Followers

Thursday, July 16, 2009

Karmarasa UiTM

7/16/2009 04:41:00 PM Posted by Andy Fairuz No comments
Ingin berkongsi detik yang sempat dirakamkan pada program Karmarasa UiTM Malaysia.
Tempat dataran Cendekia UiTM Malaysia
Tarikh 15 Julai 2009
Masa 9.00 mlm - 11.00 mlm


















Monday, July 13, 2009

hasil johor..

7/13/2009 06:00:00 AM Posted by Andy Fairuz 1 comment
kalau awal minggu aritu aku ke utara.hujung minggu ni plak aku ke selatan..ke johor..untuk menjayakan event emallnetwork di sana. perjalanan yang pada aku ade hasilnya..walaupun bukan pada aku 100%, atleast membawa sedikit perubahan dalam diri aku..

sabtu 11 julai 09, 12 tghr perjalanan dari seri kembangan bermula terus shoot ke melaka sebab ade closing di matrik melaka.walaupun takde ape yang berjaya tapi aku seronok untuk closing budak aritu..taktau nape..dalam kol 6 lebey terus gerak ke simpang renggam iaitu di rumah kamalia..berkumpul disana sebagai persiapan event malam tu.sampai disana terus bersiap..berpakaian kemas fulldress itam..lengkap dengan tie gold..kol 9 terus gerak ke tempat event.dalam 9.30 event bermula yang mana aku ditugaskan untuk menjadi emcee pada malam tu..presentation aku malam tu takdela hebat sangat..tapi aku cukup seronok untuk bercakap pada malam tu..

satu peristiwa berlaku pada malam tu apabila selesai majlis kami di kejutkan dengan kehadiran beberapa orang wakil dari cmpny 'L' yang datang pada malam tu untuk closing beberapa orang ahli emall yang ada pada malam tu..keadaan menjadi panas bila insan terhebat en rosazaman datang mencelah..(cerita lanjut boley la kitestori kemudian eh..huhu).tapi tu sume tak melunturkan semangat ahli emall yang lain..bahkan menjadi pembakar semangat kepada mereka..

kehadiran seorang lagi insan yang aku baru pertama kali bertemu dengannya membuatkan aku pada malam tu di 'service ' baek punya untuk aku terus bergiat dalam bidang ni.dari nama yang aku dengar beliau memang hebat..dan malam tu aku ditemukan dengan beliau..MasterPress..beberapa perkara yang dibincangkan oleh beliau kepada aku berkaitan network aku yang sangat slow skarang..keyword yang aku boley rumuskan dari perbincangn pada malam tu adalah 'cristal clear'.kenapa aku berada dalam emall ni perlu jelas tujuannya.so dat ia akan secara automatik menjadikan kita bekerja seterusnya mendatangkan hasil.. jelas sekarang kenapa aku slow..ilmu yang bermanfaat aku dapat malam tu..

malam tu aku tidur rumah bad..bad ajak..lagipun umah macha da bersesak malam tu..sian plak kat die..tidur terus sampai tghri..bangun tido terus bersiap untuk agenda seterusnya.iaitu futsal..lepas bersiap bad ajak g closing budak lagi..takpe la igt kejap..last2 smpai kol 5..langsung aku tak join futsal aritu..huhu..

petang tu lepas semuanya bersiap kami semua dibawqa ke pasar tempat macha dan adiknya berniaga kuih..huhu..makan kuih free..sedaaappp...da la tengah lapar..kami sama2 tolong macha tutup kedai..lepas setel, g makan...cam biase order nasi paprik..yang best nye malam tu makan telah di fully sponsor oleh ibu..bigboss..aka ibu macha..huhu..murah rezeki..dlm kol 9 gerak dari smpg renggam terus shoot pulang tapi singgah di segamat sekejap untuk closing member liyana..aku cerita online shopping mall, puden cerita pakej d'one..huhu..memang best closing malam tu..prospek da minat nak tau..tapi kita dok maik trik tali..huhu memang saiko..n rasenye feedbackj positif malam tu..hampir cash gak la..huhu..balik terus dari segamat ke s.alam dalam kol 2 pg..aku drive..ngantok memang ngantok..tapi aku takde plak rase nak tido..tak tau nape..mungkin perjalanan kali ni memberi semangat kot pada aku..seronok semacam je..huhu..

sampai umah aku pukul 4.40 am..balik online kejap sampai subuh..terus tido..

Thursday, July 09, 2009

perancangan gagal

7/09/2009 08:21:00 PM Posted by Andy Fairuz 1 comment
rancang dengan apa yang ada di tangan..
bukan yang kita angan-angankan..

aku baru balik dari utara.untuk mengembangkan sayap emall ku kat sana.tapi perancangan yang dibuat gagal..

perancangan ke utara dibuat oleh ijat sebab nak closing member die kat kedah sane..aku memang kalau nak di ikutkan taknak pergi.sebab paling utama adalah keadaan ekonomi yang tengah sesak ni..tapi chaoi beria-ia nak folo..aku jadi serba salah..kalau tak ikut kang nanti nampak cam tak nak bagi komitmen.kalau ikut kang ekonomi tak mengizinkan..chaoi tetap nak aku folo sekali sebab katanya ada sikit duit wat part time aritu..aku pun folo je..

gagal merancang, rancang kegagalan..

sampai di sana dah malam n malam tu takde ape program melainkan makan n sempat closing member ijat kejap..balik terus tido.keesokan harinya ijat kene setelkan kerjanya kat ikm. katanya sekejap je..then kitorang ambil keputusn untuk stay di rumah(umh member ijat) sahaja.tapi sekejap yang dijanjikan sampai pukul 4 petang..kejap mende nye tu..ni la akibat bila tak merancang..lepas pukul 4 kitorang gerak ke kulim.untuk closing fizah member kitorang mase panjat gunung ritu.tapi rasanya macam gagal.sebab apa?pada aku aku kurang bersetuju bila chaoi tak bukak langsung cerita pasal mgm dalam emall..kata nak twist kepala otak si fizah tu.tapi tak bukak cerita langsung..camane nak twist..

balik dari kulim da ujan..lebat..terus ke sg petani..lepak mamak..taktau hala tuju..sampai tgh malam..terus balik umah..

ekonomi semakin meleset..

perancangan perlu diperhati
agar tertib, rapi dan teliti..
matlamat dan caranya selari
masa pun harus diambil kira..

keesokan harinya..rabu 8 julai 09..aku ingatkan balik arini..tapi tak..arini pergi alor star plak.closing member jet..tu pun lepas kol 2 baru gerak dari s.p.sebelum tu closing member ijat.yang ni aku nampak sket sinar untuk join.tapi still lom ada cash..insyaallah ada potinsi untuk join..sampai alor star da kol 4..aku tak join closing petang tu.sebab aku sdikit down sebab perancangan da nampak semakin tak menjadi.

malam tu balik semula ke s.p dengan harapan untuk dapat closing cash member ijat pg tadi.lepas tunggu die tutup kedai, dia tak dapat nak bagi cash lagi sebab terlalu letih untuk dengar stratergi terbaru d'one.hancur harapan..perancangan sekali lagi tak menjadi.balik tu semua buntu.

modal gerak semakin habis..perancangn untuk esok ke ipoh semakin gelap..akhirnya kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke s.alam tetapi singgah di kampar untuk tukar kenderaan..dari perdana turbo yang makan minyak ke vios yang save minyak..hanya itulah sahaja harapan yang tinggal..

dalam perjalanan ke kampar ikut jalan dalam..sekali lagi dugaan tiba..kami di uji sekali lagi apabila perdana yang ketika itu dipandu oleh chaoi tiba-tiba pecah tayarnya..jam ketika itu pukul 2 pagi..berhenti di sebuah surau kampung untuk menukar tayar..dalam kol 3 semuanya selesai..kami meneruskan perjalanan.sampai di kampar jam 5 pagi..subuh terus disitu..lepas subuh ambil mase sket untuk berehat dan tidur.lebih kurang jam 10 pagi setelah perdana di tukar dengan vios kami meneruskan perjalanan dengan vios terus ke s.alam..

dan akhirnya tiba s.alam jam 3 petang..