Followers

Monday, June 30, 2014

Jobdirumah Nak Bagi Duit Raya

6/30/2014 11:01:00 AM Posted by Andy Fairuz , , 4 comments
Baru masuk hari ke dua puasa dah ada tawaran duit raya. Macam best je dengar kan. Ya..itulah tawarannya. Tawaran dari Jobdirumah ni adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menambah duit raya tahun ni dengan hanya menyertai cabbaran affiliate dari Jobdirumah ini. Hadiah yang ditawarkan memang agak lumayan. Bolehlah nak buat belanja raya tahun ni.



Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang menjadi agen affiliate & membawa masuk jualan sepanjang bulan Julai 2014 iaitu jualan dari 1 Julai - 31 Julai 2014. Seramai 8 orang yang bertuah bakal memenangi hadiah CASH MONEY dari cabaran ini. Apa hadiahnya??

Hadiah Utama:
Pertama: 1 x RM1000
Kedua: 1 x RM800
Ketiga: 1 x RM500

Hadiah Saguhati:
5 x RM100

Amacam??best tak? So, apa lagi jom la sertainya. Cara Nak Sertai & Menang amatlah mudah:

1: Login ke akaun affiliate Jobdirumah.com di: ( http://agenaffiliate.net/members/login.php )
2: Kalau tak ada, sila daftar percuma di:( http://agenaffiliate.net/ndferuz )
2: Promote Affiliate link anda: ( http://www.jobdirumah.com/ndferuz )
3: Emelkan link affiliate anda kepada mailinglist atau kenalan anda di emel.
- Anda boleh dapatkan emel template di dalam dashboard affiliate, cuma copy template untuk marketing group "JDR - Jobdirumah.com" dan emelkan kepada mailinglist dan senarai kenalan anda.
4: Tak ada kenalan atau mailinglist? Promote guna blog & laman sosial.


Syarat Kelayakan:
Semua affiliate yang berjaya menghasilkan sebanyak minima 20 jualan produk "Panduan JDR" sehingga 12:00 malam 31 Julai 2014 adalah layak.

Pemilihan Pemenang:
Pemenang hadiah Utama akan di kira melalui jualan terbanyak untuk tempat pertama, kedua & ketiga.
Hadiah saguhati pula akan di buat melalui cabutan.

Bayaran Kepada Pemenang:
Para pemenang akan menerima bayaran hadiah terus ke akaun masing - masing 2 minggu selepas tarikh tutup peraduan.

Tarikh Tutup:
12:00 Malam - 31 Julai 2014

Cepat! Anda boleh mula kempen promosi sekarang!

Wednesday, June 25, 2014

[ World Cup 2014 ] - Shaheen Si Unta peramal world cup Ecuador Vs France

6/25/2014 05:26:00 PM Posted by Andy Fairuz , , No comments

Setelah beberapa perlawanan telah pun diramal oleh Shaheen Si Unta peramal Piala Dunia 2014 ni, macam-macam keputusan yang telah diperolehi. banyak yang betul. Tapi tidak kurang jugak salahnya. So dah terang bahawa ramalan si Shaheen ni jangan lah kita percaya ya.. Untuk suka- kita tengok boleh la..

Berikut adalah ramalan yang telah dibuat oleh unta ni.



Untuk terlawanan terakhir yang diramal semalam adalah Italy menentang Uruguay yang mana Uruguay telah memenangi perlawanan tersebut dan betullah ramalan Shaheen ni. Jadi untuk perlawanan malam ini di antara Ecuador dan France, jom kita tengok.


Betul ke tidak sama-sama kita nantikan perlawanannya. Game start pukul 4 pagi..siapa yang sanggup tunggu tu boleh la tengok game tu eh..siapa yag lebur tu, tunggu jelah keputusan rasmi esok nya..ok..

Tuesday, June 24, 2014

[ World Cup 2014 ] - Update terkini Piala Dunia 2014

6/24/2014 07:37:00 PM Posted by Andy Fairuz , , No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Walaupun da lama dah bermulanya Piala Dunia edisi 2014 ini, namun aku masih mencari bagaimana nak keluarkan update terkini kat dalam blog aku ni.dan hasilnya berjaya..hehe..kalau korang boleh nampak kat sebelah kanan blog aku ni tertera status terkini setiap perlawanan dan jugak keputusannya. so kepada anda yang mencari status terkini piala dunia tu..boleh la datang sini eh..walaupun da banyak kita jumpa..even cari kat gugel pun ade..hehe..xpa la..sambil baca blog aku ni..boleh tengok latest update world cup 2014 ni..

Korang boleh pilih samada nak tengok keputusan di peringkat kumpulan, 16 pasukan yang layak, suku akhir, separuh akhir hingga ke peringkat akhir. Korang jugak boleh pilih negara mana yang korang nak tengok. Juga boleh tengok statistik setiap perlawanan yang dah berlangsung. Siapa penjaring, siapa yang kena kad, siapa pemain yang ditukar.. segalanya lengkap disini..

Banyak lagi lah..korang jugak boleh tengok info berkenaan negara yang bertangding, sejarah World Cup yang lepas, dan macam-macam lagi lah..pendek kate semua yang anda inginkan di sepanjang World Cup ada kat sini..so boleh la jemput tengok ye..

Santai Ramadhan Edisi ke 7

6/24/2014 04:19:00 PM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sidang pembaca sekalian..

Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Bagaimana persediaan yang anda telah lakukan? Hutang yang lepas dah bayar ke belum? Hanya tinggal kurang 5 hari sahaja lagi untuk anda melangsaikannya.Siapa yang tak settle lagi tu sila lakukannya dengan segera ye..


Ok.. Pernahkah anda dengar pasal Santai Ramadhan ni. Bagi penggemar outdoor mungkin anda pernah dengar dan pernah mengikutinya. Program Santai Ramadhan ni adalah sebuah program yang di asaskan oleh beberapa orang penggiat sukan outdoor dalam usaha untuk memenuhkan jadual penggemar outdoor di bulan Ramadhan. Di samping mengeratkan silaturrahim di kalangan kita, ia juga bertujuan untuk membuka minda kita bahawa bulan ramadhan bukanlah bulan untuk kita lemah, letih dan sebagainya. Ia membuktikan bahawa walaupun di bulan puasa, kita juga dapat mendekatkan diri dengan alam dengan melakukan aktiviti santai seperti ini.


Pada edisi sebelum ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya seperti menghantar bantuan kepada mangsa tanah runtuh di Cameron Highland, melawat Mardi Agro Park, mendaki santai ke puncak Brinchang dan mendaki santai ke puncak Berembun dan macam-macam aktiviti lagi.

Jom tengok apa yang ada pada edisi ke 7 akan datang ni..

Detail Program :
Tarikh: 19 – 20 July 2014
Lokasi: Kem Sungai Pauh, Jabatan Perhutanan Cameron Highlands, Pahang


Logistik menggunakan Kereta sendiri, yang tak ada kereta boleh tumpang2 kawan atau sila maklum pd kami untuk di uruskan.

Itinerary program ;

Jumaat 18/07/2014
11.30 pm - berkumpul dan bergerak dari LRT Gombak

Sabtu 19/07/2014

03.00 am - tiba di pekan Brinchang - bersahur di Pekan Berinchang ke Kem site Sg Pauh
06.30 am - Solat Subuh
10.30 am - Beriadah di Ladang Teh BOH, Ringlet
01.00 pm - bertolak ke ke Masjid Jamik Tanah Rata - solat Zohor kemudian pulang ke kem site
04.00 pm - Membeli juadah berbuka di Pasar Malam Brinchang
05.30 pm – bergerak ke puncak gunung Berinchang utk bersiap berbuka ( potluck )
07.15 pm - Berbuka Puasa
07.40 pm - Solat Maghrib n gerak blik ke kem site
08.45 pm – solat isyak n tarawih di dewan sg Pauh
10.30 pm - sesi Jagung Bakar
Rehat & Rawat

Ahad 20/07/2013
03.30 am - Persiapan bersahur
04.30 am – Sahur disediakan
06.10 am - Solat Subuh
09.30 am - Resepsi Aidilfitri - Berbaju Melayu & Kurung
10.30 am - Menuju ke Puncak Brinchang - Sesi bergambar dan penutup.
12.30 pm - bersurai


Simple je kan..tiada aktiviti yang berat pun..anda boleh melakukan aktiviti tetapi dengan tenaga yang sangat minima.. lagipun di Cameron Highlands kan. Ia merupakan satu aktiviti berkonsepkan santai, dan kawan2 semua dijemput untuk sama2 memeriahkan program ini.

Oh ya.. Bayaran buat masa ini adalah sebanyak RM25 sahaja. Kos termasuk  sewa tapak campsite, khemah, makan sahur dan makan BBQ. Kos tidak termasuk makanan berbuka (sama-sama beli kat pasar malam Brinchang), kos perjalanan (carpool) dan kos2 lain yang tidak dinyatakan.

Sekiranya anda berminat, jangan lupa untuk membawa pakaian yang bersesuaian semasa berada di sana. Maklumlah, Cameron Highlands kan sejuk. hehe..Jangan lupa juga untuk bawa baju raya sebab kita akan adakan sesi bergambar bersama baju raya di hari terakhir kita nanti..dan yang paling penting jangan lupa bawa camera ya..kalau x sia-sia lah baju raya yang di pakai..hihi..

Berminat?? anda boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat...okay..
Andy 016-3637348 (sms/call/wasep)
ndferuz@gmail.com
fb.com/ndferuz
twitter.com/ndferuz



Thursday, June 19, 2014

[ Info ] - 4 contengan pada wang kertas yang tiada nilai

6/19/2014 08:36:00 PM Posted by Andy Fairuz , 6 comments
Entri kali ini aku nak share something yang aku rasa berguna jugak untuk korang.. info menarik kena lah kongsi kan??ok sudah semestinya setiap dari anda semua memiliki wang kertas. hatta budak kecil sekarang pun tau kepingan kertas dengan wajah agong pertama tu adalah sesuatu yang bernilai dan sangat berguna..

wang kertas


Pada kebiasaan, wang kertas yang terdapat dalam dompet kita telah bertukar dari satu tangan ke satu tangan dan akhirnya dapat ke tangan kita. Dan sudah semestinya kondisi wang kertas tersebut tidaklah begitu sempurna. Pelbagai kecacatan yang kita boleh lihat pada wang kertas tersebut. Kecacatan yang biasa kita lihat adalah kesan koyakan serta terdapat contengan pada wang kertas tersebut. Ini mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu urusan kita sebagai pemilik wang tersebut.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia dalam memberi nilai pada wang kertas yang kita miliki ini? Entri kali ini aku nak share dengan korang beberapa garis panduan yang melibatkan kesan contengan pada wang kertas yang telah di tetapkan oleh BNM dalam memberi nilai wang kertas di Malaysia ini..Jom tengok video ni..


So aku boleh simpulkan kat sini, 4 jenis contengan pada wang kertas yang akan menyebabkan wang kertas anda tiada nilai adalah seperti berikut:

1. Contengan pada wajah Agong - derhaka namanya.
2. Buat kad jemputan 
3. Contengan berunsurkan keagamaan dan politik.
4. Contengan berunsurkan lucah

Kalau setakat tulis no telefon, i love u, u love me, takda masalah..hehe..So, jagalah wang kertas anda dari terkena 4 contengan ini..kalau kena kat duit seringgit xpa..dah kalau kena kat duit RM50 ke..RM100 ke..kan dah rugi..okay..

p/s: comey awek BNM tu..hihi..siapa nak berkenalan, jangan tanya aku eh..aku x kenal pun..hihih..

Tuesday, June 17, 2014

[ World Cup 2014 ] - Shaheen Si Unta peramal world cup BRA vs MEX

6/17/2014 01:16:00 PM Posted by Andy Fairuz , , 6 comments
Okay..sebelum ini si unta Shaheen ni telah pun meramal beberapa perlawanan penting pada World Cup 2014 kali ini..dan semalam Shaheen ni dah meramalkan perlawanan antara Portugal dan Germany. dan ramalannya semalam agak tersasar berbanding ramalan2nya sebelum ini.. Si unta ni meramalkan kemenangan berpihak kepada Portugal, namun apa yang berlaku semalam adalah sebaliknya dimana Portugal telah tewas mengejut kepada Germany 4 - 1..nampaknya ramalan haiwan ini tidak lah tepat..

Dan seperti biasa, hari ini Shaheen telah pun membuat ramalan bagi perlawanan hebat seterusnya iaitu Brazil menentang Mexico. jom tengok ramalan Shaheen


Sejauh mana ketepatan ramalannya, kita nantikan malam ni..perlawanan akan berlangsung pada jam 3.00 pagi 18 Jun 2014 waktu Malaysia..so kepada anda yang nak menyaksikan perlawanan ini, jangan lupa set jam..betul ke tidak ramalannya..Wallahua'lam..

Monday, June 16, 2014

[ World Cup 2014 ] - Shaheen Si Unta peramal world cup

6/16/2014 05:03:00 PM Posted by Andy Fairuz , , No comments
Demam Piala Dunia 2014 di Brazil telahpun di rasai sejak beberapa hari ni bermula 12 Jun yang lalu dan akan berakhir pada 13 Julai nanti. Ramai orang mula bercakap mengenai pasukan kegemaran mereka. Ada pula yang sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menyaksikan secara langsung perlawanan antara negara-negara besar piala dunia ini. Ada yang boleh agak kemenangan pasukan yang bertanding. Namun ada jugak yang tersasar jauh. Sebagai contoh perlawanan antara Sepanyol dengan Belanda baru-baru ni. Tak sangka 2 negara yang bertemu di pentas final empat tahun lalu bertemu semula di saingan peringkat pertama ini.. Jika pada perlawanan akhir lalu Sepanyol berjaya menundukkan Belanda dan memenangi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, siapa sangka pada perlawanan kali ini Belanda berjaya membenam Sepanyol 5 - 1. Maaf cakap, mereka seperti meng'anjing'kan sahaja Sepanyol pada game kali ni..

Tapi biasa lah..tu adat perlawanan..main bola ni selagi x cukup 90 minit macam-macam boleh jadi..masa tambahan 3 minit pun boleh score lagi 3 gol..kan..tak kisah la siapa yang menang..kita tunggu dan nantikan..

Masih ingatkah lagi anda dengan Paul, si sorong kurita yang meramalkan beberapa perlawanan piala dunia musim lalu..kesemua ramalannya tepat untuk setiap negara yang dipilihnya. tapi dengar cerita, sotong ni telahpun mati. tak tau la pula aku sejauh mana kesahihannya..

Paul - The Octopus

Selepas itu muncul jugak lah beberapa haiwan lain yang dijadikan peramal untuk setiap perlawanan bola sepak di dunia ini..dan untuk Piala Dunia 2014 di Brazil ni, muncul seekor lagi haiwan peramal yang meramal perlawanan bola sepak Piala Dunia kali ini. Ia adalah Shaheen - The Camel.. Si Unta peramal Piala Dunia 2014. Setiap hari, sehari sebelum perlawanan Shaheen ini akan membuat ramalan pasukan yang akan memenangi perlawanan tersebut. Dan setakan ini ramalannya tepat. Jom kita tengok..

 
Ramalan Shaheen untuk perlawanan Brazil vs Croatia

Ramalan Shaheen untuk perlawanan Sepanyol vs Belanda

Ramalan Shaheen untuk perlawanan England vs Italy

Ramalan Shaheen untuk perlawanan Argentina vs Bosnia

Dan untuk perlawanan hebat malam ini, di antara German menentang Portugal..jom tengak ramalan unta ni..
 
Ramalan Shaheen untuk perlawanan German vs Portugal

Untuk perlawanan-perlawanan lain mungkin akan ada ramalan dari Shaheen ni..kita tunggu dan lihat je nanti..ok..Jangan percaya sangat ramalan-ramalan semua. mungkin kebetulan sahaja..mungkin kita boleh jadikan benda ni sebagai satu hiburan pada musim bola ni..jangan pulak ada yang bertaruh perlawanan pulak..dosa tu..hehe..okay..

p/s: Malam ni game best..Germany vs Portugal..macam nak tengok je..hehe..game awal tu..boleh la tengok..kalau pukul 3 ke..pukul 6 ke..mau rabak biji mata..

Friday, June 13, 2014

Starlight Cinema - Showtime...!!!

6/13/2014 12:01:00 PM Posted by Andy Fairuz No comments
Hola..baru-baru ni aku baru je dapat email pemberitahuan dari 8ShareMY bahawa aku berjaya menang 4 tiket untuk menonton wayang terbuka.. Starlight Cinema..so aku pun reply email tu minta diorang pos kan tiket wayang tersebut..dan semalam baru terima tiket tu..exclusive invitation lagi..heheh..


sedikit pasal event ni..Starlight Cinema ni sebenarnya satu acara menonton wayang secara terbuka yang terbesar pernah di adakan di Malaysia ni. Bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, event ni juga berlangsung selama 8 hari bermula 13 Jun hingga 21 Jun 2014..pintu masuk akan dibuka seawal jam 6.00 petang..so bagi anda yang berkelapangan dan berminat boleh datang utuk rasai pengalaman menonton wayang bertemankan bintang dan bulan..ecewah..

oh ya..pelbagai filem akan ditayangkan..dan setiap hari filem adalah berbeza..kepada anda yang berminat untuk menonton boleh lah beli tiket online kat sini..berikut adalah jadual filem yang akan ditayangkan..


ok..bagi yang dah ada tiket..ni lokasi yang tepat untuk anda datang..copy je long lat ni kat gps anda.. 3°08'33.6"N 101°38'27.5"E ataupun anda boleh cari Bukit Kiara Equestrian Club.


So..apa lagi..sesakali kita gi tengok wayang outdoor la pula ok..bertemankan bintang..hehe..terima kasih sekali lagi kepada 8Share.. dan jugak Starlight Cinema..sebab bagi saya EXCLUSIVE SEASON PASS lagi..hehe..nanti buat lagi contest yee..hehe..ok..see u there..

Thursday, June 12, 2014

Ramadhan - Persediaan dan kemampuan

6/12/2014 06:03:00 PM Posted by Andy Fairuz No comments


Hari ini tanggal 14 Sya'ban 1435H..semakin dekat untuk kita hadapi Ramadhan..tak sampai 16 hari lagi kita bakal menerima kunjungan bulan mulia bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan keberkatan dan tersimpan seribu satu rahsia dan rahmat yang boleh kita perolehi jika kita beramal di dalamnya..semoga berbaki 18 hari lagi kita diberi keizinan oleh-Nya untuk berjumpa dengan bulan yang mulia ini..InsyaAllah..

So bagaimana dengan persediaan korang semua..seperti biasa, soalan pertama yang akan ditanya pasal persediaan Ramadhan adalah..Ramadhan lepas dah ganti belum? berapa banyak yang tertunggak? bila nak langsaikan??betul tak? lebih-lebih lagi kaum hawa..tapi incek-incek kat luar sana tu pun ada juga yang missed kan..ini termasuklah aku ni..hehe..sebab sehari sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun lepas aku dimasukkan ke wad di sebabkan masalah pada perut aku..kena buat endoscopic..huhu..betul ke tak word tu..tak tahu lah..hehe..maka ter miss la  2 hari..tapi semuanya dah aku selesaikan awal-awal lagi..so buat korang semua yang masih belum selesaikan hutang puasa tahun lepas eloklah dipercepatkan ye..xlama dah ni..

Selesai ganti balik puasa yang terlepas tahun lalu..jom kita buat beberapa perkara di bulan Sya'ban ni sebagai persediaan menghadapi Ramadhan akan datang ni..

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku

Bulan Ramadhan adalah bulan bagi umat Muhammad untuk mengupgrade diri mereka.. bermacam-macam cara, kaedah serta pendekatan yang telah dianjurkan untuk kita ambil bagi menambahbaik tahap keimanan kita kepada Allah S.W.T di bulan Ramadhan ini.. Namun sebagai persediaan, di bulan Sya'ban ni juga pelbagai peluang yang kita boleh rebut memandangkan ini adalah bulan Rasulullah. Jadi, apa kata kita gunakan baki lagi beberapa hari ni untuk kita lakukan amalan di bulan Sya'ban ni supaya kita lebih bersedia menghadapi Ramadhan. 
 
Sabda Rasulullah, Dinamakan Sya'ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal selain Ramadhan adalah puasa dibulan Sya'ban.

Sabda Nabi lagi, Puasa di bulan Sya'ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Sya'ban kemudian berselawat keatasku beberapa kali sebelum berbuka maka diampunkan oleh Allah dosanya yangtelah lalu dan diberkati rezekinya.

So, apa kata kita latih diri kita untuk hadapi Ramadhan nanti dengan lakukan puasa sunat di bulan Sya'ban ni.. InsyaAllah bila dah terbiasa, tiada masalah untuk kita hadapi puasa Ramadhan nanti.. nak nya orang macam aku ni..xley perut kosong..nanti masuk angin..nanti xda la terkejut perut tu..

Selain dari itu, kita juga di anjurkan untuk mulakan membaca Al-Quran..maklum laa..nak khatam punya la susah..macam Imam Muda Faris bercakap masa ceramahnya kat ofis td.bila tanya bila last khatam quran..27 Ramadhan tahun lepas..kenapa 27 Ramadhan??sebab imam dah abiskan semuanya masa tu..pastu imam da balik kampung nak raya..huhu..so why not kita mulakan awal..dan kita cuba habiskan sendiri dengan lebih awal..xda la menggagau nak menghabiskan 30 juzuk tu bila masuk Ramadhan nanti..

Harini dah 14 Sya'ban..maknanya malam ni malam 15..malam Nisfu Sya'ban. kalau kita cari fadhilat atau kelebihan di malam Nisfu Sya'ban ni memang banyak..banyak perkara yang kita boleh lakukan.. Jom ramai2 kita pakat buat qiamullail malam ni..haaa..kepada mereka yang nak tgk bola worldcup 2014 live tu..apa kata sebelum bola start..kita buat tahajud, taubat, hajat..bukan lama pun..stengah jam sebelum start dah boleh buat..kan..?? then esok boleh puasa sunat pulak..at least kita dah buat amalan yang tah bila kita nak buat balik pun kita tak tau..

Ok lah..aku ni bukan lah orang agama, aku bukanlah banyak ilmu..tapi disebabkan itulah maka soalan ni aku tujukan kepada aku..bersediakah aku..dan kepada anda juga..bersediakah anda..ayuh kita buat persediaan awal..dan berdoa..agar kita dipertemukan dengan Ramadhan akan datang supaya kita mampu menjalaninya dengan cemerlang..


sumber gambar1: sini
sumber gambar2: sini

Friday, June 06, 2014

Starlight Cinema - Tonton wayang bertemankan bintang

6/06/2014 05:49:00 PM Posted by Andy Fairuz , No comments
Yezza..salam petang semua..arini aku nak share ngan korang semua satu benda..hehe..korang mesti biasa dengar pasal 8Share kan..alaa..yang orang dok share macam2 tu..aku baru je join dan so far ok la..dapat da sket rezeki dari 8Share tu..tapi x la banyak..ada cerita tu lagi best siap tipu orang lagi..ye la semata-mata nak suruh orang klik link yang dia share tu..aku tak la sampai camtu skali..aku baca betul2 apa yang aku share then baru aku share kan..so kalau korang berminat boleh la klik sini..dan register..free je..

ok..ceritanya bukan pasal 8Share ni..ceritanya pasal Starlight Cinema ni..baru2 ni 8Share ade buat special..promotkan pasal Starlight Cenima ni..apakah Starlight Cinema.. Ia adalah satu acara menonton wayang outdoor..yes OUTDOOR!!..style kan..siap bagi tips lagi apa nak bawak masa menonton tu..kire macam wayang pacak laaa...hehe..so kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut..boleh klik sini...



so aku pun share la info tu..then 8Share jugak buat promo..hanya untuk ahli 8Share sahaja..yang mana jika kita share kan info tu kita layak untuk menang tiket menonton wayang tu secara FREE..!!yess..percuma..kalau korang nak tengok korang kene bayar RM 10 untuk weekdays dan RM18 untuk weekend..dann..ceritanya aku dapat laa..hehe..tadi dapat email dari Yuna SAYS..


haa..ok la kan..dapat 4 tiket lagi..hehe..apa lagi..jom la kite pergi..tengok wayang pacak..jangan hujan sudah..hehe..

Thursday, June 05, 2014

Jobdirumah - Betul ke bohong..

6/05/2014 01:29:00 PM Posted by Andy Fairuz , , 5 comments
Mungkin ramai yang dah buat review pasal Jobdirumah ni..walaupun agak terlambat, namun aku tetap nak buat jugak review ni.. dan pastinya ramai dah mencuba.. ok..bagi anda yang masih tertanya-tanya apakah tawaran yang diberikan oleh Jobdirumah ini satu perkara yang real dan benar atau hanya sekadar satu lagi pembohongan perniagaan internet yang terlalu banyak diluar sana..so ni serba sedikit perkongsian yang boleh aku berikan buat korang semua..

http://jobdirumah.com/ndferuz

 Ok..nak aku nyatakan di sini Jobdirumah bukanlah satu program skim cepat kaya, MLM, scam, money game atau sebagainya yang biasa kita dengar dan lihat di sekeliling kita sekarang ni.. Ia adalah satu solution atau peluang yang di cuba di ketengahkan untuk membuka mata rakyat Malaysia tentang peluang menambah pendapatan dengan cara yang tak biasa kita lakukan namun ia mampu dilakukan..hehe..paham tak??ok baca lagi..

konsepnya mudah..sebenarnya di alam maya kita ni terdapat pelbagai peluang untuk kita menambah pendapatan..dengan hanya bekerja dari rumah..ataupun kat mana-mana sahaja la korang berada..let say peluang kerja tu ada di Australia dan korang berada di Malaysia dan korang nak buat extra income di waktu lapang..so korang boleh dapatkan peluang kerja tu.. tapi apa yang mengekang korang untuk buat kerja tu adalah..korang tak tau pun adanya kerja sebegitu yang boleh korang buat..betul x??

So, Jobdirumah ni adalah platform untuk korang menimba ilmu bagaimana caranya untuk korang tahu dan seterusnya dapatkan pekerjaan tu..dan bila dah dapat korang boleh lah selesaikan pekerjaan tu dimana sahaja korang berada..dengan syarat..

ok..mudahkan??jika anda ada ciri-ciri di atas anda layak untuk mendaftar..Ingin aku tekankan disini..kelayakan di atas memang SANGAT-SANGAT diperlukan ye..kalau tak korang mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan anda..

ok seterusnya..bayaran dikenakan adalah sebanyak RM 50..kenapa perlu bayaran..? untuk apa bayaran ni..? dan apa ada pada bayaran ni??ni aku nak cerita..untuk mendaftar sebagai ahli Jobdirumah ni anda perlu membayar sebanyak RM50. apa yang anda akan dapat adalah satu modul step-by-step bagaimana untuk anda mendapatkan job yang bersesuaian dengan anda..dan juga tips-tips berguna untuk anda mendapatkan pekerjaan.. Diingatkan..Jobdirumah tidak guarantee anda akan mendapat job tetapi mereka membantu anda untuk dapatkan job..

Caranya mudah..dengan hanya ikuti langkah demi langkah serta tips yang diberikan..insyaallah anda akan beroleh kejayaan..ok untuk lebih lanjut..korang kena baca dan fahami apa yang disampaikan disini dan mulakan pekerjaan anda sekarang..

Ramai yang telah berjaya..saya jugak mahu berjaya..anda bagaimana..??sebagai rujukan..sy juga banyak merujuk kepada saudara Hasrul Hassan. beliau adalah antara orang yang paling berjaya..

so..jom kita Jobdirumah..

Wednesday, June 04, 2014

Travelog - Sakura @ South Korea - Everland (Part 7)

6/04/2014 08:28:00 PM Posted by Andy Fairuz No comments
Yuhuu..terima kasih kerana sudi singgah ke blog picisan hamba ini..untuk kita sambung perjalanan di hari terakhir kita sebelom bertolak balik esoknya..ok..dah part 7 da..maknanya dah masuk hari ke tujuh kita di korea..di hari yang ke tujuh ni aku nak share kat korang semua aktiviti dihari ketujuh yang sangat best ni..hari ni kami bergembira di EVERLAND!!!!..hehe..yeayyy..antara taman tema terbesar di Korea ni..jom ikuti kisahnyaa...

9 April 2014 (Day 7)

Ok..di hari ketujuh ni kami merancang untuk ke Everland..mulanya kami plan nak pergi pagi-pagi sebab nak explore seluruh kawasan Everland yang besar gila tu..tapi pagi tu kami tukar plan..semuanya gara-gara nak beli sedikit lagi barangan sourvinir untuk dibawa balik..hehe..masih x cukup..so sebagai peringatan untuk anda..kalau nak shoping tu jangan tunggu hujung-hujung baru nak beli ye..kalau dah sampai namdaemun market tu beli lah apa saja..

So kami keluar awal pagi tu..kol 8 pagi dah keluar terus menapak dari Chungmuro ke Myeongdong dulu..beli beberapa produk kecantikan..hehe..kat sini murah compare to harga kat Malaysia..singgah Nature Republic..beli aloevera gel tu..kalau kat Malaysia harga sebotol dalam RM33..kalau kat korea sebotol 4400W maknanya dalam RM13 je..siap ade romotion lagi beli 4 botol harga 17000W lebih kurang dalam RM50..kalau kat Malaysia da seratus lebih kan..so sangat murah..pastu masuk pulak Etude House..aku mulanya mana nak tau pasal kecantikan ni..tak pernah dengar pun nama2 produk ni..adik sedara aku cakap etude house ni x banyak ade kat malaysia..so aku pikir elok jugak kalau beli barangan ni untuk dijadikan hantaran kawin aku nanti..so bermula lah aktiviti memilih..bukan aku yang pilih..tapi aku biarkan makcik2 aku yang pilihkan..mana nak tahu pasal semua ni..

kedai Etude House di Myeongdong
ok da beli..setel kat Myeongdong..semua nya terkejar2..sebab nak ke Everland lak pas ni..lepas Myeongdong menapak lagi ke Namdaemun Market..sebab terlupa nak beli baju I Love Korea..jumpa je kedai jual tshirt tu..tanpa fikir panjang terus pilih..pilih punya pilih..semua sekali dekat RM300 jugak la..banyak gila kitorang beli..pastu beli sikit lagi fridge magnet..sempat beli beg untuk ibu..hehe..penat jugak bila rushing ni..selesai Namdaemun..terus balik semula ke Guesthouse..naik subway dari Hoehyeon ke Chungmuro..

Balik je terus makan..n terus siap nak keluar semula untuk ke Everland..Makteh tak ikut sebab malas nak pergi..sebab rugi je nanti masuk dah la bayar mahal..tapi bukan main pun kan..so makteh tinggal dengan Dahlia..si kecik tu..

ok untuk ke Everland..ni route yang kami gunakan..dari Chungmuro naik subway Line 3 ke station Gangnam Line 2..transfer di station Seoul National Universiti..Sampai je di Gangnam keluar exit 6..pastu jalan lebih kurang 50 - 100m nampak Dunkin Donut ada bus stop depan tu..cari bas bernombor 5002..untuk terus ke Everland..Perjalanan agak jauh lebih kurang 45 minit camtu la..dan sepanjang perjalanan anda akan dapat lihat pemandangan di pinggir bandar di korea..melalui laluan berbukit..memang sangat cantik..

sampai je di station Everland..akan ada shuttle bus yang tunggu untuk dibawa ke betul2 pintu masuk Everland..kami sampai agak lewat..dalam pukul 3 petang camtu..terus beli tiket..ok untuk tiket banyak harga..korang boleh rujuk website Everland untuk maklumat lanjut..ok jom tengok apa yang sempat aku rakamkan..

pintu masuk Everland
Tulip Festival..real tulip tuu...
Me n tulip
Family Maksu..dahlia x ikut..
Sakura di Everland
masuk 3D ride..tapi x best..
Xtrain..roller coaster besi..ade loop n 360..
lagi tulip
tulip lagi..
lagi-lagi tulip...
dalam everland..
sempat la jugak naik beberapa ride yang ada di situ..ad a satu ride tu..aku x ingat nama nya..masa naik tu pasang la GoPro kat chest strap tu..pastu ntah macamana tah..xpasang kuat agaknya..GoPro tercampak..nasib baik tercampak ke depan..betul2 depan orang yang tengok..fuhh..nasib baik x jadi apa2..

lepas tu kitorang teruskan lagi aktiviti main kitorang hehe..tapi sayang..hari semakin gelap..banyak gambar xdapat dirakamkan..aku dengan paksu dengan gigihnya pergi cari antara ride yang paling rare kat situ dan kat mana2 jugak lah..roller coaster kayu..kalau korang google..cari T-Express..korang boleh tengok betapa besarnya n lajunya rollercoaster ni..buat pakai kayu beb..nasib baik sempat..tutup pukul 730 malam..kitorang beratur kol 7..sampai pukul 8 baru turn boleh naik..tapi dah malam..x nampak view cantik..tapi sangat berbaloi tunggu lama-lama pun sebab tu lah antara ride yang paling gempak skali pernah aku naik sepanjang hidup aku ni..

video
Xtrain

video
T-Express

lepas naik roller coaster tu..ride semua da tutup..tapi ada persembahan di four season garden dan pertunjukan bunga api..lama jugak persembahan tu lebih kurang 20 minit..sori xda gambar sebab dah malam..lepas abis show maka pulang lah kitorang,..nak balik jugak sama perjalanannya..naik bas sampai gangnam semula..lepastu naik subway sampai chungmuro..

oh ya..nak share jugak..malam tu tersangat lah sejuk..aku yang tak penah2 menggigil mase kat sana..menggigil gila..sejuk gila..aku rasa hampi 2-3degree kot..huhu..maklum la..orang xpenah pegi oversea..huhu..

Travelog - Sakura @ South Korea - Namdaemun Market, Namsan Tower (Part 6)

6/04/2014 03:07:00 PM Posted by Andy Fairuz No comments
hola..holi..kuberi nama..masih gigh membaca??aku jugak masih gigih menulis..menaip..berkongsi kisah perjalananku..okeh..perjalanan diteruskan lagi di hari ke 6..yaa...6 hari dah kita di korea ye kawan-kawan..di hari ke enam ni kita masih berada di Seoul..untuk hari ke 6 ni kami hanya berjalan menghabiskan duit sahaja..hehe..shopping time..dan jugak melawat salah satu landmark Seoul..iaitu N Seoul Tower ataupun Namsan Tower..ok..so apa lagi..jom baca...

8 April 2014 (Day 6)

Perjalanan di hari ke enam bermula awal..hehe..nak shopping la katakan..kol 8 pagi da keluar rumah..hari ni kami akan ke Namdaemun Market..antara syurga beli belah di Seoul..kat Seoul ni memang banyak tempat shopping..korang boleh gi Myeongdong..tapi agak mahal sket la harga barang kat situ..so the best is Namdaemun..

Kat Namdaemun memang banyak kedai jual sourvenir murah2..nak cari fridge magnet ke, keychain ke, tshirt i love korea ke, atau apa pun la barangan korea boleh dapati disini dengan harga yang agak murah berbanding di tempat lain..

Untuk ke Namdaemun ni sangat la mudah..korang boleh naik subway ke Hoehyeon..dan keluar exit 5..keluar je exit korang boleh nampak pasar di sebelah kanan..so bermula lah episod menghabiskan duit korang di situ..

kami pulak sempat beli macam-macam..cari sudu dan chopstik korea, beli fridgemagnet, baju, macam-macam lagi la..ouh ya..bagi anda yang tercari-cari kat mana nak dapat brooch atau kerongsang korea..boleh jumpa di sini..hehe..memang sangat cantik..tapi kerongsang ni x di jual di kedai biasa di pasar namdaemun ni..korang kena cari satu bangunan E-Lengdang..berwana putih dan hijau..bangunan dia 4 segi..so boleh masuk dari 4 pintu.. masuk je bangunan ni naik tingkat 1..so korang akan nampak syurga brooch kat situ..macam-macam design..macam-macam colour..macam-macam harga..seperti mana dalam blog kak kiah..hehe..kami pun cari kedai no 209..dan jumpa lah aunty yang sama jugak..n beli kat dia jugak..( sori..xde gambar..diorang x kasi amek gambar).sempat lah beli sket..hadiah untuk orang tersayang di Malaysia..hehe..memang harganya sangat murah..

Ok..masa kami jalan-jalan kat namdaemun market tu..secara x sengaja nampak 1 kedai ni..jual honey candy..xtau la ni memang dari korea ke ape..bila baca balik blog kak kiah ni..baru tau..hehe..candy ni dibuat dari honey..madu..pembuat candy ni siap cakap melayu salgi..sambil explain n demo cara buat..bila siap je kami pun rasa..memang sedap..rasa dia cam kacang tumbuk..sebab isi dalamnya kacang dan bijan..struktur candy ni sangat halus..dan mudah hancur..rapuh..tapi memang sedap la..korang mesti cuba..
video

Selepas penuh barang rampasan yang berjaya di beli di namdaemun market..so kitorang pun balik semula ke guesthouse..hehe..penat da jalan..berehat pulak..walaupun rasanya masih x puas nak shopping lagi..hehe..

Petangnya kami bersiap untuk ke N Seoul Tower..ataupun Namsan Tower..yang terletak betul-betul di belakang rumah kami..bukak tingkap terus nampak view Namsan Tower ni..Pada mulanya kami plan nak naik cable car untuk ke atas tu...tapi masa turun je guesthouse terus ada sebuah bas kebetulan berhenti depan building kitorang tu..dan tertulis di bas tu N Seoul Tower..tanpa berfikir panjang terus kami naik bas tu..dan masa tu ingatkan bas tu terus ke tempat cable car..rupanya bas tu terus naik ke atas bukit namsan tu..tak jadi lah naik cable car..untuk anda yang nak naik bas..boleh naik bus shuttle no 02, 03 dan 05..terus ke atas..kalau nak naik cable car korang kena ke Namsan Park..

Sepanjang perjalanan selama lebih kurang 20 minit tu, kami di sajikan view yang sangat menarik..atas bukit tu lagi banyak sakura..putih je nampak..kelihatan jugak pakcik2 dan makcik2 joging naik atas tu..power diorang ni..sejuk-sejuk camtu rilek je joging naik bukit tu..ok..jom tengok gambar yang sempat di ambil masa naik tu..



Dalam bas





ps: sori lah..gambar kurang clear..dalam bas..hehe..

Sampai je kat atas tu kita boleh nampak pemandangan sekitar bandaraya Seoul..dari atas tu jugak boleh nampak building guesthouse kitorang duduk tu..hehe..dari atas ni boleh nampak Chungmuro, Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun..banyak lagi la...x dapat la aku nak sebut satu2 kat sini..hehe..jom tgk gambar lagi..

View dari atas
Makteh dan Syabil..background view Myeongdong dan Chungmuro
Sakura @ Namsan
Namsan Tower
N Seoul Tower
Pondok rehat
Selfie
Selfie @ Namsan Tower
Family Selfie
Love
lagi selfie @ Namsan Tower
lagi love..
Sebelum naik..
Haa..tu baru sampai..belum naik tower lagi..ok untuk naik ke atas tower..bayaran sebanyak 9000W dikenakan untuk dewasa.. 7000W untuk remaja dan 5000W untuk kanak-kanak..masuk je terus naik lif untuk ke tingkat berapa ntah..tempat untuk melihat view seluruh bandaraya Seoul..
View Seoul
View Seoul lagi..
Menunggu sunset..
Background Seoul..

Selepas terbenamnya matahari..kami turun semula..sambung jalan-jalan kat bawah pulak..ok di namsan tower ni ada satu tempat yang biasa kita tengok kat tv tu..tempat pasangan bercinta mengunci cinta mereka..cewaahh..hehe..alaa..tempat orang pasang padlock tu..hehe..jom tengok ni..

belakang tu ade banyak padlock..
ni lagi satu..
couple seat gitu..tapi sorang.. :(
View Seoul waktu malam..
lampu tu disuluh pada daun sakura..maka terhasil corak camouflage kat situ..cantik kn??
okpuas menikmati pemandangan bandaraya Seoul..kitorang pun turun semula..naik bas jugak..tapi kali ni singgah di Itaewon..untuk makan kebab kat restoran turki kat sana..

Makan kat Mr.Kebab di Itaewon
jam dah pukul 9 malam kitorang naik bas semula untuk balik..masa nak balik tu cadangnya nak singgah Namdaemun..nak sambung shopping..tapi turun je bas tengok semua kedai dah tutup..yang ada hanyalah kedai-kedai makan..maka terpaksalah pulang terus..naik subway dari Hoehyeon terus ke Chungmuro..sampai rumah..terus rehat..maka tamatlah perjalanan di hari ke enam...jumpa lagi esok..last day before balik..

Sambung Part 7