kehidupan itu singkat. peluang jarang datang. cari dan rebut ia. hargai hidup sepenuhnya.

1 hari 1 website

pandangan ndferuz On 10/22/2009 12:13:00 PM 0 idea orang lain
semalam 1 rekod baru diri ku telah ku cipta..aku berjaya menyiapkan satu projek untuk sebuah website dalam masa hanya 1 hari. projek yang telah diberikan kepada aku oleh sorang awek bernama hawa dari seorang rakan aku, kei'. aku mula menyentuh projek tu pagi semalam sebaik sahaja aku tiba di ofis.bukak je laptop, aku mulakan kerja aku..

memang sangat busy semalam.namun sempat juga kekadang aku cek facebook, frienster, mespes, frienster..sume2 la..maklumla..untuk mengelakkan bosan n serabut mengadap dreamweaver tu..tanpa memikirkan perkara lain aku terus menyiapkan website berkenaan dengan hairstyle design. nasib bos kejap je ade kat opis ni..

ke'busy'an aku ni membuatkan aku leka dan kurang ber'message' ngan dak comei..huhu..mesti dia bosan rini..tapi kerja tetap kene siapkan..sepatutnya due esoknya..tapi budak yg bagi projek ni nak malam tu jugak..terpaksa aku bertungkus-lumus.

petang tu pas balik keje..aku beli topup..n mesej sesapa yang patut..aku kol dak comei tak angkat..dapat mesej dari kei' pasal malam nye urusan..ade prospek katenye..peah pun bitau die da bitau member die untuk closing bisnes..sume aku setelkan dulu..aku kol lagi dak comei..tak angkat, tapi reply soh aku tunggu jap..emm nape ni??takkan majuk ngan aku kot tak mesej 1 ari ni.emm

malam..pas beli makan kat kedai untuk family..aku terus mandi siap kuar..nak g closing..berbisnes.. dalam kepala aku still memikirkan pasal website yang perlu aku siapkan..camane ni..malam ni ade closing..keje tak siap lagi..emm..titebe mase otw nak amek kei' die mesej bitau prospek die tetiba cancel..prospek peah plak tamo jumpe..huhu..terus aku kerumah kei' untuk sambung keje aku..awek yang bagi keje ni nak amek malam ni gak..kol 12 nak datang amek..aku tgk jam ketika tu da kol 10mlm..ade lagi 2 jam untuk aku siapkan lagi 20% kerja aku..

terlena aku kejap menyiapkan kerja aku..letey nye..huh..namun ku gagahi jugak untuk siapkan..dalam 1215 tghmalam..budak tu kol kate nak sampai da..nak amek projek website ni..huhu camane??ade sket lagi ni tak siap..10 min pas tu diorang sampai..jumpe la kitorang di restoren 'sempeneh' sek 7..terus aku kesana..jumpe je si hawa ni aku bitau yang keje tu tak siap lagi..aku slowtalk ngan die mintak die tunggu kejap lepak2 dulu sambil aku siapkan kerja tu..aku kerja dan terus bekerja..tetibe dak comei kol aku..emm dengan tenang aku bitau aku tengah sibuk..n nanti aku kol die balik..dengar dari suaranya macam ade sumthing yang tak best..aku lupekan kejap bab tu..n aku concentrate ngan kerja yang sket je lagi nak siap ni..

lame gak diorang tunggu..dalam kol 1.45pg barulah sume keje siap..terus aku panggil die untuk tengok ape yang patut..emm harap diorang puas ati ngan keje yang aku buat tu..so far segalanya ok..da setel sume terus ditanya bab bayaran..kalau tanya aku untuk siapkan sebuah website..mau 3-4 ratus..tapi tu complete la..then aku butau dia untuk tgk dulu camane n nanti decide brape yang berpatutan..

abis keje..da submit..aku ngan kei' mula melangkah balik..mase tu da dekat 230pg..cadangnya nak lepak makan sesame ngan kei'..tapi aku wat keputusan untuk terus balik..sebab da lambat..aku kol dak comei tu..suaranye memang dalam keadaan tak tenteram..bila aku tanya die pun tak tau ape sebabnya..

aku mula mempositif kan dia ngan cerita2 kejayaan aku siapkan website tu dalam masa 1 hari..aku buka cerita yang best so dat dia tak susah ati lagi..emm..walaupun aku tau die still susah ati..tapi aku da wat die seronok malam tu n tergelak ngan aku..

emm pasal tu tak perlu la aku cerita panjang kat sini..yang penting aku da jalankan tugas aku untuk hepikan orang n orang tu hepi..aku berjaya siapkan website tu dalam masa 1 hari yang mane tu 1 rekod bagi aku..n budak yang mintak siapkan keje tu hepi sebab aku berjaya siapkan keje tu sepertimana yang di mahukan..

Redha ibu bapa, Redha Allah

pandangan ndferuz On 10/07/2009 09:07:00 AM 0 idea orang lain
emm.. memang benar.. untuk dapat redha allah perlu dapat redha ibu bapa..satu ayat yang aku dengar seorang khatib membaca khutbahnya pada solat jumaat suatu ketika dulu..kini aku sedar yang kata-kata itu memang sangat benar.

aku mula mencari kebenaran ini sebenarnya dah lama dah..cuma masih tak jumpe..dan kini baru aku temui maksud sebenar..ape yang aku inginkan sebelum ini yang masih tidak termakbul mungkin berlaku akibat perkara diatas ini..tidak mendapat redha ibu bapa..walaupun mereka bersetuju dengan kehendakku,namun aku yakin jauh disudut hati mereka tak mahu aku terus begini..

berita tentang aku telah diambil bekerja telah membuatkan ibu aku tersenyum gembira.walaupun biasa sahaja wajahnya tapi jauh dalam hatinya terukir rasa seronok yang teramat sangat.aku rase tenang bile dapat rasakan reaksi ibu. walaupun pada aku berat untuk aku terima semua ini,tapi atleast aku a gembirakan family aku..

dan inilah redha dari mereka..tak disangka..ape yang aku inginkan (bisnes) ibaratnya telah berjumpa jalannya..member lame yang dulu takmo bersama dengan aku dalam bisnes tiba-tiba ingin sama mencapai kejayaan dalam bisnes bersama aku.aku ade kekuatan baru..dan tak disangka-sangka perjalanan bisnes aku di perak semakin berjalan laju. hari kedua aku bekerja geng dari perak turun ke s.alam untuk event di s.alam. tak sangka malamtu je aku ley collect RM700..hampir menyamai gaji aku sebulan..

mungkinkah ini redha mereka..pada aku memang benar..dan dikala aku menaip blog ini pun aku baru sahaja menyiapkan satu mini projek untuk bos aku..flash presentation untuk satu majlis perasmian di KL isnin ni oleh Muhyidin Yasin..huhu..lepas siap je keje..tetibe bos aku bagi upah saje2..hehe..dapat la RM50..pada aku tu sume berkat redha mereka..balik je umah aku terus ajak family aku g makan kat luar.since aku pun tak makan dari pagi..malam aku belanja fmly aku makan..seronok rasenye..

so rakan-rakan sekalian..ibu bapa memang penting dalam kehidupan setiap individu..penting bagi kita untuk mengambil setiap apa yang diperkatakan..kerana disitulah letaknya redha mereka..dan bila mereka redha, maka redha Allah akan datang dengan sendirinya.InsyaAllah..

ketikan raya 2009

pandangan ndferuz On 9/24/2009 06:03:00 AM 0 idea orang lain

ni link gambar raya 2009 yang sempat aku siapkan..


-->>klik sini

worst raya ever

pandangan ndferuz On 9/24/2009 02:32:00 AM 0 idea orang lain
hmm..itu yang oley aku katakan sebagai tajuk post aku kali ini..

beberapa kisah raya yang nak aku kongsikan dalam posting kali ni yang mana pada aku kisah ini boleh dikatakan punca raya tahun ni menjadi tak berapa nak best..

kisah 1

emm..rase nak sambut raya tahun ni tak sehebat tahun2 lepas.bila macam2 perkara yang nak difikirkan.antaranya adalah masalah kewangan dan bebanan hutang yang masih lagi tak 'settle'2..emm..harapannya nak collect duit raya banyak tahun ni sebelum menjelangnya 1 syawal..ye la..nak diberikan kepada kedua ibu bapa tercinta..dan kalau boleh nak jugalah berbelanja lebih sikit raya tahun ni..tapi gagal..

rasa kecewa tu terus diiringi dengan kesedihan apabila persiapan di pagi raya gagal disempurnakan..baju raya yang sepatutnya memang dah ada tiba2 tak dijumpai..puas dah dicari..dalam bilik..dalam almari..yang bergantung..yang berlipat..semua dah cari..tapi tak jumpa2 jugak..emm..akhirnya pakaian dipagi raya hanyalah sehelai baju melayu lame yang mana usianya telah hampir 7 tahun..huhu..dan disebabkan masalah mencari pakaian tadi,menyebabkan lewatnye ke masjid..sesampainya di masjid,khutbah telah pun dibaca..da separuh jalan dah..pergi pula ke masjid lain..solat hari raya telahpun sampai ke tahiyat akhir..huhu..akhirnya pulang begitu sahaja tanpa solat hari raya tahun ini..sedih..sedih..

tiba masa bermaaf-maafan bersama keluarga tercinta..rasa teramat sedih dan sayu bila tiba giliran bermaafan bersama bonda tercinta..tiba-tiba airmata ini mengalir..membuatkan tangisan tersedu-sedu mula kedengaran..rasa bersalah sangat bila harapan ayah bonda tak dapat di laksanakan..rasa macam diri ini tak berguna..huhu..itulah kemuncak kesedihan yang dialami tahun ini..

kisah 2

akibat kesalahan yang dilakukan oleh sang ayah kepada bonda tercinta pada sebelum ni menyebabkan perasaan untuk bertemu dengan ayah dipagi raya tahun ini menjadi sedikit terganggu..sedikit rasa benci pada ayah telah lahir dalam diri..namun apa daya..dialah ayah..di pagi raya ni menjadi satu kemestian untuk bertemu dengannya..rasa benci terpaksa dibuang jauh-jauh..sedih dengan apa terjadi dengan bonda, harapan agar bonda sentiasa gembira walaupun apa pun yang berlaku..tanggungjawab anak untuk bahagiakan bondanya..semoga bonda akan bahagia selepas ini..

kisah 3

kampung halaman terasa begitu jauh..masa untuk pulang berhari raya bersama keluarga nampaknya semakin samar..kesibukan kerja bukanlah untuk mengejar wang ringgit semata-mata..namun alasan tidak dapat cuti menjadi kekuatan untuk tidak dapat pulang berhari raya di kampung..perasaan untuk menyambutnya pun rase seperti tiada langsung..baju raya memang entah dimana nak dicari..kuih raya apatah lagi..nak cerita duit raya??lupakan saja..pagi raya hanya disertakan rasa sayu keseorangan dirumam tatkala beberapa sahabat lain di pejabat juga kerana tidak dapat pulang beraya..dan yang lainnya telah terlebih awal pulang.mengharap belas ehsan sahabat2 yang pulang beraya bersama keluarga dikampung membawa sedikit bekalan raya untuk dirasai bersama..

itulah..3 kisah yang nak aku sorotkan dalam post kali ni..3 kisah yang benar2 berlaku..pada 3 individu berlainan..yang mana aku hanya menyorotkan sahaja..3 kisah yang berlaku ini membuatkan aku sendiri merasakan baha raya paling kurang indah pada tahun ini..diharap dapat dijadikan iktibar..huhu..

salam aidilfitri dari aku..mohon ampun dan maaf zahir dan batin pada sesiapa yang mengenali aku..sesungguhnya diri ini amatlah lemah untuk melakukan kebaikan pada korang semua..

Kuih raya - Home Made Recipe

pandangan ndferuz On 9/10/2009 01:56:00 PM 0 idea orang lain

Klik imej untuk lebih jelas



ud 'u ni istajib lakum..

pandangan ndferuz On 9/07/2009 01:32:00 AM 2 idea orang lain

ayat Al-quran Surah Al Mu'min ayat 60 maksudnya:
berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan..


ayat di atas sering kali aku suarakan kepada ramai kenalan aku..satu ayat yang pada aku membawa pengertian yang sangat mendalam pada setiap individu bergelar manusia. jika di baca sahaja mungkin tak nampak akan maksudnya.tetapi jika mendalami, ia sebenarnya sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan kita sebagai seorang manusia muslim dan mukmin.

dari pembacaan aku melalui sebuah buku "the Secret" tulisan
Rhonda Byrne seringkali menyatakan mengenai 'Law of Attraction' ataupun 'hukum tarikan'.yang mana secara ringkasnya menerangkan bahawa apa yang kita inginkan, apa yang kita mahu pasti akan kita perolehi..thats the law..tak boleh disangkal lagi..

sebuah buku lagi aku baca sebab nak relate kan dengan kehidupan seorang muslim, "Quranic Law Of Attraction" karangan Rusdin S. Rauf telah menekankan konsep doa dalam bukunya itu..itulah law of attraction..jika nak dibandingkan sebenarnya Allah terlebih dahulu menyatakan di dalam alquran untuk kita meminta segalanya dari Allah,nescaya Dia akan makbulkan..sama seperti apa yang dinyatakan melalui The Secret, kita mintak pasti kita dapat..itu janji Allah..



QURANIC LAW OF ATTRACTION - RUSDIN S. RAUF

Doa senjata mukmin..itulah kekuatan kita..namun begitu mengapa masih banyak lagi doa kita yang tak dimakbulkan..dan seringkali kita merungut..itu silapnya..ibaratnya kita telah menafikan janji Allah kepada kita.yang mana Allah pasti akan makbulkan..tapi bila kita dah merungut mana mungkin Allah makbulkan..

banyak sebab mengapa doa kita masih tak dimakbulkan..berdoa bukan sahaja menadah tangan duduk diatas sejadah dan memohon sesuatu yang diinginkan..tetapi apa yang kita fikirkan juga doa..sering kita mahukan kekayaan..namun dalam fikiran kita telah dulu dicemari sesuatu yang melawan doa tersebut..seperti "boleh ke aku kaya" atau "kalau aku kaya kang risau aku lupa diri plak". yakin akan apa yang di doakan boleh menjadikan doa kita akan cepat dimakbulkan..don't hesitate..

lagi yang boleh dikongsi adalah kemungkinan belum tiba masanya untuk kita memperolehi apa yang kita mahukan pada ketika itu.
Surah Al 'Ankabuut ayat 62 membawa maksud, "Allah melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." jelas menerangkan bahawa kita sebagai hamba perlu berdoa dan memohon kepadaNya namun Dia lebih mengetahu apa yang terbaik buat kita..

satu artikel aku baca baru kejap td..katanya jika doa kita dimakbulkan, adakah itu doa kita..atau mungkin doa orang lain terhadap kita yang telah dimakbulkan Allah..huh..hebat kuasa doa ni..mungkin kejayaan kita hari ini hasil dari doa orang yang mahukan kita berjaya..mak ayah mungkin..adik beradik..kawan..Allahu a'lam..dan mungkin jugak kegagalan kita hasil dari orang yang tak mahukan kita untuk berjaya..musuh mungkin..ataupun apa yang kita mahukan tidak mendapat redha dari mak ayah mungkin..mereka telah 'counter' doa kita..mungkin itu yang menjadikan doa kita masih tak dimakbulkan..oleh yang demikian..aku bermohon kepada sesiapa sahaja yang baca blog aku ni untuk mendoakan kejayaan aku..doakan aku untuk perolehi apa yang aku inginkan..

hmm..jika nak di terangkan mengenai konsep doa ni memang panjang..cukuplah sekadar aku menyatakan apa yang boleh aku kongsi sekarang..mungkin kita boleh sembang lebih panjang bila kita berjumpa nanti..secara jujurnya aku nyatakan disini, masih banyak lagi doa aku yang belum di makbulkan..namun demikian aku tidak pernah jemu untuk terus berdoa kerana aku yakin bahawa ALLAH PASTI MAKBULKAN..

Mulakan kerja

pandangan ndferuz On 9/05/2009 01:44:00 AM 0 idea orang lain
September 2009..

mulakan kerja baru..
tutup buku bulan lepas..
buat habis-habisan..
insyaallah ada sedikit sinar bulan ni..
itu harapanku..



kerja keras sket bulan ni..

sorotan dua minggu

pandangan ndferuz On 8/25/2009 01:53:00 PM 2 idea orang lain
kembali menulis..

setelah lebih dua minggu aku tak menulis..ni baru ade peluang untuk meng'xpress'kn idea ni..di kala ini aku di kfc tepi faderal..bukan nak makan..pose..tapi sekadar mencuri peluang mengupdate blog ni..

eazynuff: yo nd
ndferuz: yup..
eazynuff: slamat pose
ndferuz: slamat
ndferuz: tahniah skuad wajadiri..
ndferuz: hebat..
eazynuff: yihaa...
eazynuff: aku pon tumpang happy jer
eazynuff: kat ner tu?
ndferuz: kfc..
ndferuz: huhu..
eazynuff: hah?... makan ker?
ndferuz: yup..
ndferuz: eh..
ndferuz: tak..
ndferuz: mean tak..
eazynuff: abis tu? ko tgh sahur ek?
eazynuff: biler mau update blog ni?... xder content baru ker?
ndferuz: yup..
ndferuz: huhu..
ndferuz: dats wut im thinking now..
ndferuz: nak mengupdet blog..
ndferuz: sat no..
ndferuz: ni tgh menaip la ni..
ndferuz: hehe
eazynuff: taip cepat...
ndferuz: sabo..
eazynuff: ko tgk sepakminang.blogspot
eazynuff: laju jer update
ndferuz: huuhu..
ndferuz: itu untuk tatapan umum..
ndferuz: kene la laju apdet

conversation antara aku ngan sorang member membuatkan aku rase seronok untuk mengupdate blog ni..

entry aku kali ni lebih kepada ingin menyorot kisah selama 2 minggu aku tak nulih ni..melihat pade kalendar pade laptop ku ni..tak banyak yang berlaku selama 2 minggu ni..

antara yang mencuri perhatian aku adalah program induksi persi yang aku hadiri di kuala woh tapah pada 14-16ogos lalu..


sangat best..huhu..berjaya jugaklah aku n chaoi bina empayar disitu..kami conquer abis induksi kali ni..heheh..balik dari induksi plan nak terus ke s.alam..tapi disebabkan ade pengaruh yang kuat disana, kami berhasrat untuk stay beberapa hari disana..alang2 boley kembangkan network disana..yang mana memang impian kami intuk bukak network di uitm perak pun..huhuh..sambutan n layanan budak2 perak memang best..pelik gak rase..senior persi yang lain lagi ramai..tapi aku ngn chaoi 2 org je mampu conquer budak2 tu walaupun hanya 2 malam je kat situ..setiap malam kat uptown tu mesti havoc ngan geng kitorg..nak kate kami hanya meng'kacis' awek pon tak jugak..sebab bebudak lelaki yang len pun turut enjoy bila ngan kitorg..tu yang lebih seronok tu..

2 malam disana sempat kami open cerita emall ngan diorang..alhamdulillah semua positive..cume tinggal nak folow up je..n insyaallah 2-3 hari lagi maybe kami akan kesana lagi..hehe..collect 'K' plak..

PERSI UiTM PERAK..tunggu kehadiran kami pada versi yang ke 2..hehe..

lagi cerita menarik adalah kesah nasi ayam..hehe..mende plak ni..ok..ceritanya camni..pada bulan ramadhan yang mulia ni aku bersama 2 org lagi rakan aku telah sama2 berniaga nasi ayam di bazar ramadhan..seksyen 20,shah alam..nak cari duit lebih..skang ni tgh agak lari sket bajet nih..cari la duit lebey..alhamdulillah..sambutan boley tahan..sape mau rasa..mai singgah gerai no 17 tapak bazar ramadhan seksyen 20 shah alam..huhu..

sekian sorotan 2 minggu ini..

About Me

Andy Fairuz
:: nescafe addict :: chocolate :: magic :: nike :: bisnez :: graphic design :: photoshop :: camera :: levi's :: nasi paprik :: black :: green :: brown ::
View my complete profile