Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi.

Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel.

Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya memandang…

Terlajak kereta eksiden, terlajak tingkahlaku buruk padahnya

Salam Ramadhan..

Nah amekau panjang tajuk entri aku kali ni..ni semua gara-gara satu rakaman video yang tersebar luas di media sosial sehari ni..dunia tanpa sempadan kan..harini jadi satu peristiwa..sekejap je dah viral..tu yang bahaya tu..senang cite kejadian #CDM25..pasti semua tahu kisahnya..so tak perlulah untuk aku kisahkan semula kejadian itu..

Cuma nak berkongsi pendapat pasal kejadian tu..dari pandangan serta penglihatan aku mengenai apa yang berlaku.. Ada beberapa perkara yang aku nak usik..

1. Lady driver

aku bukan nak kondem pemandu wanita..cuma ye lah..kadang-kadang memang jelas dalam beberapa perkara jalan raya yang melibatkan pemandu wanita ni menampakkan mereka kurang cerdik..kurang cerdik bukan bermakna mereka ni bodoh..tetapi kadang2 tindakan mereka boleh menyebabkan pemandu lain berasa kurang selesa..

Dalam kes #CDM25 ni pulak aku tengok tindakan kurang cerdik wanita berkenaan telah menampakkan kebodohan dia dalam etika di jalan raya.. tak perlu cerita tentang teori..cerita logik cukup..mengamuk tak tentu pasal..bukan lah suatu perkara biasa..tapi luar biasa.

2. Kereta Baru

Katanya kereta yang di pandu wanita itu adalah kereta baru. Didaftarkan  pada bulan 6..so dalam sebulan umur kereta tu..memang agak "pissed off" la kan..kereta baru keluar sebulan da kena bang dari belakang..tapi tu lah lumrah orang bawak kereta.. aku sendiri kereta baru sebulan dah eksiden kat highway PLUS menghala ke Johor.

Dalam kenyataannya kepada pemberita TV3 kat buletin utama tadi katanya tu lah hasil titik peluh dia nak reward dirinya atas kejayaan dia..tapi memang tu pun semua orang rasa..most of kita beli kereta sebab hasil titik peluh diri sendiri kan..biasa lah..

3. Kurang Ajar

Kurang ajar yang aku maksudkan bukanlah sebab dia melakukan tindakan bodoh tu kepada seorang warga emas..malah kalau dia lakukan kepada orang muda ke..pakcik ke, brader ke, akak ke, atau kepada sesiapa pun..tindakannya itu tetap di label sebagai kurang ajar. Tiba-tiba menyerang orang dengan membabi buta. Bawak keluar steering lock..tak cukup dengan itu menghentam kereta pakcik tu dengan kuat di bonet depan, cermin dan bumbung menggunakan steering lock td..

Tindakan kurang ajarnya itu boleh dilabel sebagai pembuli jalan raya..biasanya yang buat kerja ni golongan samseng yang nak ambil kesempatan terhadap pengguna jalan raya lain..siap nak pow uncle tu RM2000 lagi tu..tak ke samseng namanya tu..

4. Bulan Ramadhan

Di bulan penuh barakah ni sepatutnya kita mengambil kesempatan mengejar seribu satu keberkatan yang terdapat didalamnya.. selain berbuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, kita jugak di galakkan untuk menahan diri dari perkara lain yang boleh mengurangkan pahala puasa tersebut. Atleast dia menahan rasa marahnya itu dan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin..bukan dengan memaki hamun dan berlagak samseng seperti itu.

Malu pulak aku bila ada saudara seislam aku melakukan perkara memalukan ini terhadap seorang yang bukan seagama yang mana lebih memahami situasi dan melakukan tindakan yang sepatutnya dilakukan..sabar dan memaafkan..hebat..ouh..mungkin ini lah ujian yang di hadapi wanita itu..dan dia nampaknya gagal..

5. Mohon maaf

Setelah videonya menjadi viral di media sosial sehari ni..akhirnya si wanita pelaku tampil memohon maaf..aku dah tengok kat buletin utama tadi..menangis-nangis dia meluahkan rasa kesalnya. dan pakcik yang menjadi amukan wanita itu pun sedia memaafkan tingkah laku kurang baik dari wanita itu..

Setel dah masalahnye pun..tapi yang jadi masalahnye lagi adalah..orang-orang di luar sana..ye lah..orang yang terlibat dah membuat kenyataan..dah mintak maaf..dah memaafkan pun..tapi yang tak terlibat ni pulak suaranya melampau-lampau..nak ugut lah.xnak maafkanlah..macam-macam..so siapa lebih samseng skarang ni..siapa lebih memalukan  skarang..

6. Media sosial

Trend masa kini..media sosial ni memang satu medium yang kadang-kadang mendatangkan manfaat kepada kita.. namun ia juga mampu menghuru-harakan hidup kita.. skarang ni bila sesuatu yang pelik je berlaku..share..pastu viral..pastu kituk..pastu maki..takda kesudahan.. even benda baik..ade ye tak baik pada diorang..yang masalahnya..maki..x suka..tapi dok share jugak.. so kes #CDM25 ni salah satu contoh..harini kau buat masalah..harini jugak orang kongsi cerita kau..

Maka terhasil lah macam-macam..bash..kutukan..ugutan..fake account..bash account..macam-macam la..sampai orang terlibat tak mampu lagi menanggung..

So..itu lah pandangan aku..ni cumalah pandangan peribadi..jangan lah anda terdorog dengan pandangan kabur aku ni..ok..korang camna pulak..

Comments

  1. Ya, kena ambil pengajaran dari video tu..
    Sudilah singgah ke blog saya...tq... :)
    http://vandergood.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts