Followers

Tuesday, June 24, 2014

Santai Ramadhan Edisi ke 7

6/24/2014 04:19:00 PM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sidang pembaca sekalian..

Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Bagaimana persediaan yang anda telah lakukan? Hutang yang lepas dah bayar ke belum? Hanya tinggal kurang 5 hari sahaja lagi untuk anda melangsaikannya.Siapa yang tak settle lagi tu sila lakukannya dengan segera ye..


Ok.. Pernahkah anda dengar pasal Santai Ramadhan ni. Bagi penggemar outdoor mungkin anda pernah dengar dan pernah mengikutinya. Program Santai Ramadhan ni adalah sebuah program yang di asaskan oleh beberapa orang penggiat sukan outdoor dalam usaha untuk memenuhkan jadual penggemar outdoor di bulan Ramadhan. Di samping mengeratkan silaturrahim di kalangan kita, ia juga bertujuan untuk membuka minda kita bahawa bulan ramadhan bukanlah bulan untuk kita lemah, letih dan sebagainya. Ia membuktikan bahawa walaupun di bulan puasa, kita juga dapat mendekatkan diri dengan alam dengan melakukan aktiviti santai seperti ini.


Pada edisi sebelum ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya seperti menghantar bantuan kepada mangsa tanah runtuh di Cameron Highland, melawat Mardi Agro Park, mendaki santai ke puncak Brinchang dan mendaki santai ke puncak Berembun dan macam-macam aktiviti lagi.

Jom tengok apa yang ada pada edisi ke 7 akan datang ni..

Detail Program :
Tarikh: 19 – 20 July 2014
Lokasi: Kem Sungai Pauh, Jabatan Perhutanan Cameron Highlands, Pahang


Logistik menggunakan Kereta sendiri, yang tak ada kereta boleh tumpang2 kawan atau sila maklum pd kami untuk di uruskan.

Itinerary program ;

Jumaat 18/07/2014
11.30 pm - berkumpul dan bergerak dari LRT Gombak

Sabtu 19/07/2014

03.00 am - tiba di pekan Brinchang - bersahur di Pekan Berinchang ke Kem site Sg Pauh
06.30 am - Solat Subuh
10.30 am - Beriadah di Ladang Teh BOH, Ringlet
01.00 pm - bertolak ke ke Masjid Jamik Tanah Rata - solat Zohor kemudian pulang ke kem site
04.00 pm - Membeli juadah berbuka di Pasar Malam Brinchang
05.30 pm – bergerak ke puncak gunung Berinchang utk bersiap berbuka ( potluck )
07.15 pm - Berbuka Puasa
07.40 pm - Solat Maghrib n gerak blik ke kem site
08.45 pm – solat isyak n tarawih di dewan sg Pauh
10.30 pm - sesi Jagung Bakar
Rehat & Rawat

Ahad 20/07/2013
03.30 am - Persiapan bersahur
04.30 am – Sahur disediakan
06.10 am - Solat Subuh
09.30 am - Resepsi Aidilfitri - Berbaju Melayu & Kurung
10.30 am - Menuju ke Puncak Brinchang - Sesi bergambar dan penutup.
12.30 pm - bersurai


Simple je kan..tiada aktiviti yang berat pun..anda boleh melakukan aktiviti tetapi dengan tenaga yang sangat minima.. lagipun di Cameron Highlands kan. Ia merupakan satu aktiviti berkonsepkan santai, dan kawan2 semua dijemput untuk sama2 memeriahkan program ini.

Oh ya.. Bayaran buat masa ini adalah sebanyak RM25 sahaja. Kos termasuk  sewa tapak campsite, khemah, makan sahur dan makan BBQ. Kos tidak termasuk makanan berbuka (sama-sama beli kat pasar malam Brinchang), kos perjalanan (carpool) dan kos2 lain yang tidak dinyatakan.

Sekiranya anda berminat, jangan lupa untuk membawa pakaian yang bersesuaian semasa berada di sana. Maklumlah, Cameron Highlands kan sejuk. hehe..Jangan lupa juga untuk bawa baju raya sebab kita akan adakan sesi bergambar bersama baju raya di hari terakhir kita nanti..dan yang paling penting jangan lupa bawa camera ya..kalau x sia-sia lah baju raya yang di pakai..hihi..

Berminat?? anda boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat...okay..
Andy 016-3637348 (sms/call/wasep)
ndferuz@gmail.com
fb.com/ndferuz
twitter.com/ndferuz



Reactions:

0 idea orang lain:

Post a Comment