Followers

Friday, July 25, 2014

Cuti panjang sepanjang 2015

7/25/2014 11:32:00 AM Posted by Andy Fairuz , 5 comments
Salam Semua..

Belum pun hujung tahun..kalau ikut kalendar masih berbaki 5 bulan lagi untuk kita melangkau ke tahun 2015. Tapi kali ni aku nak share pasal apa yang ada pada kalendar tahun depan. Info ni aku dapat dari sebuah laman web TripZilla Magazine. Sebuah laman web bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat pelancongan di seluruh dunia.

Ok..back to our topic here. pada tahun hadapan terdapat lebih kurang 11 cuti panjang di hujung minggu. huuaaa..banyak tuu.. kebetulan cuti-cuti umum negara tahun depan kebanyakannnya jatuh pada khamis, jumaat dan hujung minggu. Jika cuti umum jatuh pada hujung minggu maka hari Isnin berikutnya akan cuti. Jom kita tengok ni..


So pada anda yang nak merancang cuti pada tahun hadapan bolehlah pilih tarikh yang anda mahukan..ada 11 minggu yang anda boleh aplikasikan cuti anda. Oh ya..kalendar di atas tertakluk pada perubahan semasa.

ps: hmm..boleh dah plan majlis kahwin tahun depan..hihi..honeymoon lagii...heheheh..

Thursday, July 17, 2014

Terlajak kereta eksiden, terlajak tingkahlaku buruk padahnya

7/17/2014 12:57:00 AM Posted by Andy Fairuz , 1 comment
Salam Ramadhan..

Nah amekau panjang tajuk entri aku kali ni..ni semua gara-gara satu rakaman video yang tersebar luas di media sosial sehari ni..dunia tanpa sempadan kan..harini jadi satu peristiwa..sekejap je dah viral..tu yang bahaya tu..senang cite kejadian #CDM25..pasti semua tahu kisahnya..so tak perlulah untuk aku kisahkan semula kejadian itu..

Cuma nak berkongsi pendapat pasal kejadian tu..dari pandangan serta penglihatan aku mengenai apa yang berlaku.. Ada beberapa perkara yang aku nak usik..

1. Lady driver

aku bukan nak kondem pemandu wanita..cuma ye lah..kadang-kadang memang jelas dalam beberapa perkara jalan raya yang melibatkan pemandu wanita ni menampakkan mereka kurang cerdik..kurang cerdik bukan bermakna mereka ni bodoh..tetapi kadang2 tindakan mereka boleh menyebabkan pemandu lain berasa kurang selesa..

Dalam kes #CDM25 ni pulak aku tengok tindakan kurang cerdik wanita berkenaan telah menampakkan kebodohan dia dalam etika di jalan raya.. tak perlu cerita tentang teori..cerita logik cukup..mengamuk tak tentu pasal..bukan lah suatu perkara biasa..tapi luar biasa.

2. Kereta Baru

Katanya kereta yang di pandu wanita itu adalah kereta baru. Didaftarkan  pada bulan 6..so dalam sebulan umur kereta tu..memang agak "pissed off" la kan..kereta baru keluar sebulan da kena bang dari belakang..tapi tu lah lumrah orang bawak kereta.. aku sendiri kereta baru sebulan dah eksiden kat highway PLUS menghala ke Johor.

Dalam kenyataannya kepada pemberita TV3 kat buletin utama tadi katanya tu lah hasil titik peluh dia nak reward dirinya atas kejayaan dia..tapi memang tu pun semua orang rasa..most of kita beli kereta sebab hasil titik peluh diri sendiri kan..biasa lah..

3. Kurang Ajar

Kurang ajar yang aku maksudkan bukanlah sebab dia melakukan tindakan bodoh tu kepada seorang warga emas..malah kalau dia lakukan kepada orang muda ke..pakcik ke, brader ke, akak ke, atau kepada sesiapa pun..tindakannya itu tetap di label sebagai kurang ajar. Tiba-tiba menyerang orang dengan membabi buta. Bawak keluar steering lock..tak cukup dengan itu menghentam kereta pakcik tu dengan kuat di bonet depan, cermin dan bumbung menggunakan steering lock td..

Tindakan kurang ajarnya itu boleh dilabel sebagai pembuli jalan raya..biasanya yang buat kerja ni golongan samseng yang nak ambil kesempatan terhadap pengguna jalan raya lain..siap nak pow uncle tu RM2000 lagi tu..tak ke samseng namanya tu..

4. Bulan Ramadhan

Di bulan penuh barakah ni sepatutnya kita mengambil kesempatan mengejar seribu satu keberkatan yang terdapat didalamnya.. selain berbuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, kita jugak di galakkan untuk menahan diri dari perkara lain yang boleh mengurangkan pahala puasa tersebut. Atleast dia menahan rasa marahnya itu dan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin..bukan dengan memaki hamun dan berlagak samseng seperti itu.

Malu pulak aku bila ada saudara seislam aku melakukan perkara memalukan ini terhadap seorang yang bukan seagama yang mana lebih memahami situasi dan melakukan tindakan yang sepatutnya dilakukan..sabar dan memaafkan..hebat..ouh..mungkin ini lah ujian yang di hadapi wanita itu..dan dia nampaknya gagal..

5. Mohon maaf

Setelah videonya menjadi viral di media sosial sehari ni..akhirnya si wanita pelaku tampil memohon maaf..aku dah tengok kat buletin utama tadi..menangis-nangis dia meluahkan rasa kesalnya. dan pakcik yang menjadi amukan wanita itu pun sedia memaafkan tingkah laku kurang baik dari wanita itu..

Setel dah masalahnye pun..tapi yang jadi masalahnye lagi adalah..orang-orang di luar sana..ye lah..orang yang terlibat dah membuat kenyataan..dah mintak maaf..dah memaafkan pun..tapi yang tak terlibat ni pulak suaranya melampau-lampau..nak ugut lah.xnak maafkanlah..macam-macam..so siapa lebih samseng skarang ni..siapa lebih memalukan  skarang..

6. Media sosial

Trend masa kini..media sosial ni memang satu medium yang kadang-kadang mendatangkan manfaat kepada kita.. namun ia juga mampu menghuru-harakan hidup kita.. skarang ni bila sesuatu yang pelik je berlaku..share..pastu viral..pastu kituk..pastu maki..takda kesudahan.. even benda baik..ade ye tak baik pada diorang..yang masalahnya..maki..x suka..tapi dok share jugak.. so kes #CDM25 ni salah satu contoh..harini kau buat masalah..harini jugak orang kongsi cerita kau..

Maka terhasil lah macam-macam..bash..kutukan..ugutan..fake account..bash account..macam-macam la..sampai orang terlibat tak mampu lagi menanggung..

So..itu lah pandangan aku..ni cumalah pandangan peribadi..jangan lah anda terdorog dengan pandangan kabur aku ni..ok..korang camna pulak..

Wednesday, July 16, 2014

Buka puasa sambil amal sunnah di DARC

7/16/2014 04:50:00 PM Posted by Andy Fairuz , , No comments
Salam semua..

Entri di bulan Ramadhan ni tak sah kalau tak share kisah berbuka puasa kan? So aku jugak nak kongsikan dengan anda semua kisah berbuka puasa aku. sepanjang 2 minggu berpuasa ni sempat jugak lah aku berbuka di macam-macam tempat..kat rumah, kat hospital, kat kedai makan dan ket tempat yang menyediakan buffet ramadhan. Dikesempatan ini nak jugak aku share lokasi berbuka puasa aku tahun ni..setakat harini lah ye..

Satu tempat yang aku rasa best untuk menjadi lokasi berbuka puasa korang tahun 2014 ni, tempat yang pada aku tak la begitu mewah, namun menyediakan juadah berbuka puasa yang sangat banyak..aneka juadah disediakan..katanya lebih 100 hidangan..banyak tu..di samping itu juga korang boleh melakukan perkara sunnah..kat mana tempat tu??

Haaa..mesti pelik kan..apahal kelab kuda pulak ni...Ok.. Denai Alam Recreation and Riding Club atau DARC adalah satu kelab rekreasi bagi penduduk Denai Alam, Shah Alam. Pada ramadhan kali ini mereka menyediakan buffet ramadhan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM29.90 untuk dewasa dan RM14.00 untuk kanak-kanak..ok la kan..Dengan juadah yang sangat banyak..macam-macam ada..korang juga diberi peluang untuk mencuba 2 aktiviti sunnah iaitu menunggang kuda dan jugak melakukan sukan memanah..

Aku dah cuba.. Makanan memang boleh tahan..ada nasi ayam, mee kuey teow goreng, mee kari, kambing dan ayam BBQ, nasi dengan pelbagai lauk pauk, pe lagi eh..haa..western food, burger bakar, salad, ABC, air macam2 kaler, air panas, teh tarik, kopi..fuhhh...macam2 lagi lah..
 




Gambar sumber DARC FB
Lepas makan boleh solat di surau yang disediakan, ada tandas, semua lengkap.. lepas tu boleh la mencuba menunggang kuda dan memanah pulak..memang best.. xpernah aku naik kuda ni...hehe boleh la nak try kan..dan jugak memanah. Sempat jugak brader tu telengkan kepala aku nak ajar camna cara yang betul memanah..hehe








Amacam..best tak..cam best je kan...kalau nak compare tempat lain..agak berpatutan la harganya..dengan aktiviti yang disediakan..memang best la kan..so kalau anda semua berminat boleh menghubungi 0102402606 / 0102447890 / 0378315561 untuk sebarang tempahan..oh ya promosi sehingga 25 Julai 2014 sahaja tau..cepat..jangan tunggu lagi..ni kat bawah ni exact location untuk ke DARC ni..

https://www.google.com/url?sa=D&oi=plus&q=https://maps.google.com.my/maps?expflags%3Denable_star_based_justifications:true%26ie%3DUTF8%26cid%3D17414667507901621124%26q%3DDenai%2BAlam%2BRecreational%2Band%2BRiding%2BClub%26iwloc%3DA%26gl%3DMY%26hl%3Den_uk


Selamat Berbuka dan selamat menjamu selera..

Tuesday, July 15, 2014

[ World Cup 2014 ] - Ganjaran Menanti Setiap Negara

7/15/2014 01:34:00 AM Posted by Andy Fairuz , , No comments
Akhirnya.. Berakhir sudah penantian selama sebulan pasukan yang bertanding pada Piala Dunia 2014 edisi ke 20 ini yang mana menyaksikan pasukan Jerman berjaya merangkul kejuaraan buat kali ke-4 dalam sejarah berlangsungnya Piala Dunia yang mula dipertandingkan sejak 1930 lagi..

Jerman yang berhadapan dengan pasukan Argentina telah berhempas pulas apabila perlawanan terpaksa diteruskan ke masa tambahan dan akhirnya jaringan berjaya dilakukan oleh Mario Götze pada minit ke 113 perlawanan.

Tahukah anda bahawa setiap negara yang berjaya layak ke Piala Dunia akan menerima habuan yang sangat lumayan apatah lagi sekiranya setiap negara ini berjaya ke peringkat lebih tinggi. Dari 32 negara yang berjaya ke piala dunia hingga negara yang berjaya menjuarai piala berprestij ini, pastinya menerima habuan atau ganjaran yang sangat-sangat lumayan.

Pada edisi kali ini, FIFA telah memperolehi sebanyak $4.5 billion hasil dari penyiar, penaja, hospitaliti dan juga tawaran perlesenan dan dari jumlah itu sebanyak lebih $400 juta telah di agihkan kepada 32 negara yang bertanding. Berikut adalah pecahan agihan yang dibuat.

Juara Piala Dunia 2014 - Germany

Si Juara Germany ini berjaya membawa pulang wang habuan sebanyak $35 juta dan ianya bergantung kepada persatuan bola sepak  negara itu untuk mengagihkannya. Ia merupakan habuan paling tinggi semenjak piala dunia dipertandingkan yang mana lebihan $5 juta lebih berbanding dengan edisi piala dunia 4 tahun lalu di Afrika Selatan.

Naib Juara - Argentina

ehsan Adidas
Bagi pasukan Naib juara Argentina ini habuannya tidak kurang hebatnya. $25 juta menjadi milik mereka berbanding tahun lalu yang hanya memperuntukkan sebanyak $24 juta sahaja.

Tempat ketiga dan keempat

Bagi pasukan Belanda yang telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah pada edisi kali ini seterusnya menduduki tempat ke 3, hadiah wang tunai $20 juta telah berjaya mereka perolehi setelah gagal untuk ke peringkat akhir.

Pasukan tuan rumah Brasil yang di malukan oleh pasukan Juara Germany 7 - 1, dan juga tewas pada saingan tempat ketiga yang di menangi Belanda 0 -3, mereka akhirnya hanya berjaya menduduki tempat ke 4 dan membawa pulang $20 juta sahaja. Banyak jugak tu...

Peringkat Suku Akhir

Bagi negara yang layak ke peringkat suku akhir, ganjaran wang bernilai $14 juta menjadi milik mereka. Pasukan tersebut adalah Colombia, Costa Rica, France dan Belgium.

Round of 16

8 pasukan yang tertewas di pusingan 16 pasukan teratas akan menerima habuan sebanyak $9 juta setiap pasukan. Mereka adalah USA, Greece, Algeria, Uruguay, Switzerland, Mexico, Nigeria dan Chile.

Bagi pasukan yang gagal untuk keperingkat seterusnya..iaitu baki lagi 16 pasukan, mereka juga diberi habuan yang tak kurang hebatnya.. $8 juta setiap pasukan yang menyertai piala dunia tetapi tersingkir di peringkat liga lagi..

Haaaaa...banyakkan??tu lah habuannya...siapa xnak kan.. dan yang menarik jugak setiap negara hanya perlu membayar sebanyak $1.5 juta sahaja sebagai bayaran penyertaan. Malaysia bila lagi??

Berikut adalah ringkasan habuan yang diterima setiap negara bertanding.


Statistic: Prize money distribution at the 2014 soccer World Cup in Brazil (in million U.S. dollars) | Statista
Sumber Statista

Wednesday, July 02, 2014

Jobdirumah - Job dan Payment

7/02/2014 01:15:00 PM Posted by Andy Fairuz , , , No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca sekalian.

Jobdirumah merupakan satu platform untuk anda menjana pendapatan sambilan dengan melakukan pelbagai bidang tugas hanya dari rumah. Apa yang menarik adalah ia menyediakan "Tips & Tricks" untuk anda yang ingin melaksanakan job dari rumah ini.

Nak kongsi pengalaman, banyak gila job yang dihantar kepada kita melalui JDR ini, dan ia bergantung kepada kesungguhan kita untuk dapatkan job tersebut seterusnya menyiapkannya dengan tempoh masa yang ditetapkan. Bagi aku ia memang sangat membantu bagi mereka yang inginkan pendapatan sampingan dengan melakukan kerja dari rumah.

Ni pengalaman aku dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. aku dah bermula sejak Mac 2014 lagi. Namun ianya tidaklah begitu memberangsangkan. Namun setelah berusaha sedaya upaya mendapatkan job-job yang bersesuaian, maka aku dapat contract menyiapkan satu tugasan..dan hasilnya boleh lah dibanggakan walaupun sedikit..hehe..ni bukti bayaran yang aku terima dari salah satu job yang aku perolehi..


Sorilah ye..amount tu terpaksa di hide kan..sebab segan la nak tunjuk..hehe.. So every month ade income kira ok la kan..boleh la nak tambah ape yang patut. kalau rajin lagi, lagi banyak lah pendapatan kita.. Pucuk pangkalnya rajin dan jangan malas.. Confirm dapat.



ok.. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya..