Followers

Tuesday, January 20, 2015

Paris, Amsterdam, London..Mu tunggu aku datang..

1/20/2015 03:31:00 PM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalamm..


Jyeahhh..sedang menghitung hari ni baq hang..tak sampai sebulan je lai..trip ke europe aku bersama keluarga..hehe..memulakan projek misi 2015 aku.. mudah-mudahan semua ok..

Persiapan rapi tu tak la sangat..tapi beberapa persiapan kecil dah pun aku sediakan..long john dah beli..beberapa pakaian tahan sejuk aku dah beli..winter jacket..emm..cari kt sana jelah..hehe..kasut..tak sempat nak beli..aritu ade tgk kat JPO..tapi tak beli..then datang lg skali dah takda..so rasenye pakai sport shoes je la nampaknya..kat sana nanti baru beli satu..hehe..buat persiapan untuk misi seterusnya nanti..

trip selama 12 hari ni meliputi 3 buah negara..France, UK, dan Netherlands..tapi sebenarnya aku pergi 5 negara..hehe..transit kat Dubai and transit train kat Brussels..cuti kene standby 8 @ 9 hari..tapi so far cuti aku cukup utk cover semua tu..hehe..tinggal nak apply je..

so insyaallah nanti aku kongsikan cerita aku di sana..ok..sehingga hari ini ada lagi lebih kurang 24 hari je lagi tinggal..nantikan cerita aku nanti ye..

*gambar sumber google..

Monday, January 05, 2015

Misi 2015 kini bermula

1/05/2015 11:12:00 AM Posted by Andy Fairuz , , , No comments
Assalam..

Tahun 2014 merupakan tahun yang sangat mencabar. Bukan sahaja pada diri aku ni..malahan pada negara Malaysia. Semua sedia maklum. Macam-macam kejadian, trajedi, peristiwa telah berlaku. Kegagalan, kehilangan, kemusnahan, kehancuran melibatkan negara membuatkan tahun 2014 menjadi tahun berdukacita buat rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, aku jugak mungkin sedikit terkesan dengan apa yang berlaku.

Namun di sebalik keadaan tersebut mungkin ada dikalangan kita yang beroleh berita bahagia, gembira, jaya dan sebagainya yang mampu buat mereka tersenyum. Aku.. yup ada kisah menarik nak disorotkan sepanjang 2014. Tak banyak..tapi boleh la buat aku gembira.

3 - 10 April 2014 - Korea Trip - Sakura @ South Korea



Kalau korang tertinggal, ada aku sharekan pengalaman aku sewaktu disana..so boleh la baca eh..
Sakura @ South Korea Siri 1
Sakura @ South Korea Siri 2
Sakura @ South Korea Siri 3
Sakura @ South Korea Siri 4
Sakura @ South Korea Siri 5
Sakura @ South Korea Siri 6
Sakura @ South Korea Siri 7

31 Julai 2014 - AndYasmin E-day

Yang ni aku x share story pun..hehe..maklumlah sibuk sangat.

Apa lagi ye..emmm..rasanya tu je lah cerita best aku sepanjang tahun 2014. Dan kini kalendar tahun baru dah pun dibuka..2015.. tahun yang mungkin memberi banyak kisah menarik di dalamnya.

Seawal tahun 2015 ini dah ada beberapa perkara yang menggembirakan kita. Ya..turunnya harga minyak kat Malaysia ni..berapa lama ia mampu bertahan tu aku pun x tau.. Kalau lama , Alhamdulillah.. Kalau sekejap je..hmmm... tak tahu lah..

Seterusnya.. tahun ni juga buat pertama kalinya aku akan menjejakkan kaki ke bumi eropah..bercuti bersama keluarga. Tunggu je lah kisah yang akan aku kongsikan nanti dalam blog ni okay...tak berapa lama pun lagi..dekat dah..

Ok. Kalau tahun lepas dah ada E-Day.. So insyaallah tahun ni akan ada majlis rasmi nya pulak..tapi bukan lah masa terdekat ni..hmm..tapi kira dekat la jugak..beberapa bulan je lagi..exact date tu nanti aku share ye..sampai masa aku jemput la..hehe..

Tahun 2014 aku follow family bercuti di Korea. Insyaallah tahun 2015 aku plan nak bawak kawan-kawan ke sana pulak. Oh ya..bukan la bawak diorang "sponsor" ye.. aku plan nak buat trip ke sana dengan hanya RM2500 sahaja.. Kalau korang sentiasa update blog aku ni ada aku post pasal Misi Autumn di Korea 2015 dan Update Misi Autimn di Korea 2015. So korang berminat nak tau detail boleh la pm aku ya..

Maka dengan bermula nya 1 Januari 2015 lalu, maka bermulalah segala misi bagi tahun 2015 ini. Semoga apa yang di rancang menjadi kenyataan.
Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Insyaallah..