Followers

Monday, December 22, 2014

[UPDATE] - Misi Autumn di Korea 2015

12/22/2014 02:10:00 PM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalamualaikum..


Sebelum ni aku ade buat entri bertajuk Misi Autumn di Korea 2015 dimana tahun depan aku plan untuk buat trip ke korea bersama kawan2 aku.. dan ini update terkini..

Disebabkan tarikh cuti tahun depan ade sedikit perubahan iaitu tarikh cuti awal muharram di awalkan sehari..maka aku pun terpaksa adjust tarikh tu sehari awal..so skarang ni tarikh yang confirm adalah pada 14 - 20 Oktober 2015.

Update terkini berkaitan jumlah peserta buat masa ini telah meningkat kepada 21 orang..tapi sehingga kini aku masih belum menerima sebarang bayaran deposit dari setiap peserta..so by next month dah kene kutip deposit untuk aku book tiket flight ke Jeju dan book tmpat stay sewaktu disana..

Insyaallah dari masa ke semasa aku akan update tentang status terkini misi ini..mudah-mudahan berjaya..

Monday, December 15, 2014

senyap sunyi sepi..

12/15/2014 08:21:00 PM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalam..



huhu..tanpa suara sejak beberapa ketika ini..ops..bukan ketika..beberapa minggu..beberapa bulan..sejak dari oktober..ni da disember..nak abis dah pun..baru bersuara..

bukan tiada cerita..tetapi cuma tiada ayat yang mampu diperkata untuk terus berkongsi cerita..emmm..malas pun ada..lagi-lagi bila masa pulak yg sangat pantas untuk dikejar sehinggakan tak sempat untuk bersama..

2 bulan ni memang banyak perkara yang berlaku..emmm..ape ye..ntah la..aku pun tak tahu..yang mana aku nak cerita dulu..nak cerita satu persatu..seminggu la korang kene tunggu..so baik lah aku cerita ape yang aku mampu..

ouh ya..sementara ada waktu yang singkat..apa kata aku share sket apa yang aku bleh ingat..cerita pasal berita gembira yang aku dapat..hehe..tarikh majlis kahwin dah pun decide..so kene bersedia dengan lebih hebat..persiapan dah boleh dipergiat..supaya nanti takda lah x sempat..haaa..korang nanti jangan lupa bagi alamat..senang aku nak pos kan kad..hehe

hmmm..itu cerita aku yang bakal menamatkan zaman bujang..ni ade satu benda best yang aku nak share ngan korang..tahun depan insyaallah aku akan terbang..hehe..gi bercuti baq hang..kat mana tu aku xmau bilang..korang tunggu jela bila harinya menjelang..tengok gamba yang bakal aku share khas buat korang..hihi..

ok lah..di masa yang percuma nanti..akan aku kongsi..cerita2 yang terkini..mungkin bagus dan mungkin jugak xda isi..so..tunggu dan nanti..cerita aku di entry aku lepas ni..

Thursday, October 23, 2014

Takwim 2015

10/23/2014 10:52:00 AM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ramai jugak yang mencari tarikh cuti untuk tahun hadapan. Sebelum ni aku ade post tentang banyaknye cuti hujung minggu pada tahun 2015. Bagi mereka yang nak merancang masa cuti mereka tahun depan sudah semestinya ini yang mereka cari. Yelah mungkin ade yang nak pergi melancong, balik kampung, kahwin, honeymoon dan sebagainya.

Jadi berkaitan dengan itu, mungkin ramai juga yang tercari-cari takwim persekolahan bagi tahun 2015. Bagi mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak yang bersekolah, perancangan percutian juga haruslah mengikuti takwim persekolahan yang telah ditetapkan oleh kementerian. Aku juga menunggu takwim ni keluar. Nak tetapkan majlis perkahwinan aku tahun depan. Bakal mak mertua nak buat masa cuti sekolah katanya. so kene lah turutkan.

So kat sini aku lampirkan takwim persekolahan bagi tahun 2015 yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan malaysia menerusi laman webnya www.moe.gov.my. Kat sini aku dah tukar kepada format jpeg dari format asalnya pdf.


So, rancanglah percutian anda dengan sebaik mungkin. Okay..!! Emm..dah boleh la nak plan majlis kahwin tahun depan..hehe..dan honeymoon skaliii...hehe..

Tuesday, September 16, 2014

Perfume Original Murah

9/16/2014 01:34:00 AM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalamualaikum..

Haaaa..entry kali ni lain sikit..aku nak promote sket beberepa produk yang baru aku dapat..untuk dijual kepada anda yang berminat..

Kepada penggemar perfume atau minyak wangi..ni ada promosi best..promosi Perfume original..bukan tiruan eh..bukan imitation..bukan fake..takde gred2.. 100% ORIGINAL!!! ekceli aku dapat stock clearance..sebab tu dapat harga murah..so limited only ye..siapa cepat dia dapat.. jom tengok ape yg ade..xbanyak pun..

VERSACE Miniature 
VERSACE VERSENSE 5ml
VERSACE CRYSTAL NOIR 5ml
VERSACE BRIGHT CRYSTAL 5ml
VERSACE YELLOW DIAMOND 5ml
VANITAS VERSACE 4.5ml 

Harga RM150 sahaja
FREE SHIPPING!!

__________________________________________________


VERSACE 
pour femme 30ml.
Harga RM130 sahaja.
FREE SHIPPING!! 

__________________________________________________


Meow! by Katy Perry.
edp 100ml.
Harga RM 180 sahaja
FREE SHIPPING!!

 _____________________________________________________

Guess GIRL
100ml
Harga RM190 sahaja
FREE SHIPPING!! 

So..kepada anda yang berminat..boleh hubungi 016-3637348.. Dijamin ORIGINAL 100%..dijamin sampai cepat..dijamin puas hati..

Tuesday, August 26, 2014

Cari idea ruang tamu di IKEA - SISAN Campaign

8/26/2014 12:05:00 PM Posted by Andy Fairuz , , 7 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca sekalian..

Sempena kempen IKEA yang sedang berlangsung sekarang, saya ingin mengambil kesempatan untuk sama-sama mempromosikan kempen tersebut. SISAN atau ayat panjangnya adalah Store In Shape As New. Ia adalah satu kempen dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu kualiti setiap cawangan IKEA. Ia bukan sahaja tertumpu kepada keadaan kedai, malah meliputi perkara lain seperti kebersihan, kekemasan, idea, kreativiti, prestasi, penyelenggaraan dan lain-lain. Jadi, adalah menjadi keutamaan di IKEA untuk memastikan kualiti tersebut sentiasa di jaga.

Ok, dah tahu apa itu SISAN??jom kita tengok dua gambar dibawah.


Mesti anda pernah saksikan kedua-dua gambar di atas kan? Pertama kali saya melihat gambar tersebut apabila ia menjadi viral di laman sosial dengan menyaksikan ke'sempoi'an sebuah keluarga bertukar pakaian antara ibu ayah dan anak-anak. Rupa-rupanya ia adalah salah satu dari promosi di IKEA. Ia merupakan promosi idea ruang tamu di IKEA.

Kepada mereka yang ingin mencari idea untuk merekahias ruang tamu rumah, bolehlah melihatnya di laman web IKEA. Pelbagai idea serta konsep yang ditonjolkan di sana. Anda juga boleh memilih perabot yang dirasakan sesuai mengikut bajet anda kerana setiap barangan disertakan dengan spesifikasi produk serta harga barangan tersebut.

Jadi apa tunggu lagi. Jom cari idea untuk rumah anda. Walaupun rumah anda lama, tak mustahil ia akan kelihatan baru jika kena gayanya. Jom SISAN - store in shape as new.


Wednesday, August 20, 2014

Misi Autumn di Korea 2015

8/20/2014 05:28:00 PM Posted by Andy Fairuz , , 8 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Sabtu minggu lepas aku buat open house kat rumah..jemputla kawan-kawan XPAC yang dah lama x jumpa..thanks pada mereka yang sudi datang rumah beraya.. Antara kawan-kawan aku yang datang.. Zack, Fyra, Chaoi Power, Gman, Fad, Zul, As, Pija, dan group admin di wasep Amer..

chaoi, gman n fad terpaksa balik awal sebab ade urusan..so yang lain stay n sembang sampai tengah malam..sampai abis berkemas la..banyak yang kitorang sembangkan..sempat jugak aku ceritakan pengalaman aku melancong ke Korea beberapa bulan lepas.. menarik minat mereka..so aku ajak diorang untuk pegi tahun depan..dengan kos RM2500 aku cakap kita dah boleh pegi..All in..semua lengkap..

So bermula malam tu kami semua ada misi melancong tahun depan.. iaitu Misi Autumn di Korea 2015.. kenapa autumn?? sebab autumn cantikk..n masih dapat rasa cuaca sejuk disana..pergi by group..at least 10 orang..dengan kos yang sangat berpatutan iaitu RM2500 aku rasa cukup untuk semua perbelanjaan disana..

apa yang aku boleh share kat sini..kos tersebut merangkumi
  • Tiket penerbangan KL - Seoul - KL
  • Tiket penerbangan Seoul - Jeju - Seoul
  • Penginapan di Jeju 3 hari 2 malam
  • Penginapan di Seoul 5 hari 4 mlam
  • Admission Fee ke tempat2 menarik di sana
  • Tiket perjalanan subway di Seoul
  • Makanan di Jeju
  • Makanan centralize di Seoul
  • Lain2 yang dirasakan perlu.
Aku skarang dalam perancangan merangka jadual serta itenerary sewaktu di sana dan merangka bajet yang detail untuk trip kali ini. Berbekalkan pengalaman  melancong ke sana April lalu, aku try ejas sebaik mungkin untuk trip tahun depan ni.. Harapan aku agar misi kali ni berjaya. sebelum ni dah berjaya organize trip ke krabi..kali ni lebih jauh..

Oh ya..alang-alang dah ke sana tu..nampaknya misi untuk Honeymoon di Korea pun nampaknye semakin pasti..hehe..Insyaallah tahun depan kawen..then honeymoon..kat Korea pulak tu..maknanye tahun depan boleh la amek gambar kat kerusi senget tu berdua...hehe

Nuffnang CPUV - IKEA - SISAN & Macau Tourism

8/20/2014 03:01:00 PM Posted by Andy Fairuz , 4 comments
Assalamualaikum salam sejahtera..

Selama ni aku x pernah pun nak ambil port pasal Nuffnang CPUV ni..tapi bila melihatkan ramai rupanya ternanti-nanti saat munculnya CPUV baru pada akaun masing-masing aku mula rasa bahawa aku juga perlu untuk dapatkan CPUV ni..ye lah..kat sinilah boleh kita jana income kita di Nuffnang ni.

So, entry kali ni aku jugak nak share perasaan aku bila dapat CPUV baru dari Nuffnang ni.. hehe..macam blogger2 lain..yang biasa aku baca entry mereka di blog masing2.. tengok ni..


Pada tawaran kali ni ade 2 CPUV Campaigns baru yang aku terima..iaitu IKEA - SISAN dan Macau Tourism.. apakah 2 kempen itu..nantu aku cuba kupas dengan lebih lanjut..

Anyway anyhow..thanks to Nuffnang atas tawaran ni..hehe..

9 Awesome Blogs Of The Month

8/20/2014 01:33:00 PM Posted by Andy Fairuz 4 comments
Assalamualaikum..salam sejahtera..

Pestaim ni nk join benda alah ni semua..tujuannya nak support rakan2 blog dengan harapan rakan2 blog boleh sama2 support antara satu sama lain..

http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/08/9-awesome-blogs-of-month.html

Segmen ini akan berlangsung selama 9 hari bermula hari ini Rabu 20/08/2014 sehingga Khamis ini 28/08/2014 jam 12.00 malam.
9 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 29/08/2014.
Jom support blog kawan2..

Friday, July 25, 2014

Cuti panjang sepanjang 2015

7/25/2014 11:32:00 AM Posted by Andy Fairuz , 5 comments
Salam Semua..

Belum pun hujung tahun..kalau ikut kalendar masih berbaki 5 bulan lagi untuk kita melangkau ke tahun 2015. Tapi kali ni aku nak share pasal apa yang ada pada kalendar tahun depan. Info ni aku dapat dari sebuah laman web TripZilla Magazine. Sebuah laman web bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat pelancongan di seluruh dunia.

Ok..back to our topic here. pada tahun hadapan terdapat lebih kurang 11 cuti panjang di hujung minggu. huuaaa..banyak tuu.. kebetulan cuti-cuti umum negara tahun depan kebanyakannnya jatuh pada khamis, jumaat dan hujung minggu. Jika cuti umum jatuh pada hujung minggu maka hari Isnin berikutnya akan cuti. Jom kita tengok ni..


So pada anda yang nak merancang cuti pada tahun hadapan bolehlah pilih tarikh yang anda mahukan..ada 11 minggu yang anda boleh aplikasikan cuti anda. Oh ya..kalendar di atas tertakluk pada perubahan semasa.

ps: hmm..boleh dah plan majlis kahwin tahun depan..hihi..honeymoon lagii...heheheh..

Thursday, July 17, 2014

Terlajak kereta eksiden, terlajak tingkahlaku buruk padahnya

7/17/2014 12:57:00 AM Posted by Andy Fairuz , 1 comment
Salam Ramadhan..

Nah amekau panjang tajuk entri aku kali ni..ni semua gara-gara satu rakaman video yang tersebar luas di media sosial sehari ni..dunia tanpa sempadan kan..harini jadi satu peristiwa..sekejap je dah viral..tu yang bahaya tu..senang cite kejadian #CDM25..pasti semua tahu kisahnya..so tak perlulah untuk aku kisahkan semula kejadian itu..

Cuma nak berkongsi pendapat pasal kejadian tu..dari pandangan serta penglihatan aku mengenai apa yang berlaku.. Ada beberapa perkara yang aku nak usik..

1. Lady driver

aku bukan nak kondem pemandu wanita..cuma ye lah..kadang-kadang memang jelas dalam beberapa perkara jalan raya yang melibatkan pemandu wanita ni menampakkan mereka kurang cerdik..kurang cerdik bukan bermakna mereka ni bodoh..tetapi kadang2 tindakan mereka boleh menyebabkan pemandu lain berasa kurang selesa..

Dalam kes #CDM25 ni pulak aku tengok tindakan kurang cerdik wanita berkenaan telah menampakkan kebodohan dia dalam etika di jalan raya.. tak perlu cerita tentang teori..cerita logik cukup..mengamuk tak tentu pasal..bukan lah suatu perkara biasa..tapi luar biasa.

2. Kereta Baru

Katanya kereta yang di pandu wanita itu adalah kereta baru. Didaftarkan  pada bulan 6..so dalam sebulan umur kereta tu..memang agak "pissed off" la kan..kereta baru keluar sebulan da kena bang dari belakang..tapi tu lah lumrah orang bawak kereta.. aku sendiri kereta baru sebulan dah eksiden kat highway PLUS menghala ke Johor.

Dalam kenyataannya kepada pemberita TV3 kat buletin utama tadi katanya tu lah hasil titik peluh dia nak reward dirinya atas kejayaan dia..tapi memang tu pun semua orang rasa..most of kita beli kereta sebab hasil titik peluh diri sendiri kan..biasa lah..

3. Kurang Ajar

Kurang ajar yang aku maksudkan bukanlah sebab dia melakukan tindakan bodoh tu kepada seorang warga emas..malah kalau dia lakukan kepada orang muda ke..pakcik ke, brader ke, akak ke, atau kepada sesiapa pun..tindakannya itu tetap di label sebagai kurang ajar. Tiba-tiba menyerang orang dengan membabi buta. Bawak keluar steering lock..tak cukup dengan itu menghentam kereta pakcik tu dengan kuat di bonet depan, cermin dan bumbung menggunakan steering lock td..

Tindakan kurang ajarnya itu boleh dilabel sebagai pembuli jalan raya..biasanya yang buat kerja ni golongan samseng yang nak ambil kesempatan terhadap pengguna jalan raya lain..siap nak pow uncle tu RM2000 lagi tu..tak ke samseng namanya tu..

4. Bulan Ramadhan

Di bulan penuh barakah ni sepatutnya kita mengambil kesempatan mengejar seribu satu keberkatan yang terdapat didalamnya.. selain berbuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, kita jugak di galakkan untuk menahan diri dari perkara lain yang boleh mengurangkan pahala puasa tersebut. Atleast dia menahan rasa marahnya itu dan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin..bukan dengan memaki hamun dan berlagak samseng seperti itu.

Malu pulak aku bila ada saudara seislam aku melakukan perkara memalukan ini terhadap seorang yang bukan seagama yang mana lebih memahami situasi dan melakukan tindakan yang sepatutnya dilakukan..sabar dan memaafkan..hebat..ouh..mungkin ini lah ujian yang di hadapi wanita itu..dan dia nampaknya gagal..

5. Mohon maaf

Setelah videonya menjadi viral di media sosial sehari ni..akhirnya si wanita pelaku tampil memohon maaf..aku dah tengok kat buletin utama tadi..menangis-nangis dia meluahkan rasa kesalnya. dan pakcik yang menjadi amukan wanita itu pun sedia memaafkan tingkah laku kurang baik dari wanita itu..

Setel dah masalahnye pun..tapi yang jadi masalahnye lagi adalah..orang-orang di luar sana..ye lah..orang yang terlibat dah membuat kenyataan..dah mintak maaf..dah memaafkan pun..tapi yang tak terlibat ni pulak suaranya melampau-lampau..nak ugut lah.xnak maafkanlah..macam-macam..so siapa lebih samseng skarang ni..siapa lebih memalukan  skarang..

6. Media sosial

Trend masa kini..media sosial ni memang satu medium yang kadang-kadang mendatangkan manfaat kepada kita.. namun ia juga mampu menghuru-harakan hidup kita.. skarang ni bila sesuatu yang pelik je berlaku..share..pastu viral..pastu kituk..pastu maki..takda kesudahan.. even benda baik..ade ye tak baik pada diorang..yang masalahnya..maki..x suka..tapi dok share jugak.. so kes #CDM25 ni salah satu contoh..harini kau buat masalah..harini jugak orang kongsi cerita kau..

Maka terhasil lah macam-macam..bash..kutukan..ugutan..fake account..bash account..macam-macam la..sampai orang terlibat tak mampu lagi menanggung..

So..itu lah pandangan aku..ni cumalah pandangan peribadi..jangan lah anda terdorog dengan pandangan kabur aku ni..ok..korang camna pulak..

Wednesday, July 16, 2014

Buka puasa sambil amal sunnah di DARC

7/16/2014 04:50:00 PM Posted by Andy Fairuz , , No comments
Salam semua..

Entri di bulan Ramadhan ni tak sah kalau tak share kisah berbuka puasa kan? So aku jugak nak kongsikan dengan anda semua kisah berbuka puasa aku. sepanjang 2 minggu berpuasa ni sempat jugak lah aku berbuka di macam-macam tempat..kat rumah, kat hospital, kat kedai makan dan ket tempat yang menyediakan buffet ramadhan. Dikesempatan ini nak jugak aku share lokasi berbuka puasa aku tahun ni..setakat harini lah ye..

Satu tempat yang aku rasa best untuk menjadi lokasi berbuka puasa korang tahun 2014 ni, tempat yang pada aku tak la begitu mewah, namun menyediakan juadah berbuka puasa yang sangat banyak..aneka juadah disediakan..katanya lebih 100 hidangan..banyak tu..di samping itu juga korang boleh melakukan perkara sunnah..kat mana tempat tu??

Haaa..mesti pelik kan..apahal kelab kuda pulak ni...Ok.. Denai Alam Recreation and Riding Club atau DARC adalah satu kelab rekreasi bagi penduduk Denai Alam, Shah Alam. Pada ramadhan kali ini mereka menyediakan buffet ramadhan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM29.90 untuk dewasa dan RM14.00 untuk kanak-kanak..ok la kan..Dengan juadah yang sangat banyak..macam-macam ada..korang juga diberi peluang untuk mencuba 2 aktiviti sunnah iaitu menunggang kuda dan jugak melakukan sukan memanah..

Aku dah cuba.. Makanan memang boleh tahan..ada nasi ayam, mee kuey teow goreng, mee kari, kambing dan ayam BBQ, nasi dengan pelbagai lauk pauk, pe lagi eh..haa..western food, burger bakar, salad, ABC, air macam2 kaler, air panas, teh tarik, kopi..fuhhh...macam2 lagi lah..
 




Gambar sumber DARC FB
Lepas makan boleh solat di surau yang disediakan, ada tandas, semua lengkap.. lepas tu boleh la mencuba menunggang kuda dan memanah pulak..memang best.. xpernah aku naik kuda ni...hehe boleh la nak try kan..dan jugak memanah. Sempat jugak brader tu telengkan kepala aku nak ajar camna cara yang betul memanah..hehe








Amacam..best tak..cam best je kan...kalau nak compare tempat lain..agak berpatutan la harganya..dengan aktiviti yang disediakan..memang best la kan..so kalau anda semua berminat boleh menghubungi 0102402606 / 0102447890 / 0378315561 untuk sebarang tempahan..oh ya promosi sehingga 25 Julai 2014 sahaja tau..cepat..jangan tunggu lagi..ni kat bawah ni exact location untuk ke DARC ni..

https://www.google.com/url?sa=D&oi=plus&q=https://maps.google.com.my/maps?expflags%3Denable_star_based_justifications:true%26ie%3DUTF8%26cid%3D17414667507901621124%26q%3DDenai%2BAlam%2BRecreational%2Band%2BRiding%2BClub%26iwloc%3DA%26gl%3DMY%26hl%3Den_uk


Selamat Berbuka dan selamat menjamu selera..

Tuesday, July 15, 2014

[ World Cup 2014 ] - Ganjaran Menanti Setiap Negara

7/15/2014 01:34:00 AM Posted by Andy Fairuz , , No comments
Akhirnya.. Berakhir sudah penantian selama sebulan pasukan yang bertanding pada Piala Dunia 2014 edisi ke 20 ini yang mana menyaksikan pasukan Jerman berjaya merangkul kejuaraan buat kali ke-4 dalam sejarah berlangsungnya Piala Dunia yang mula dipertandingkan sejak 1930 lagi..

Jerman yang berhadapan dengan pasukan Argentina telah berhempas pulas apabila perlawanan terpaksa diteruskan ke masa tambahan dan akhirnya jaringan berjaya dilakukan oleh Mario Götze pada minit ke 113 perlawanan.

Tahukah anda bahawa setiap negara yang berjaya layak ke Piala Dunia akan menerima habuan yang sangat lumayan apatah lagi sekiranya setiap negara ini berjaya ke peringkat lebih tinggi. Dari 32 negara yang berjaya ke piala dunia hingga negara yang berjaya menjuarai piala berprestij ini, pastinya menerima habuan atau ganjaran yang sangat-sangat lumayan.

Pada edisi kali ini, FIFA telah memperolehi sebanyak $4.5 billion hasil dari penyiar, penaja, hospitaliti dan juga tawaran perlesenan dan dari jumlah itu sebanyak lebih $400 juta telah di agihkan kepada 32 negara yang bertanding. Berikut adalah pecahan agihan yang dibuat.

Juara Piala Dunia 2014 - Germany

Si Juara Germany ini berjaya membawa pulang wang habuan sebanyak $35 juta dan ianya bergantung kepada persatuan bola sepak  negara itu untuk mengagihkannya. Ia merupakan habuan paling tinggi semenjak piala dunia dipertandingkan yang mana lebihan $5 juta lebih berbanding dengan edisi piala dunia 4 tahun lalu di Afrika Selatan.

Naib Juara - Argentina

ehsan Adidas
Bagi pasukan Naib juara Argentina ini habuannya tidak kurang hebatnya. $25 juta menjadi milik mereka berbanding tahun lalu yang hanya memperuntukkan sebanyak $24 juta sahaja.

Tempat ketiga dan keempat

Bagi pasukan Belanda yang telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah pada edisi kali ini seterusnya menduduki tempat ke 3, hadiah wang tunai $20 juta telah berjaya mereka perolehi setelah gagal untuk ke peringkat akhir.

Pasukan tuan rumah Brasil yang di malukan oleh pasukan Juara Germany 7 - 1, dan juga tewas pada saingan tempat ketiga yang di menangi Belanda 0 -3, mereka akhirnya hanya berjaya menduduki tempat ke 4 dan membawa pulang $20 juta sahaja. Banyak jugak tu...

Peringkat Suku Akhir

Bagi negara yang layak ke peringkat suku akhir, ganjaran wang bernilai $14 juta menjadi milik mereka. Pasukan tersebut adalah Colombia, Costa Rica, France dan Belgium.

Round of 16

8 pasukan yang tertewas di pusingan 16 pasukan teratas akan menerima habuan sebanyak $9 juta setiap pasukan. Mereka adalah USA, Greece, Algeria, Uruguay, Switzerland, Mexico, Nigeria dan Chile.

Bagi pasukan yang gagal untuk keperingkat seterusnya..iaitu baki lagi 16 pasukan, mereka juga diberi habuan yang tak kurang hebatnya.. $8 juta setiap pasukan yang menyertai piala dunia tetapi tersingkir di peringkat liga lagi..

Haaaaa...banyakkan??tu lah habuannya...siapa xnak kan.. dan yang menarik jugak setiap negara hanya perlu membayar sebanyak $1.5 juta sahaja sebagai bayaran penyertaan. Malaysia bila lagi??

Berikut adalah ringkasan habuan yang diterima setiap negara bertanding.


Statistic: Prize money distribution at the 2014 soccer World Cup in Brazil (in million U.S. dollars) | Statista
Sumber Statista

Wednesday, July 02, 2014

Jobdirumah - Job dan Payment

7/02/2014 01:15:00 PM Posted by Andy Fairuz , , , No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca sekalian.

Jobdirumah merupakan satu platform untuk anda menjana pendapatan sambilan dengan melakukan pelbagai bidang tugas hanya dari rumah. Apa yang menarik adalah ia menyediakan "Tips & Tricks" untuk anda yang ingin melaksanakan job dari rumah ini.

Nak kongsi pengalaman, banyak gila job yang dihantar kepada kita melalui JDR ini, dan ia bergantung kepada kesungguhan kita untuk dapatkan job tersebut seterusnya menyiapkannya dengan tempoh masa yang ditetapkan. Bagi aku ia memang sangat membantu bagi mereka yang inginkan pendapatan sampingan dengan melakukan kerja dari rumah.

Ni pengalaman aku dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. aku dah bermula sejak Mac 2014 lagi. Namun ianya tidaklah begitu memberangsangkan. Namun setelah berusaha sedaya upaya mendapatkan job-job yang bersesuaian, maka aku dapat contract menyiapkan satu tugasan..dan hasilnya boleh lah dibanggakan walaupun sedikit..hehe..ni bukti bayaran yang aku terima dari salah satu job yang aku perolehi..


Sorilah ye..amount tu terpaksa di hide kan..sebab segan la nak tunjuk..hehe.. So every month ade income kira ok la kan..boleh la nak tambah ape yang patut. kalau rajin lagi, lagi banyak lah pendapatan kita.. Pucuk pangkalnya rajin dan jangan malas.. Confirm dapat.



ok.. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya..

Monday, June 30, 2014

Jobdirumah Nak Bagi Duit Raya

6/30/2014 11:01:00 AM Posted by Andy Fairuz , , 4 comments
Baru masuk hari ke dua puasa dah ada tawaran duit raya. Macam best je dengar kan. Ya..itulah tawarannya. Tawaran dari Jobdirumah ni adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menambah duit raya tahun ni dengan hanya menyertai cabbaran affiliate dari Jobdirumah ini. Hadiah yang ditawarkan memang agak lumayan. Bolehlah nak buat belanja raya tahun ni.



Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang menjadi agen affiliate & membawa masuk jualan sepanjang bulan Julai 2014 iaitu jualan dari 1 Julai - 31 Julai 2014. Seramai 8 orang yang bertuah bakal memenangi hadiah CASH MONEY dari cabaran ini. Apa hadiahnya??

Hadiah Utama:
Pertama: 1 x RM1000
Kedua: 1 x RM800
Ketiga: 1 x RM500

Hadiah Saguhati:
5 x RM100

Amacam??best tak? So, apa lagi jom la sertainya. Cara Nak Sertai & Menang amatlah mudah:

1: Login ke akaun affiliate Jobdirumah.com di: ( http://agenaffiliate.net/members/login.php )
2: Kalau tak ada, sila daftar percuma di:( http://agenaffiliate.net/ndferuz )
2: Promote Affiliate link anda: ( http://www.jobdirumah.com/ndferuz )
3: Emelkan link affiliate anda kepada mailinglist atau kenalan anda di emel.
- Anda boleh dapatkan emel template di dalam dashboard affiliate, cuma copy template untuk marketing group "JDR - Jobdirumah.com" dan emelkan kepada mailinglist dan senarai kenalan anda.
4: Tak ada kenalan atau mailinglist? Promote guna blog & laman sosial.


Syarat Kelayakan:
Semua affiliate yang berjaya menghasilkan sebanyak minima 20 jualan produk "Panduan JDR" sehingga 12:00 malam 31 Julai 2014 adalah layak.

Pemilihan Pemenang:
Pemenang hadiah Utama akan di kira melalui jualan terbanyak untuk tempat pertama, kedua & ketiga.
Hadiah saguhati pula akan di buat melalui cabutan.

Bayaran Kepada Pemenang:
Para pemenang akan menerima bayaran hadiah terus ke akaun masing - masing 2 minggu selepas tarikh tutup peraduan.

Tarikh Tutup:
12:00 Malam - 31 Julai 2014

Cepat! Anda boleh mula kempen promosi sekarang!

Wednesday, June 25, 2014

[ World Cup 2014 ] - Shaheen Si Unta peramal world cup Ecuador Vs France

6/25/2014 05:26:00 PM Posted by Andy Fairuz , , No comments

Setelah beberapa perlawanan telah pun diramal oleh Shaheen Si Unta peramal Piala Dunia 2014 ni, macam-macam keputusan yang telah diperolehi. banyak yang betul. Tapi tidak kurang jugak salahnya. So dah terang bahawa ramalan si Shaheen ni jangan lah kita percaya ya.. Untuk suka- kita tengok boleh la..

Berikut adalah ramalan yang telah dibuat oleh unta ni.



Untuk terlawanan terakhir yang diramal semalam adalah Italy menentang Uruguay yang mana Uruguay telah memenangi perlawanan tersebut dan betullah ramalan Shaheen ni. Jadi untuk perlawanan malam ini di antara Ecuador dan France, jom kita tengok.


Betul ke tidak sama-sama kita nantikan perlawanannya. Game start pukul 4 pagi..siapa yang sanggup tunggu tu boleh la tengok game tu eh..siapa yag lebur tu, tunggu jelah keputusan rasmi esok nya..ok..

Tuesday, June 24, 2014

[ World Cup 2014 ] - Update terkini Piala Dunia 2014

6/24/2014 07:37:00 PM Posted by Andy Fairuz , , No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Walaupun da lama dah bermulanya Piala Dunia edisi 2014 ini, namun aku masih mencari bagaimana nak keluarkan update terkini kat dalam blog aku ni.dan hasilnya berjaya..hehe..kalau korang boleh nampak kat sebelah kanan blog aku ni tertera status terkini setiap perlawanan dan jugak keputusannya. so kepada anda yang mencari status terkini piala dunia tu..boleh la datang sini eh..walaupun da banyak kita jumpa..even cari kat gugel pun ade..hehe..xpa la..sambil baca blog aku ni..boleh tengok latest update world cup 2014 ni..

Korang boleh pilih samada nak tengok keputusan di peringkat kumpulan, 16 pasukan yang layak, suku akhir, separuh akhir hingga ke peringkat akhir. Korang jugak boleh pilih negara mana yang korang nak tengok. Juga boleh tengok statistik setiap perlawanan yang dah berlangsung. Siapa penjaring, siapa yang kena kad, siapa pemain yang ditukar.. segalanya lengkap disini..

Banyak lagi lah..korang jugak boleh tengok info berkenaan negara yang bertangding, sejarah World Cup yang lepas, dan macam-macam lagi lah..pendek kate semua yang anda inginkan di sepanjang World Cup ada kat sini..so boleh la jemput tengok ye..

Santai Ramadhan Edisi ke 7

6/24/2014 04:19:00 PM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sidang pembaca sekalian..

Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Bagaimana persediaan yang anda telah lakukan? Hutang yang lepas dah bayar ke belum? Hanya tinggal kurang 5 hari sahaja lagi untuk anda melangsaikannya.Siapa yang tak settle lagi tu sila lakukannya dengan segera ye..


Ok.. Pernahkah anda dengar pasal Santai Ramadhan ni. Bagi penggemar outdoor mungkin anda pernah dengar dan pernah mengikutinya. Program Santai Ramadhan ni adalah sebuah program yang di asaskan oleh beberapa orang penggiat sukan outdoor dalam usaha untuk memenuhkan jadual penggemar outdoor di bulan Ramadhan. Di samping mengeratkan silaturrahim di kalangan kita, ia juga bertujuan untuk membuka minda kita bahawa bulan ramadhan bukanlah bulan untuk kita lemah, letih dan sebagainya. Ia membuktikan bahawa walaupun di bulan puasa, kita juga dapat mendekatkan diri dengan alam dengan melakukan aktiviti santai seperti ini.


Pada edisi sebelum ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya seperti menghantar bantuan kepada mangsa tanah runtuh di Cameron Highland, melawat Mardi Agro Park, mendaki santai ke puncak Brinchang dan mendaki santai ke puncak Berembun dan macam-macam aktiviti lagi.

Jom tengok apa yang ada pada edisi ke 7 akan datang ni..

Detail Program :
Tarikh: 19 – 20 July 2014
Lokasi: Kem Sungai Pauh, Jabatan Perhutanan Cameron Highlands, Pahang


Logistik menggunakan Kereta sendiri, yang tak ada kereta boleh tumpang2 kawan atau sila maklum pd kami untuk di uruskan.

Itinerary program ;

Jumaat 18/07/2014
11.30 pm - berkumpul dan bergerak dari LRT Gombak

Sabtu 19/07/2014

03.00 am - tiba di pekan Brinchang - bersahur di Pekan Berinchang ke Kem site Sg Pauh
06.30 am - Solat Subuh
10.30 am - Beriadah di Ladang Teh BOH, Ringlet
01.00 pm - bertolak ke ke Masjid Jamik Tanah Rata - solat Zohor kemudian pulang ke kem site
04.00 pm - Membeli juadah berbuka di Pasar Malam Brinchang
05.30 pm – bergerak ke puncak gunung Berinchang utk bersiap berbuka ( potluck )
07.15 pm - Berbuka Puasa
07.40 pm - Solat Maghrib n gerak blik ke kem site
08.45 pm – solat isyak n tarawih di dewan sg Pauh
10.30 pm - sesi Jagung Bakar
Rehat & Rawat

Ahad 20/07/2013
03.30 am - Persiapan bersahur
04.30 am – Sahur disediakan
06.10 am - Solat Subuh
09.30 am - Resepsi Aidilfitri - Berbaju Melayu & Kurung
10.30 am - Menuju ke Puncak Brinchang - Sesi bergambar dan penutup.
12.30 pm - bersurai


Simple je kan..tiada aktiviti yang berat pun..anda boleh melakukan aktiviti tetapi dengan tenaga yang sangat minima.. lagipun di Cameron Highlands kan. Ia merupakan satu aktiviti berkonsepkan santai, dan kawan2 semua dijemput untuk sama2 memeriahkan program ini.

Oh ya.. Bayaran buat masa ini adalah sebanyak RM25 sahaja. Kos termasuk  sewa tapak campsite, khemah, makan sahur dan makan BBQ. Kos tidak termasuk makanan berbuka (sama-sama beli kat pasar malam Brinchang), kos perjalanan (carpool) dan kos2 lain yang tidak dinyatakan.

Sekiranya anda berminat, jangan lupa untuk membawa pakaian yang bersesuaian semasa berada di sana. Maklumlah, Cameron Highlands kan sejuk. hehe..Jangan lupa juga untuk bawa baju raya sebab kita akan adakan sesi bergambar bersama baju raya di hari terakhir kita nanti..dan yang paling penting jangan lupa bawa camera ya..kalau x sia-sia lah baju raya yang di pakai..hihi..

Berminat?? anda boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat...okay..
Andy 016-3637348 (sms/call/wasep)
ndferuz@gmail.com
fb.com/ndferuz
twitter.com/ndferuz



Thursday, June 19, 2014

[ Info ] - 4 contengan pada wang kertas yang tiada nilai

6/19/2014 08:36:00 PM Posted by Andy Fairuz , 6 comments
Entri kali ini aku nak share something yang aku rasa berguna jugak untuk korang.. info menarik kena lah kongsi kan??ok sudah semestinya setiap dari anda semua memiliki wang kertas. hatta budak kecil sekarang pun tau kepingan kertas dengan wajah agong pertama tu adalah sesuatu yang bernilai dan sangat berguna..

wang kertas


Pada kebiasaan, wang kertas yang terdapat dalam dompet kita telah bertukar dari satu tangan ke satu tangan dan akhirnya dapat ke tangan kita. Dan sudah semestinya kondisi wang kertas tersebut tidaklah begitu sempurna. Pelbagai kecacatan yang kita boleh lihat pada wang kertas tersebut. Kecacatan yang biasa kita lihat adalah kesan koyakan serta terdapat contengan pada wang kertas tersebut. Ini mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu urusan kita sebagai pemilik wang tersebut.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia dalam memberi nilai pada wang kertas yang kita miliki ini? Entri kali ini aku nak share dengan korang beberapa garis panduan yang melibatkan kesan contengan pada wang kertas yang telah di tetapkan oleh BNM dalam memberi nilai wang kertas di Malaysia ini..Jom tengok video ni..


So aku boleh simpulkan kat sini, 4 jenis contengan pada wang kertas yang akan menyebabkan wang kertas anda tiada nilai adalah seperti berikut:

1. Contengan pada wajah Agong - derhaka namanya.
2. Buat kad jemputan 
3. Contengan berunsurkan keagamaan dan politik.
4. Contengan berunsurkan lucah

Kalau setakat tulis no telefon, i love u, u love me, takda masalah..hehe..So, jagalah wang kertas anda dari terkena 4 contengan ini..kalau kena kat duit seringgit xpa..dah kalau kena kat duit RM50 ke..RM100 ke..kan dah rugi..okay..

p/s: comey awek BNM tu..hihi..siapa nak berkenalan, jangan tanya aku eh..aku x kenal pun..hihih..

Tuesday, June 17, 2014

[ World Cup 2014 ] - Shaheen Si Unta peramal world cup BRA vs MEX

6/17/2014 01:16:00 PM Posted by Andy Fairuz , , 6 comments
Okay..sebelum ini si unta Shaheen ni telah pun meramal beberapa perlawanan penting pada World Cup 2014 kali ini..dan semalam Shaheen ni dah meramalkan perlawanan antara Portugal dan Germany. dan ramalannya semalam agak tersasar berbanding ramalan2nya sebelum ini.. Si unta ni meramalkan kemenangan berpihak kepada Portugal, namun apa yang berlaku semalam adalah sebaliknya dimana Portugal telah tewas mengejut kepada Germany 4 - 1..nampaknya ramalan haiwan ini tidak lah tepat..

Dan seperti biasa, hari ini Shaheen telah pun membuat ramalan bagi perlawanan hebat seterusnya iaitu Brazil menentang Mexico. jom tengok ramalan Shaheen


Sejauh mana ketepatan ramalannya, kita nantikan malam ni..perlawanan akan berlangsung pada jam 3.00 pagi 18 Jun 2014 waktu Malaysia..so kepada anda yang nak menyaksikan perlawanan ini, jangan lupa set jam..betul ke tidak ramalannya..Wallahua'lam..

Monday, June 16, 2014

[ World Cup 2014 ] - Shaheen Si Unta peramal world cup

6/16/2014 05:03:00 PM Posted by Andy Fairuz , , No comments
Demam Piala Dunia 2014 di Brazil telahpun di rasai sejak beberapa hari ni bermula 12 Jun yang lalu dan akan berakhir pada 13 Julai nanti. Ramai orang mula bercakap mengenai pasukan kegemaran mereka. Ada pula yang sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menyaksikan secara langsung perlawanan antara negara-negara besar piala dunia ini. Ada yang boleh agak kemenangan pasukan yang bertanding. Namun ada jugak yang tersasar jauh. Sebagai contoh perlawanan antara Sepanyol dengan Belanda baru-baru ni. Tak sangka 2 negara yang bertemu di pentas final empat tahun lalu bertemu semula di saingan peringkat pertama ini.. Jika pada perlawanan akhir lalu Sepanyol berjaya menundukkan Belanda dan memenangi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, siapa sangka pada perlawanan kali ini Belanda berjaya membenam Sepanyol 5 - 1. Maaf cakap, mereka seperti meng'anjing'kan sahaja Sepanyol pada game kali ni..

Tapi biasa lah..tu adat perlawanan..main bola ni selagi x cukup 90 minit macam-macam boleh jadi..masa tambahan 3 minit pun boleh score lagi 3 gol..kan..tak kisah la siapa yang menang..kita tunggu dan nantikan..

Masih ingatkah lagi anda dengan Paul, si sorong kurita yang meramalkan beberapa perlawanan piala dunia musim lalu..kesemua ramalannya tepat untuk setiap negara yang dipilihnya. tapi dengar cerita, sotong ni telahpun mati. tak tau la pula aku sejauh mana kesahihannya..

Paul - The Octopus

Selepas itu muncul jugak lah beberapa haiwan lain yang dijadikan peramal untuk setiap perlawanan bola sepak di dunia ini..dan untuk Piala Dunia 2014 di Brazil ni, muncul seekor lagi haiwan peramal yang meramal perlawanan bola sepak Piala Dunia kali ini. Ia adalah Shaheen - The Camel.. Si Unta peramal Piala Dunia 2014. Setiap hari, sehari sebelum perlawanan Shaheen ini akan membuat ramalan pasukan yang akan memenangi perlawanan tersebut. Dan setakan ini ramalannya tepat. Jom kita tengok..

 
Ramalan Shaheen untuk perlawanan Brazil vs Croatia

Ramalan Shaheen untuk perlawanan Sepanyol vs Belanda

Ramalan Shaheen untuk perlawanan England vs Italy

Ramalan Shaheen untuk perlawanan Argentina vs Bosnia

Dan untuk perlawanan hebat malam ini, di antara German menentang Portugal..jom tengak ramalan unta ni..
 
Ramalan Shaheen untuk perlawanan German vs Portugal

Untuk perlawanan-perlawanan lain mungkin akan ada ramalan dari Shaheen ni..kita tunggu dan lihat je nanti..ok..Jangan percaya sangat ramalan-ramalan semua. mungkin kebetulan sahaja..mungkin kita boleh jadikan benda ni sebagai satu hiburan pada musim bola ni..jangan pulak ada yang bertaruh perlawanan pulak..dosa tu..hehe..okay..

p/s: Malam ni game best..Germany vs Portugal..macam nak tengok je..hehe..game awal tu..boleh la tengok..kalau pukul 3 ke..pukul 6 ke..mau rabak biji mata..

Friday, June 13, 2014

Starlight Cinema - Showtime...!!!

6/13/2014 12:01:00 PM Posted by Andy Fairuz No comments
Hola..baru-baru ni aku baru je dapat email pemberitahuan dari 8ShareMY bahawa aku berjaya menang 4 tiket untuk menonton wayang terbuka.. Starlight Cinema..so aku pun reply email tu minta diorang pos kan tiket wayang tersebut..dan semalam baru terima tiket tu..exclusive invitation lagi..heheh..


sedikit pasal event ni..Starlight Cinema ni sebenarnya satu acara menonton wayang secara terbuka yang terbesar pernah di adakan di Malaysia ni. Bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, event ni juga berlangsung selama 8 hari bermula 13 Jun hingga 21 Jun 2014..pintu masuk akan dibuka seawal jam 6.00 petang..so bagi anda yang berkelapangan dan berminat boleh datang utuk rasai pengalaman menonton wayang bertemankan bintang dan bulan..ecewah..

oh ya..pelbagai filem akan ditayangkan..dan setiap hari filem adalah berbeza..kepada anda yang berminat untuk menonton boleh lah beli tiket online kat sini..berikut adalah jadual filem yang akan ditayangkan..


ok..bagi yang dah ada tiket..ni lokasi yang tepat untuk anda datang..copy je long lat ni kat gps anda.. 3°08'33.6"N 101°38'27.5"E ataupun anda boleh cari Bukit Kiara Equestrian Club.


So..apa lagi..sesakali kita gi tengok wayang outdoor la pula ok..bertemankan bintang..hehe..terima kasih sekali lagi kepada 8Share.. dan jugak Starlight Cinema..sebab bagi saya EXCLUSIVE SEASON PASS lagi..hehe..nanti buat lagi contest yee..hehe..ok..see u there..