Followers

Tuesday, February 26, 2008

Marilah mari..pergi mengundi...

2/26/2008 05:28:00 PM Posted by Andy Fairuz 2 comments
Tanggal 8 mac 2008..seluruh rakyat Malaysia yang layak akan menunaikan tanggungjawab negara iaitu mengundi. Kepada sesiapa yang layak tu diharapkan membuat pilihan yang tepat. undilah calon yang betul2 layak untuk memegang tanggungjawab sebagai pemimpin..kerana merekalah yang akan mencorak kemajuan negara di masa akan datang..

Demam pilihanraya kini mula dirasai di setiap pelusuk tanah air..kat tempat aku skang pun da nampak dah perang poster semakin hebat.sekelompok kawasan ni bersepah poster BN..sekelompok kawasan ni plak bersepah bendera PAS dan KeADILan..dan ade sekelompok kecil kawasan lagi dengan beberapa poster dan bendera pembangkang yg lain..tiap2 hari aku balik malam, nampak la sekumpulan penyokong2 parti berkenaan bertungkus lumus menaikkan poster dan bendera parti masing2..emm..perang, perang jugak..jgn tak mgundi sudah..

ape yang penting undi tetap undi..tak kira lah apa pilihan kita..jangan ade yang perang btol2 suda..bagi mereka yang menang, jalankanlah tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin yang adil dan bertanggungjawab yang sentiasa mendengar suara rakyat..bukan menghancurkan rakyat..bagi yang kalah,jangan pula melenting tak tentu pasal..anda masih lagi boleh berbakti pada negara..anda masih boleh menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat..jangan jadikan negara ini sebagai medan tempur sesama kita..

huh..bagi aku..undi adalah rahsia..
undilah dengan bijak..selamat mengundi

Wednesday, February 13, 2008

Yong Yap | DONE!!!

2/13/2008 07:49:00 AM Posted by Andy Fairuz No comments
Satu lagi kejayaan telah aku cipta apabila selesainya XPDC gunung Yong Yap pada 7,8,9 dan 10 Februari 2008 lalu..

Gunung Yong Yap yang merupakan salah satu dari senarai G7 mempunyai ketinggian kira2 2168m dan merupakan gunung ke6 tertinggi di semenanjung Malaysia.

dengan berjayanya aku menawan puncak yong yap ni maknenye aku telah menambah 1 lagi koleksi G7 aku selepas Tahan, Korbu, Gayong dan Yong Belar..so buat mase skang ni baru selesai 5 sahaja..lagi 2, Chamah dan Ulu Sepat insyaallah kalau ade rezeki dalam tahun ni gak aku nak abiskan..doakan aku..

sudah semestinya banyak pengalaman best sepanjang XPDC aku kali ni..dan sememangnye aku merasakan yong yap memang best..tambahan lagi cuaca yang menarik tanpa hujan..view yang terbaik..gabungan team member yang sempoi menambah lagi ke'best'an XPDC ni..