Featured

MyPickupTrip


Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi.

Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel.

Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya memandangkan ni adalah trip pertama aku. Nanti ada masa aku share sikit pasal trip tu.

Trip kedua aku adalah trip ke Perth, Australia yang aku buat baru-baru ni. Kurang sambutan untuk trip tu memandangkan trip ni last minute plan. Walaubagaimanapun trip ni tetap berjalan dengan jayanya. Insyaallah next time aku akan open lagi untuk trip ke Perth ni tetapi dengan masa promosi yang lebih panjang.

So kalau korang nak tahu lebih lanjut atau nak tau pakej2 menarik dari MyPickupTrip ni boleh follow Instagram MyPickupTrip ye. Search je nama MyPickupTrip atau #MyPickupTrip mesti jumpa..


Ok.. So Let's Travel with MyPickupTrip. Aku tunggu korang ye..

Comments

  1. The Casino at Borgata - Mapyro
    Looking for 군산 출장안마 Casino at Borgata Hotel Casino & Spa in Atlantic 안동 출장마사지 City? Explore reviews and find deals on 당진 출장샵 hotels in Atlantic City, NJ,  Rating: 4.1 제주 출장안마 · ‎20 제주도 출장샵 reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts