Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Travelog - Sakura @ South Korea - Incheon, Gimpo, Jeju (Part 1)

Assalam n salam sejahtera..

Setelah sekian lama x update blog ni..so arini timbul pula kerajinan untuk aku mengemaskini blog ni dengan entri agak best..iaitu travelog..kesah aku ber'vakasi' bersama keluarga ke Korea Selatan..kali ni kita ber'oppa'..Kepada anda yang ingin melancong ke Korea..so ni serba sedikit pengalaman aku sepanjang kat sana yang mungkin boleh dijadikan panduan semasa anda berada di sana..

Ingin dinyatakan di sini..travelog ni bukan la macam kak kiah punye entri yang sangat lengkap..ini cumalah pengalaman peribadi berjalan2 bersama keluarga..ok..Jom kita mulakan..

Ok..sebagai permulaan..perjalanan kami bermula pada 3 April hingga 10 April 2014..meliputi Jeju Island selama 3 hari diikuti Seoul selama 5 hari.. Menaiki pesawat Malaysia Airlines MH066 terus ke Incheon International Airport dari KLIA. Berlepas pada 2 april 2330 hrs waktu Malaysia dan tiba di Seoul pada 3 April 0611 hrs waktu Korea..

3April 2014 (Day 1)
Keluar je aircraft da rase kesejukan di Seoul..suhu masa tu lebih kurang 8'C huhu..first time ni rasa cuaca sejuk..hehe..sebelum ni paling sejuk pun atas puncak gunung tahan..hehe..Kitorang landed kat Incheon pukul 6.11 pagi..waktu korea n masa tu da cerah dah.. terus cop pasport.. Selepas tiba di Incheon kami kena ke Gimpo Airport untuk ambil flight terus ke Jeju Island. tapi untuk ke Gimpo boleh naik train atau bas atau teksi..dan kitorang decide untuk naik train je memandangkan perjalanan lagi cepat berbanding naik bas..takut jalan jem..

Selfie di Incheon International Airport
Untuk gunakan train service kat sane anda semua perlukan T-Money Card.. macam kad Touch'n'Go la..gunakan kad tu sebagai tiket dan perlu di topup untuk gunakannya sekiranya baki tidak mencukupi..Anda boleh dapatkan kad tersebut di kedai serbaneka di sana..samada di G25 atau di 7E..Oh ya..TMoney Card ni jugak boleh digunakan untuk perkhidmatan bas. Bagusnya guna TMoney Card ni adalah untuk kemudahan keluar masuk bas or subway..xpayah la nak beli tiket lagi..n lagi 1 harga nye akan lebih murah 100Won berbanding tiket biasa..contohnya kalau harga tiket suatu perjalanan adalah 1150Won..kita hanya perlu bayar 1050Won sahaja jika gunakan TMoney Card ni.. Anda boleh dapatkannya dengan harga 2500W sekeping..

T-Money Card
Ok dah ade TMoney..boleh jalan dah..Kami sampai agak awal..sampai je terus naik tren ke Gimpo Airport..Flight ke Jeju pukul 1.30pm..menaiki Eastar Jet..So sementara tunggu flight ke Jeju..kami berehat dulu kat airport Gimpo tu..tido..makan..Haa...bukan makan makanan sana..dikhuatiri tidak halal..maka kami mengeluarkan la stok nasi impit yang dibawa dari rumah..hehe..bersama rendang daging..makan la kami kat airport tu..kenyang jugak..

Perjalanan dari Gimpo Airport ke Jeju Airport ambil masa lebih kurang sejam..kami tiba di Jeju lebih kurang pukul 2.30 pm..terus dapatkan kereta sewa di sana..perkhidmatan kereta sewa disana memang banyak.. kami dibawa ke satu tempat untuk mengambil kereta oleh bas shuttle..pelbagai jenis kenderaan pelbagai saiz disediakan..kami seramai 7 orang termasuk seorang baby..ambil kereta jenis Kia Sorento..dengan harga lebih kurang 150000W untuk 2 hari..proses mengambil kereta agak lama disebabkan masalah komunikasi kami dengan pekerja mereka..dalam kereta kemudahan GPS disediakan..tapi masalahnya navigator nya dalam bahasa Korea..so GPS kami disetkan untuk ke Hotel dan kembali semula ke tempat kereta sewa sahaja..yang lain semua cari sendiri..

First time jumpa sakura..kat tempat kereta sewa..
Selepas mendapatkan kereta..terus kami ke hotel..Kami menginap di Sun Beach Hotel di Seogwipo.. Hotel ni best sebab berhampiran dengan laut..n boleh tgk view cantik tepi laut..n dekat jugak dengan kedai2..Sampai je di hotel kami rehat dulu..siap untuk makan malam..malam tu just kuar area town situ je..dah penat..xde nak jalan jauh..


Depan hotel..ber'view'kan laut..tapi da malam..xnampak..
Perjalanan hari pertama berakhir disini..esok sambung lagi di hari kedua dengan aktiviti lebih menarik..

Bersambung di Part 2

Comments

Popular Posts