan kat sini memang sangat cantik..Admission fee untuk masuk sini adalah sebanyak 3000W untuk dewasa dan 1500W untuk kanak-kanak. Kat kawasan parking kereta terdapat deretan pokok sakura yang sangat cantik..jom tengok..

View di Sanguburi Crater
View di Sanguburi Crater
Belakang tu kawah gunung berapi..
Sofea
San-kumburi Volcanic Crater
vintage sangat..hehe
nampak x patung rusa kat sana..
kerusi jongkang-jongket..
kerusi Sangumburi
Jeju Man
Jeju Man
Banyaknye sakura
peace
Selfie..
So camne setakat ni..cantik kan pemandangan kat sana..kat Sangumburi ni memang xde ape pun..tapi kita boleh tengok view yang sangat-sangat menarik dan cantik..xrugi la kalau masuk pun..bukan mahal pun kan..

Lepas ni kitorang bercadang untuk ke Hallasan..atau Halla Mountain..kat situ lagi cantik view..tapi memandangkan semua da tak larat..dan untuk ke atas puncak pula kita kene mendaki gunung yang agak tinggi jugak..so kita decide untuk tidak mendaki..tapi melalui sepanjang perjalanan ke Hallasan tu memang cantik pemandangannya..

Hallasan dari jauh..
Ok..dah jauh kita berjalan..tapi hari masih muda..hehe..kita teruskan lagi perjalanan kita hari ini.. Aku yang jadi tourist guide hari tu terus belek map yang ada di tangan..berbekalkan gps kat handphone, aku guide terus ke destinasi seterusnya..iaitu ke Jusangjeolli Cliff. Ia adalah satu kawasan tebing tinggi terhasil dari lava gunung berapi yang melimpah sehingga ke laut. hasil limpahan tersebut maka terhasil satu tebing tinggi yang sangat cantik..Bayaran dikenakan adalah sebanyak 2000W untuk dewasa dan 1000W untuk kanak-kanak. Jom tengok pemandangan kat sini..




Berhampiran dengan Jusangjeolli Cliff, terdapat sebuah taman dimana letaknya sebuah jambatan dengan ukiran patung iaitu Seonimgyo Bridge. Taman ini pernah menjadi satu lokasi penggambaran siri Running Man..tak ingat pula episod berapa..hehe..sewaktu kami tiba, hari dah petang.. nasib baik sempat masuk sebab ia tutup pada jam 6.30pm. so sempat la masuk..bayaran dikenakan sebanyak 2500W untuk dewasa dan 1350W untuk kanak-kanak. Anda boleh mencari landmark Cheonjeyeon Falls untuk melalui jambatan ini..

Seonimgyo Bridge



Sori..gambar kat jambatan tu xde pulak..sibuk dok ambil video je...dalam video ade..huhu..xpe nanti tengok video ye..view dari atas jambatan memang cantik. Dari atas jambatan ni kita boleh tengok Cheonjeyeon Falls..

Ok..setelah penat berjalan menjelajah separuh dari pulau Jeju ini..kami pulang semula ke hotel..maka berakhirlah perjalanan kami untuk hari kedua ini..memang penaglaman yang sangat menarik.. Oh ya..mungkin anda tertanya bagaimana kami makan..hehe..sewaktu di Jeju Folk Village, kami makan hanya di dalam kereta..hehe..makanan yang kami masak sebelum keluar pagi tadi.. menunya nasi dengan lauk sambal ikan..hehe..sedappp...

Di waktu malam pula, setelah berehat untuk beberapa jam..kami keluar jalan-jalan sekitar kawasan hotel..jalan kaki je..so boleh tengok kedai-kedai di kawasan sekitar..

sekian kisah hari kedua..kita sambung pulak di hari ketiga.. esok kita akan ke Seoul..

Sambung Part 3