Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Travelog - Sakura @ South Korea -Seoul, Chungmuro, Myeongdong (Part 3)

Hai semua..masih membaca blog saya..terima kasih kerana masih sudi menelaah blog saya ni..ok.. 2 hari telah saya kongsikan..masuk bahagian ketiga..maknanya hari yang ketiga.. Pada hari yang ketiga ini perjalanan kami diteruskan di mana kami balik semula ke Seoul. Jom ikuti kisah saya..

5 April 2014 (Day 3)

Ok..di hari yang ketiga ini perjalanan kami bermula seawal jam 8.30 pagi..cadangnya nak melalui kawasan misteri iaitu Mysterious Road..tapi tak sempat..sebab flight ke Seoul pukul 10.30 pagi..bestnya pasal jalan ni adalah apabila kita melalui jalan ni, kereta kita akan tetap berjalan walaupun keadaan jalan pada masa tu menaik..walaupun dengan free gear dan tanpa menekan padle minyak. misteri kan..korang boleh tengok kat youtube pasal misterinya jalan ini..

Jadi disebabkan tak sempat..kami terus ke airport..tapi sebelum tu hantar kereta dulu..lokasi tempat sewa kereta dengan airport tak la jauh pun..10 minit je perjalanan..Sampai je di airport terus check-in..tunggu dalam setengah jam terus naik flight.. Sampai di Gimpo Airport pukul 11.30 pagi..

Tiba sahaja di Gimpo Airport, kami terus ke luar untuk mencari public transport untuk ke guesthouse yang dah kami book. Pada mulanya kami bercadang untuk menaiki bas..tapi takut tak tau pulak nak stop kat mana so kami plan untuk naik subway..tapi disebabkan barang banyak so kami diberi cadangan oleh pakcik yang jaga kat situ untuk naik teksi..kosnya lebih kurang sama jika dibandingkan dengan menaiki bas..lagi senang..boleh terus angkat barang terus berhenti kat depan apartment kami..

oh ya terdapat pelbagai kaedah pengangkutan awam dari Gimpo airport.. Anda boleh pilih samada menaiki subway, teksi, luxury taxi, bas atau limosine bus..ikut kesesuaian anda..harga jugak mungkin sedikit berbeza..

Perjalanan dari Gimpo Airport ke guesthouse kami tidaklah jauh..lebih kurang 45km sahaja..oh ya..kami menetap di Uno Guesthouse di Chungmuro.. tambang teksi adalah sebanyak 45000W untuk sebuah 12 seater punya teksi..ok la kan..perjalanan agak sesak petang tu.. lebih kurang pukul 2 petang barulah kami tiba di tempat penginapan kami di Seoul..iaitu di Chungmuro.

Chungmuro terletak berhampiran Myeongdong dan Dangdaemun..dari sini kita boleh jalan kaki ke pasar Myeongdong dan terus ke Namdaemun Market.. Menariknya tentang apartment yang kami duduk ni adalah lokasinya yang betul-betul berhampiran dengan stesen subway Chungmuro..so pergerakan kami untuk kemana-mana agak mudah..dan di depan apartment kami pula terdapat perhentian bas..

ok..dah sampai guesthouse..jom kita tengok keadaan dalam rumah..

stok makanan untuk 5 hari
terdapat kemudahan memasak
dahlia arissa
Ops sori x banyak gambar..amek video je..so apa yang menarik pasal rumah ni..

  • Rumah ni boleh isi sehingga 7 - 8 orang..dalam ni ade  2 tingkat..di tingkat bawah terdapat 2 katil double decker..tingkat atas ade 2 tilam..ditambah dengan 2 lagi tilam extra..
  • View yang menarik..bukak tingkap boleh tengok view Namsan Tower..antara landmark menarik di Seoul..
  • Lantai ada heater..
  • Dilengkapi dengan kemudahan asas yang kita sangat perlukan seperti..dapur gas, mesin basuh (ada dryer), meja makan, tv, water heater..
  • Bilik airnya tertutup rapi..hehe..maknanya takda la hanya pintu kaca..sebab kebanyakan bilik air kat sana hanya pintu kaca so boleh nampak dari luar..
  • Tiada kunci..just guna passcode untuk masuk bilik..bila pintu ditutup automatik ia dikunci..so memang selamat..


Bangunan apartment ini pula memang tepi jalan sahaja..terdapat kedai serbaneka berdekatan dengan apartment ni..juga terdapat banyak coffee shop kat sini..so memang lokasi yang sangat strategic..kalau nak tengok lebih..boleh tengok kat FB Uno Guesthouse ni.. 

Ok settle da tempat tinggal..setelah cukup rehat..malamnya kami keluar ke sekitar Myeongdong..dari rumah kami perlu berjalan dalam 10 minit sahaja..so dekat..tapi malam tu punye cuaca..memang agak sejuk..memang menggigil habis..huhu..

Di Myeongdong terdapat night market yang sangat happening..kat sini memang banyak kedai-kedai kecantikan seperti Nature Republic, Etude House, Skin Food..macam-macam lagi la..murah pulak tu..banyak juga barangan seperti beg, tshirt, jam, kasut, tali pinggang dan macam-macam lagi..tapi bagi anda yang nak shopping tu saya cadangkan untuk anda jangan shopping dulu..sebab harga kat sini agak mahal..so sabar dulu ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian..hehe..

Malam tu kami just jalan-jalan cuci mata sahaja..beli kebab sebab teringin nak makan..hehe..ade penjual aiskrim n kebab..yang buat show macam cerita Istanbul Aku Datang tu..hehe..boleh tahan jugak..lepas makan kebab..jalan-jalan..semua dah penat..kami balik dan berehat..esok nak jalan jauh pulak..

p/s: sori..gambar x banyak kali ni..hehe..banyak sangat jalan..so x sempat nak capture..

Sambung Part 4

Comments

Popular Posts