Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Travelog - Sakura @ South Korea - Namdaemun Market, Namsan Tower (Part 6)

hola..holi..kuberi nama..masih gigh membaca??aku jugak masih gigih menulis..menaip..berkongsi kisah perjalananku..okeh..perjalanan diteruskan lagi di hari ke 6..yaa...6 hari dah kita di korea ye kawan-kawan..di hari ke enam ni kita masih berada di Seoul..untuk hari ke 6 ni kami hanya berjalan menghabiskan duit sahaja..hehe..shopping time..dan jugak melawat salah satu landmark Seoul..iaitu N Seoul Tower ataupun Namsan Tower..ok..so apa lagi..jom baca...

8 April 2014 (Day 6)

Perjalanan di hari ke enam bermula awal..hehe..nak shopping la katakan..kol 8 pagi da keluar rumah..hari ni kami akan ke Namdaemun Market..antara syurga beli belah di Seoul..kat Seoul ni memang banyak tempat shopping..korang boleh gi Myeongdong..tapi agak mahal sket la harga barang kat situ..so the best is Namdaemun..

Kat Namdaemun memang banyak kedai jual sourvenir murah2..nak cari fridge magnet ke, keychain ke, tshirt i love korea ke, atau apa pun la barangan korea boleh dapati disini dengan harga yang agak murah berbanding di tempat lain..

Untuk ke Namdaemun ni sangat la mudah..korang boleh naik subway ke Hoehyeon..dan keluar exit 5..keluar je exit korang boleh nampak pasar di sebelah kanan..so bermula lah episod menghabiskan duit korang di situ..

kami pulak sempat beli macam-macam..cari sudu dan chopstik korea, beli fridgemagnet, baju, macam-macam lagi la..ouh ya..bagi anda yang tercari-cari kat mana nak dapat brooch atau kerongsang korea..boleh jumpa di sini..hehe..memang sangat cantik..tapi kerongsang ni x di jual di kedai biasa di pasar namdaemun ni..korang kena cari satu bangunan E-Lengdang..berwana putih dan hijau..bangunan dia 4 segi..so boleh masuk dari 4 pintu.. masuk je bangunan ni naik tingkat 1..so korang akan nampak syurga brooch kat situ..macam-macam design..macam-macam colour..macam-macam harga..seperti mana dalam blog kak kiah..hehe..kami pun cari kedai no 209..dan jumpa lah aunty yang sama jugak..n beli kat dia jugak..( sori..xde gambar..diorang x kasi amek gambar).sempat lah beli sket..hadiah untuk orang tersayang di Malaysia..hehe..memang harganya sangat murah..

Ok..masa kami jalan-jalan kat namdaemun market tu..secara x sengaja nampak 1 kedai ni..jual honey candy..xtau la ni memang dari korea ke ape..bila baca balik blog kak kiah ni..baru tau..hehe..candy ni dibuat dari honey..madu..pembuat candy ni siap cakap melayu salgi..sambil explain n demo cara buat..bila siap je kami pun rasa..memang sedap..rasa dia cam kacang tumbuk..sebab isi dalamnya kacang dan bijan..struktur candy ni sangat halus..dan mudah hancur..rapuh..tapi memang sedap la..korang mesti cuba..

Selepas penuh barang rampasan yang berjaya di beli di namdaemun market..so kitorang pun balik semula ke guesthouse..hehe..penat da jalan..berehat pulak..walaupun rasanya masih x puas nak shopping lagi..hehe..

Petangnya kami bersiap untuk ke N Seoul Tower..ataupun Namsan Tower..yang terletak betul-betul di belakang rumah kami..bukak tingkap terus nampak view Namsan Tower ni..Pada mulanya kami plan nak naik cable car untuk ke atas tu...tapi masa turun je guesthouse terus ada sebuah bas kebetulan berhenti depan building kitorang tu..dan tertulis di bas tu N Seoul Tower..tanpa berfikir panjang terus kami naik bas tu..dan masa tu ingatkan bas tu terus ke tempat cable car..rupanya bas tu terus naik ke atas bukit namsan tu..tak jadi lah naik cable car..untuk anda yang nak naik bas..boleh naik bus shuttle no 02, 03 dan 05..terus ke atas..kalau nak naik cable car korang kena ke Namsan Park..

Sepanjang perjalanan selama lebih kurang 20 minit tu, kami di sajikan view yang sangat menarik..atas bukit tu lagi banyak sakura..putih je nampak..kelihatan jugak pakcik2 dan makcik2 joging naik atas tu..power diorang ni..sejuk-sejuk camtu rilek je joging naik bukit tu..ok..jom tengok gambar yang sempat di ambil masa naik tu..



Dalam bas





ps: sori lah..gambar kurang clear..dalam bas..hehe..

Sampai je kat atas tu kita boleh nampak pemandangan sekitar bandaraya Seoul..dari atas tu jugak boleh nampak building guesthouse kitorang duduk tu..hehe..dari atas ni boleh nampak Chungmuro, Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun..banyak lagi la...x dapat la aku nak sebut satu2 kat sini..hehe..jom tgk gambar lagi..

View dari atas
Makteh dan Syabil..background view Myeongdong dan Chungmuro
Sakura @ Namsan
Namsan Tower
N Seoul Tower
Pondok rehat
Selfie
Selfie @ Namsan Tower
Family Selfie
Love
lagi selfie @ Namsan Tower
lagi love..
Sebelum naik..
Haa..tu baru sampai..belum naik tower lagi..ok untuk naik ke atas tower..bayaran sebanyak 9000W dikenakan untuk dewasa.. 7000W untuk remaja dan 5000W untuk kanak-kanak..masuk je terus naik lif untuk ke tingkat berapa ntah..tempat untuk melihat view seluruh bandaraya Seoul..
View Seoul
View Seoul lagi..
Menunggu sunset..
Background Seoul..

Selepas terbenamnya matahari..kami turun semula..sambung jalan-jalan kat bawah pulak..ok di namsan tower ni ada satu tempat yang biasa kita tengok kat tv tu..tempat pasangan bercinta mengunci cinta mereka..cewaahh..hehe..alaa..tempat orang pasang padlock tu..hehe..jom tengok ni..

belakang tu ade banyak padlock..
ni lagi satu..
couple seat gitu..tapi sorang.. :(
View Seoul waktu malam..
lampu tu disuluh pada daun sakura..maka terhasil corak camouflage kat situ..cantik kn??
okpuas menikmati pemandangan bandaraya Seoul..kitorang pun turun semula..naik bas jugak..tapi kali ni singgah di Itaewon..untuk makan kebab kat restoran turki kat sana..

Makan kat Mr.Kebab di Itaewon
jam dah pukul 9 malam kitorang naik bas semula untuk balik..masa nak balik tu cadangnya nak singgah Namdaemun..nak sambung shopping..tapi turun je bas tengok semua kedai dah tutup..yang ada hanyalah kedai-kedai makan..maka terpaksalah pulang terus..naik subway dari Hoehyeon terus ke Chungmuro..sampai rumah..terus rehat..maka tamatlah perjalanan di hari ke enam...jumpa lagi esok..last day before balik..

Sambung Part 7

Comments

Popular Posts