Followers

Wednesday, March 25, 2015

[UPDATE] - Misi Autumn di Korea 2015

3/25/2015 02:32:00 PM Posted by Andy Fairuz , , , No comments
Assalamualaikum


Lagi update untuk Misi Autumn di Korea 2015.. Baru-baru ni AirAsia ada buat promosi FREE SEAT ke beberapa destinasi utama..dan ini lah masa yang sesuai untuk aku book tiket ke korea..


Lepas dapat tau AA ade buat promo ni..apa lagi..terus la aku buka website AA untuk tengok tiket murah.. Yes memang murah dari biasa.. RM 866 untuk pergi balik..dan ketika ini sibuk lah aku nak mengonfirmkan dengan peserta yang lain..

Dalam pada kekalutan itu..apabila dah confirm dengan yang lain..aku pun terus book tiket flight tu..tetapi lepas aku nak refresh page tersebut harga dah pun naik balik..RM 1066 untuk 2 hala..huhu..belum masuk extra baggage n meal lagi..maka aku terpaksa tangguhkan pembelian tiket tersebut..

------------

TAWARAN MASIH DIBUKA

Ohkay..kepada anda yang berminat untuk turut serta dala Misi Autumn di Korea 2015 ni..tawaran masih lagi dibuka..jom sama-sama join saya dalam Misi ini.. Berikut adalah detail untuk misi ini

Misi Autumn di Korea 2015
Tarikh: 14 - 20 Oktober 2015
Bayaran: RM 1800 (early bird dah abis..sori ye..)
Bayaran termasuk: Tiket flight Jeju, Accomodation, Entrance Fee, Transportation, Meal..
So kepada anda yang berminat untuk join..boleh terus hubungi saya atau WhatsApp saya di 016-3637348..

Jom kita ber Autumn di Korea..

Tuesday, March 24, 2015

Ipoh mali tadak sombong

3/24/2015 10:41:00 AM Posted by Andy Fairuz , No comments
Assalamualaikum...

Sidang pembaca sekalian..heheh..amboih..macam nak bagi syarahan pulak..

Sejak balik dari bercuti bulan lalu aku agak sibuk sikit dengan kerja dan aktiviti-aktiviti harian aku..beberapa hari lepas balik dari Europe bulan lepas terus di hantar ke Ipoh..kene kerja kat sana..pastu ade camping kat pangkor..lepas tu balik pulak ada testing dengan Pos Malaysia untuk GST nanti..weekend pulak ada aktiviti lain..dengan keluarga..cari barang persiapan..pastu minggu lepas dok ofis sehari je..yang lain kena keluar..pergi Pos..pergi Cheras..

Ni masuk minggu seterusnya..aku kembali ke Ipoh..seminggu kat sini..aku kene bertugas kat sini..company hantar..dah la sorang-sorang je kat sini..sewa rumah pun besar2 duduk sorang2..huhu..makan pun sorang2..tapi xpe..dapat elaun..heheh..

Aku kat ipoh ni kena buat support IT kat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau PPPNP. Memang kat town Ipoh ni..so far takda masalah utk aku dok sorang2 kat sini..since aku dulu pun belajar sini..slalu la jugak jalan Ipoh ni..

ni tempat duduk aku kat PPPNP

Radio tu xberenti bunyi..serabut jugak laa..
Seminggu sekali sorang akan jaga..minggu depan turn orang lain pulak..so dalam sebulan dalam sekali aku akan ke sini untuk buat support..terpaksa la tinggal berjauhan sekejap dengan cik tunang..hehe..da kawen nanti camna la kan..huhu..

Ok lah..tu je nak share..sebab tu je yang rajin..

p/s: cerita europe x setel lg ni..hahaha..lek arrr...

Thursday, March 05, 2015

JETLAG - Pukul berapa sekarang??

3/05/2015 03:27:00 PM Posted by Andy Fairuz , No comments
 
Setelah menikmati percutian yang cukup panjang dan paling best, ditambah pula ke tempat yang jauh dari negara sendiri, perkara biasa yang akan semua orang alami bila pulang semula ke tanah air, JETLAG.

Aku mula-mula tak tahu apa jetlag tu. Maklumlah.. orang tak biasa travel.. tapi bila dah alaminya baru tau camna perasaannya.. Percutian yang ambil masa 12 hari ke europe - Paris, Amsterdam dan London, yang mana perbezaan masa yang agak jauh dengan Malaysia , 7 - 8 jam..bila balik je benda pertama yang dirasa adalah NGANTUK..



JETLAG
Jetlag adalah satu keadaan yang biasa dialami apabila seseorang berada di dalam satu penerbangan yang merentasi sesuatu zon masa yang sangat panjang pada satu-satu tempat.

Sebagai contoh sekiranya seseorang itu dalam penerbangan dari Malaysia menuju ke UK..perbezaan waktu antara Malaysia dan UK adalah 8 jam.. Jadi apa masalah jetlag ni..Jetlag ni merupakan keadaan dimana seseorang itu akan mengalami satu kecelaruan waktu yang menyebabkan dia akan berasa pening, kelesuan, insomnia (susah nak tidur) dan hilang keseimbangan badan.

Ye lah..mana tak nya..contoh lagi... penerbangan dari KLIA pukul 7.30 malam dan mengambil masa lebih kurang 12 jam..so maknanya sampai jam 7.30 pagi..tapi di sebabkan perbezaan zon waktu ini..waktu di London pulak ketika tiba adalah pukul 11.30 malam hari semalamnya.. mane tak confuse kan..seolah-olah penerbangan itu mengambil masa 4 jam je..di tambah lagi dengan penatnya berada dalam flight selama 12 jam..sampai di London ingatkan dah nak siang..rupanya baru nak masuk tengah malam..

Itu kalau dari KL ke London..bagaimana pulak kalau dari London ke KL..waktu perlu dicepatkan pulak 8 jam..memang keliru la dibuatnya..kira lah sendiri ya..

-------------------------------

Itulah yang aku alami selama beberapa hari selepas aku tiba di tanah air setelah pulang dari bercuti hari tu.. Lagi membuatkan aku lambat untuk recover jetlag ni adalah disebabkan lepas sampai je rumah, esoknye ibu mintak tolong kemas rumah sebab nak pindah lagi..pagi2 lagi pukul 8.30 pg dah kene kejut untuk kemas barang.. bayangkan waktu tu sepatutnya 12.30 malam..patutnya aku tidur lagi kalau kat london..ni dah kene bangun..

memang letih, lesu dan x bermaya..tak sempat nak rehat langsung..bila malam pulak susah nak tido..last-last pukul 4 pagi baru boleh tidur..dan esoknya nak kena bangun pagi pulak..start kerja dah..huhu..memang lain macam rasanya..

Sesiapa yang pernah rasa mungkin pernah tau camna perasaannya..camna confuse nya n camna letihnya jetlag ni.. nak rasa..??jom kita travel jejauh...