Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi.

Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel.

Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya memandang…

Ramadhan - Persediaan dan kemampuan



Hari ini tanggal 14 Sya'ban 1435H..semakin dekat untuk kita hadapi Ramadhan..tak sampai 16 hari lagi kita bakal menerima kunjungan bulan mulia bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan keberkatan dan tersimpan seribu satu rahsia dan rahmat yang boleh kita perolehi jika kita beramal di dalamnya..semoga berbaki 18 hari lagi kita diberi keizinan oleh-Nya untuk berjumpa dengan bulan yang mulia ini..InsyaAllah..

So bagaimana dengan persediaan korang semua..seperti biasa, soalan pertama yang akan ditanya pasal persediaan Ramadhan adalah..Ramadhan lepas dah ganti belum? berapa banyak yang tertunggak? bila nak langsaikan??betul tak? lebih-lebih lagi kaum hawa..tapi incek-incek kat luar sana tu pun ada juga yang missed kan..ini termasuklah aku ni..hehe..sebab sehari sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun lepas aku dimasukkan ke wad di sebabkan masalah pada perut aku..kena buat endoscopic..huhu..betul ke tak word tu..tak tahu lah..hehe..maka ter miss la  2 hari..tapi semuanya dah aku selesaikan awal-awal lagi..so buat korang semua yang masih belum selesaikan hutang puasa tahun lepas eloklah dipercepatkan ye..xlama dah ni..

Selesai ganti balik puasa yang terlepas tahun lalu..jom kita buat beberapa perkara di bulan Sya'ban ni sebagai persediaan menghadapi Ramadhan akan datang ni..

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku

Bulan Ramadhan adalah bulan bagi umat Muhammad untuk mengupgrade diri mereka.. bermacam-macam cara, kaedah serta pendekatan yang telah dianjurkan untuk kita ambil bagi menambahbaik tahap keimanan kita kepada Allah S.W.T di bulan Ramadhan ini.. Namun sebagai persediaan, di bulan Sya'ban ni juga pelbagai peluang yang kita boleh rebut memandangkan ini adalah bulan Rasulullah. Jadi, apa kata kita gunakan baki lagi beberapa hari ni untuk kita lakukan amalan di bulan Sya'ban ni supaya kita lebih bersedia menghadapi Ramadhan. 
 
Sabda Rasulullah, Dinamakan Sya'ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal selain Ramadhan adalah puasa dibulan Sya'ban.

Sabda Nabi lagi, Puasa di bulan Sya'ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Sya'ban kemudian berselawat keatasku beberapa kali sebelum berbuka maka diampunkan oleh Allah dosanya yangtelah lalu dan diberkati rezekinya.

So, apa kata kita latih diri kita untuk hadapi Ramadhan nanti dengan lakukan puasa sunat di bulan Sya'ban ni.. InsyaAllah bila dah terbiasa, tiada masalah untuk kita hadapi puasa Ramadhan nanti.. nak nya orang macam aku ni..xley perut kosong..nanti masuk angin..nanti xda la terkejut perut tu..

Selain dari itu, kita juga di anjurkan untuk mulakan membaca Al-Quran..maklum laa..nak khatam punya la susah..macam Imam Muda Faris bercakap masa ceramahnya kat ofis td.bila tanya bila last khatam quran..27 Ramadhan tahun lepas..kenapa 27 Ramadhan??sebab imam dah abiskan semuanya masa tu..pastu imam da balik kampung nak raya..huhu..so why not kita mulakan awal..dan kita cuba habiskan sendiri dengan lebih awal..xda la menggagau nak menghabiskan 30 juzuk tu bila masuk Ramadhan nanti..

Harini dah 14 Sya'ban..maknanya malam ni malam 15..malam Nisfu Sya'ban. kalau kita cari fadhilat atau kelebihan di malam Nisfu Sya'ban ni memang banyak..banyak perkara yang kita boleh lakukan.. Jom ramai2 kita pakat buat qiamullail malam ni..haaa..kepada mereka yang nak tgk bola worldcup 2014 live tu..apa kata sebelum bola start..kita buat tahajud, taubat, hajat..bukan lama pun..stengah jam sebelum start dah boleh buat..kan..?? then esok boleh puasa sunat pulak..at least kita dah buat amalan yang tah bila kita nak buat balik pun kita tak tau..

Ok lah..aku ni bukan lah orang agama, aku bukanlah banyak ilmu..tapi disebabkan itulah maka soalan ni aku tujukan kepada aku..bersediakah aku..dan kepada anda juga..bersediakah anda..ayuh kita buat persediaan awal..dan berdoa..agar kita dipertemukan dengan Ramadhan akan datang supaya kita mampu menjalaninya dengan cemerlang..


sumber gambar1: sini
sumber gambar2: sini

Comments

Popular Posts