Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

[ World Cup 2014 ] - Shaheen Si Unta peramal world cup

Demam Piala Dunia 2014 di Brazil telahpun di rasai sejak beberapa hari ni bermula 12 Jun yang lalu dan akan berakhir pada 13 Julai nanti. Ramai orang mula bercakap mengenai pasukan kegemaran mereka. Ada pula yang sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menyaksikan secara langsung perlawanan antara negara-negara besar piala dunia ini. Ada yang boleh agak kemenangan pasukan yang bertanding. Namun ada jugak yang tersasar jauh. Sebagai contoh perlawanan antara Sepanyol dengan Belanda baru-baru ni. Tak sangka 2 negara yang bertemu di pentas final empat tahun lalu bertemu semula di saingan peringkat pertama ini.. Jika pada perlawanan akhir lalu Sepanyol berjaya menundukkan Belanda dan memenangi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, siapa sangka pada perlawanan kali ini Belanda berjaya membenam Sepanyol 5 - 1. Maaf cakap, mereka seperti meng'anjing'kan sahaja Sepanyol pada game kali ni..

Tapi biasa lah..tu adat perlawanan..main bola ni selagi x cukup 90 minit macam-macam boleh jadi..masa tambahan 3 minit pun boleh score lagi 3 gol..kan..tak kisah la siapa yang menang..kita tunggu dan nantikan..

Masih ingatkah lagi anda dengan Paul, si sorong kurita yang meramalkan beberapa perlawanan piala dunia musim lalu..kesemua ramalannya tepat untuk setiap negara yang dipilihnya. tapi dengar cerita, sotong ni telahpun mati. tak tau la pula aku sejauh mana kesahihannya..

Paul - The Octopus

Selepas itu muncul jugak lah beberapa haiwan lain yang dijadikan peramal untuk setiap perlawanan bola sepak di dunia ini..dan untuk Piala Dunia 2014 di Brazil ni, muncul seekor lagi haiwan peramal yang meramal perlawanan bola sepak Piala Dunia kali ini. Ia adalah Shaheen - The Camel.. Si Unta peramal Piala Dunia 2014. Setiap hari, sehari sebelum perlawanan Shaheen ini akan membuat ramalan pasukan yang akan memenangi perlawanan tersebut. Dan setakan ini ramalannya tepat. Jom kita tengok..

 
Ramalan Shaheen untuk perlawanan Brazil vs Croatia

Ramalan Shaheen untuk perlawanan Sepanyol vs Belanda

Ramalan Shaheen untuk perlawanan England vs Italy

Ramalan Shaheen untuk perlawanan Argentina vs Bosnia

Dan untuk perlawanan hebat malam ini, di antara German menentang Portugal..jom tengak ramalan unta ni..
 
Ramalan Shaheen untuk perlawanan German vs Portugal

Untuk perlawanan-perlawanan lain mungkin akan ada ramalan dari Shaheen ni..kita tunggu dan lihat je nanti..ok..Jangan percaya sangat ramalan-ramalan semua. mungkin kebetulan sahaja..mungkin kita boleh jadikan benda ni sebagai satu hiburan pada musim bola ni..jangan pulak ada yang bertaruh perlawanan pulak..dosa tu..hehe..okay..

p/s: Malam ni game best..Germany vs Portugal..macam nak tengok je..hehe..game awal tu..boleh la tengok..kalau pukul 3 ke..pukul 6 ke..mau rabak biji mata..

Comments

Popular Posts