Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Takwim 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ramai jugak yang mencari tarikh cuti untuk tahun hadapan. Sebelum ni aku ade post tentang banyaknye cuti hujung minggu pada tahun 2015. Bagi mereka yang nak merancang masa cuti mereka tahun depan sudah semestinya ini yang mereka cari. Yelah mungkin ade yang nak pergi melancong, balik kampung, kahwin, honeymoon dan sebagainya.

Jadi berkaitan dengan itu, mungkin ramai juga yang tercari-cari takwim persekolahan bagi tahun 2015. Bagi mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak yang bersekolah, perancangan percutian juga haruslah mengikuti takwim persekolahan yang telah ditetapkan oleh kementerian. Aku juga menunggu takwim ni keluar. Nak tetapkan majlis perkahwinan aku tahun depan. Bakal mak mertua nak buat masa cuti sekolah katanya. so kene lah turutkan.

So kat sini aku lampirkan takwim persekolahan bagi tahun 2015 yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan malaysia menerusi laman webnya www.moe.gov.my. Kat sini aku dah tukar kepada format jpeg dari format asalnya pdf.


So, rancanglah percutian anda dengan sebaik mungkin. Okay..!! Emm..dah boleh la nak plan majlis kahwin tahun depan..hehe..dan honeymoon skaliii...hehe..

Comments

Popular Posts