Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi.

Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel.

Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya memandang…

ud 'u ni istajib lakum..


ayat Al-quran Surah Al Mu'min ayat 60 maksudnya:
berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan..


ayat di atas sering kali aku suarakan kepada ramai kenalan aku..satu ayat yang pada aku membawa pengertian yang sangat mendalam pada setiap individu bergelar manusia. jika di baca sahaja mungkin tak nampak akan maksudnya.tetapi jika mendalami, ia sebenarnya sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan kita sebagai seorang manusia muslim dan mukmin.

dari pembacaan aku melalui sebuah buku "the Secret" tulisan
Rhonda Byrne seringkali menyatakan mengenai 'Law of Attraction' ataupun 'hukum tarikan'.yang mana secara ringkasnya menerangkan bahawa apa yang kita inginkan, apa yang kita mahu pasti akan kita perolehi..thats the law..tak boleh disangkal lagi..

sebuah buku lagi aku baca sebab nak relate kan dengan kehidupan seorang muslim, "Quranic Law Of Attraction" karangan Rusdin S. Rauf telah menekankan konsep doa dalam bukunya itu..itulah law of attraction..jika nak dibandingkan sebenarnya Allah terlebih dahulu menyatakan di dalam alquran untuk kita meminta segalanya dari Allah,nescaya Dia akan makbulkan..sama seperti apa yang dinyatakan melalui The Secret, kita mintak pasti kita dapat..itu janji Allah..



QURANIC LAW OF ATTRACTION - RUSDIN S. RAUF

Doa senjata mukmin..itulah kekuatan kita..namun begitu mengapa masih banyak lagi doa kita yang tak dimakbulkan..dan seringkali kita merungut..itu silapnya..ibaratnya kita telah menafikan janji Allah kepada kita.yang mana Allah pasti akan makbulkan..tapi bila kita dah merungut mana mungkin Allah makbulkan..

banyak sebab mengapa doa kita masih tak dimakbulkan..berdoa bukan sahaja menadah tangan duduk diatas sejadah dan memohon sesuatu yang diinginkan..tetapi apa yang kita fikirkan juga doa..sering kita mahukan kekayaan..namun dalam fikiran kita telah dulu dicemari sesuatu yang melawan doa tersebut..seperti "boleh ke aku kaya" atau "kalau aku kaya kang risau aku lupa diri plak". yakin akan apa yang di doakan boleh menjadikan doa kita akan cepat dimakbulkan..don't hesitate..

lagi yang boleh dikongsi adalah kemungkinan belum tiba masanya untuk kita memperolehi apa yang kita mahukan pada ketika itu.
Surah Al 'Ankabuut ayat 62 membawa maksud, "Allah melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." jelas menerangkan bahawa kita sebagai hamba perlu berdoa dan memohon kepadaNya namun Dia lebih mengetahu apa yang terbaik buat kita..

satu artikel aku baca baru kejap td..katanya jika doa kita dimakbulkan, adakah itu doa kita..atau mungkin doa orang lain terhadap kita yang telah dimakbulkan Allah..huh..hebat kuasa doa ni..mungkin kejayaan kita hari ini hasil dari doa orang yang mahukan kita berjaya..mak ayah mungkin..adik beradik..kawan..Allahu a'lam..dan mungkin jugak kegagalan kita hasil dari orang yang tak mahukan kita untuk berjaya..musuh mungkin..ataupun apa yang kita mahukan tidak mendapat redha dari mak ayah mungkin..mereka telah 'counter' doa kita..mungkin itu yang menjadikan doa kita masih tak dimakbulkan..oleh yang demikian..aku bermohon kepada sesiapa sahaja yang baca blog aku ni untuk mendoakan kejayaan aku..doakan aku untuk perolehi apa yang aku inginkan..

hmm..jika nak di terangkan mengenai konsep doa ni memang panjang..cukuplah sekadar aku menyatakan apa yang boleh aku kongsi sekarang..mungkin kita boleh sembang lebih panjang bila kita berjumpa nanti..secara jujurnya aku nyatakan disini, masih banyak lagi doa aku yang belum di makbulkan..namun demikian aku tidak pernah jemu untuk terus berdoa kerana aku yakin bahawa ALLAH PASTI MAKBULKAN..

Comments

  1. beb..buku ni ade d mana? huhu..smpy ati korg..bli same2,konon2 sehati sejiwe,tp tanak bg ak bace..=,(

    ReplyDelete
  2. ade la..
    emm..
    bukan tanak bagi..
    tapi lupe plak mau bagi..
    huhu..
    nanti saye bagi sama kamoo eh..
    sari le..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
    https://quran.com/40/60

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts