Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi.

Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel.

Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya memandang…

Travelog - Sakura @ South Korea - Nami Island (Part 5)

Hola..gigih aku menyiapkan siri seterusnya..perjalanan bercuti di Korea..untuk siri kali ini dah masuk hari kelima..masih lagi di Seoul. empat hari sebelumnya sudah aku kongsikan..gambar pun dah tengok..so masuk hari kelima..perjalanan diteruskan lagi kesebuah tempat menarik di Seoul..tempat yang pernah menjadi lokasi penggambaran siri tv popular korea suatu masa dulu..dan disebabkan siri tv ni lah tempat ni semakin hari semakin dikenali..dan aku baru sahaja nak sampai..hehe..tempatnya tak lain tak bukan..Pulau Nami..atau Namisum..yang pernah menjadi lokasi penggambaran siri Winter Sonata. Jom ikuti kisah perjalanan aku..

7 April 2014 (Day 5)

Ok..perjalanan kami hari ini bermula pada jam 9 pagi..untuk ke Nami Island, macam-macam cara boleh kita gunakan. banyak route yang boleh kita ikut. korang boleh gugel sahaja untuk mencari route yang mana yang bersesuaian dengan korang..antara kaedah yang boleh anda follow adalah..

1. Shuttle bus.
Korang kena ke Tapgol Park / Pagoda Park yang terletak di Insadong..untuk ke sana boleh naik subway dan turun di Station Jongno 3. keluar exit 5 dan jalan lebih kurang 300 meter untuk ke tapgol park.tunggu bas shuttle di sana. tapi harus diingat..bas ke nami akan bertolak pada jam 9.30 pg dan balik semula dari nami pada jam 4.30 petang..so kene plan masa anda sebaiknya..bayaran 23000W dikenakan.. ia termasuk tambang bas, tambang feri dan admission fee..

2. Bas
Anda boleh naik bas dari Dong Seoul Bus Terminal untuk ke Nami. Untuk ke terminal bas ni, anda boleh naik subway dan turun di station Gangbyeon..tapi rasanya kalau naik bas perjalanan agak lama..sebab agak jauh..n bas mungkin berhenti2..Tambang tak pasti pulak camne..hehe..sori..

3. Train
Kalau naik subway pula nampaknya macam lebih mudah..tapi bergantung dari mana anda..sebab mungkin anda perlu transfer banyak line untuk ke sana..dari mana pun anda, anda kena turun di station Gapyeong. ambil teksi untuk terus ke Nami..tambang teksi hanya 3000W dan sangatlah dekat..

4. ITX Train
Ni kaedah yang kami guna sewaktu di sana. Masa perjalanan agak singkat, tidak terkejar-kejar. tapi mungkin lebih sket la kosnya.. Kami daru station Chungmuro ke station Cheongnyangni transfer di station Dongdaemun untuk naik ITX Train..oh ya ITX ni adalah train express. Sangat laju dan lebih selesa. Trainnya agak panjang..rasanya lebih 10 coach..masa di ambil pula agak singkat.. Dari Cheongnyangni Station terus ke Gapyeong Station..then ambil teksi terus ke Nami.

pemandangan dari dalam train ke Nami
View dari dalam ITX Train
Dalam ITX Train..

Sampai je di station Gapyeong, kami terus ambil teksi untuk ke jeti menuju Nami Island. 3000W per teksi.so ok la kn..untuk masuk  ke pulau Nami bayaran sebanyak 10000W untuk dewasa dan 4000W untuk kanak-kanak dikenakan. Dari jeti tu boleh nampak Nami. tapi disebabkan feri tu agak slow perjalanannya ia ambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai..so..jom tengok gambar kat sana..jom..

Dalam feri menuju ke nami island
pintu masuk Nami Island
Ada rumah kecik..
tempat wajib amek gambar..
yang atas tu bukan belon..tapi lampu..
Nami Island..kedai cenderamata
Winter Sonata
huhu..tempat wajib..
Sonata musim salju...
pokok..nami island
lagi pokok di nami island
view di nami
pokok..pokok..pokok..
Sakura..
lagi sakura
South Korea - Malaysia
Winter Sonata Bicycle..
Untuk pelancong dari Malaysia
Burung Unta..

Sambung Part 6

Comments

  1. bestnya dapat melihat dunia org lain...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..ade rezeki..insyaallah kamu juga boleh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts