Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

JETLAG - Pukul berapa sekarang??

 
Setelah menikmati percutian yang cukup panjang dan paling best, ditambah pula ke tempat yang jauh dari negara sendiri, perkara biasa yang akan semua orang alami bila pulang semula ke tanah air, JETLAG.

Aku mula-mula tak tahu apa jetlag tu. Maklumlah.. orang tak biasa travel.. tapi bila dah alaminya baru tau camna perasaannya.. Percutian yang ambil masa 12 hari ke europe - Paris, Amsterdam dan London, yang mana perbezaan masa yang agak jauh dengan Malaysia , 7 - 8 jam..bila balik je benda pertama yang dirasa adalah NGANTUK..



JETLAG
Jetlag adalah satu keadaan yang biasa dialami apabila seseorang berada di dalam satu penerbangan yang merentasi sesuatu zon masa yang sangat panjang pada satu-satu tempat.

Sebagai contoh sekiranya seseorang itu dalam penerbangan dari Malaysia menuju ke UK..perbezaan waktu antara Malaysia dan UK adalah 8 jam.. Jadi apa masalah jetlag ni..Jetlag ni merupakan keadaan dimana seseorang itu akan mengalami satu kecelaruan waktu yang menyebabkan dia akan berasa pening, kelesuan, insomnia (susah nak tidur) dan hilang keseimbangan badan.

Ye lah..mana tak nya..contoh lagi... penerbangan dari KLIA pukul 7.30 malam dan mengambil masa lebih kurang 12 jam..so maknanya sampai jam 7.30 pagi..tapi di sebabkan perbezaan zon waktu ini..waktu di London pulak ketika tiba adalah pukul 11.30 malam hari semalamnya.. mane tak confuse kan..seolah-olah penerbangan itu mengambil masa 4 jam je..di tambah lagi dengan penatnya berada dalam flight selama 12 jam..sampai di London ingatkan dah nak siang..rupanya baru nak masuk tengah malam..

Itu kalau dari KL ke London..bagaimana pulak kalau dari London ke KL..waktu perlu dicepatkan pulak 8 jam..memang keliru la dibuatnya..kira lah sendiri ya..

-------------------------------

Itulah yang aku alami selama beberapa hari selepas aku tiba di tanah air setelah pulang dari bercuti hari tu.. Lagi membuatkan aku lambat untuk recover jetlag ni adalah disebabkan lepas sampai je rumah, esoknye ibu mintak tolong kemas rumah sebab nak pindah lagi..pagi2 lagi pukul 8.30 pg dah kene kejut untuk kemas barang.. bayangkan waktu tu sepatutnya 12.30 malam..patutnya aku tidur lagi kalau kat london..ni dah kene bangun..

memang letih, lesu dan x bermaya..tak sempat nak rehat langsung..bila malam pulak susah nak tido..last-last pukul 4 pagi baru boleh tidur..dan esoknya nak kena bangun pagi pulak..start kerja dah..huhu..memang lain macam rasanya..

Sesiapa yang pernah rasa mungkin pernah tau camna perasaannya..camna confuse nya n camna letihnya jetlag ni.. nak rasa..??jom kita travel jejauh...


Comments

Popular Posts