Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

worst raya ever

hmm..itu yang oley aku katakan sebagai tajuk post aku kali ini..

beberapa kisah raya yang nak aku kongsikan dalam posting kali ni yang mana pada aku kisah ini boleh dikatakan punca raya tahun ni menjadi tak berapa nak best..

kisah 1

emm..rase nak sambut raya tahun ni tak sehebat tahun2 lepas.bila macam2 perkara yang nak difikirkan.antaranya adalah masalah kewangan dan bebanan hutang yang masih lagi tak 'settle'2..emm..harapannya nak collect duit raya banyak tahun ni sebelum menjelangnya 1 syawal..ye la..nak diberikan kepada kedua ibu bapa tercinta..dan kalau boleh nak jugalah berbelanja lebih sikit raya tahun ni..tapi gagal..

rasa kecewa tu terus diiringi dengan kesedihan apabila persiapan di pagi raya gagal disempurnakan..baju raya yang sepatutnya memang dah ada tiba2 tak dijumpai..puas dah dicari..dalam bilik..dalam almari..yang bergantung..yang berlipat..semua dah cari..tapi tak jumpa2 jugak..emm..akhirnya pakaian dipagi raya hanyalah sehelai baju melayu lame yang mana usianya telah hampir 7 tahun..huhu..dan disebabkan masalah mencari pakaian tadi,menyebabkan lewatnye ke masjid..sesampainya di masjid,khutbah telah pun dibaca..da separuh jalan dah..pergi pula ke masjid lain..solat hari raya telahpun sampai ke tahiyat akhir..huhu..akhirnya pulang begitu sahaja tanpa solat hari raya tahun ini..sedih..sedih..

tiba masa bermaaf-maafan bersama keluarga tercinta..rasa teramat sedih dan sayu bila tiba giliran bermaafan bersama bonda tercinta..tiba-tiba airmata ini mengalir..membuatkan tangisan tersedu-sedu mula kedengaran..rasa bersalah sangat bila harapan ayah bonda tak dapat di laksanakan..rasa macam diri ini tak berguna..huhu..itulah kemuncak kesedihan yang dialami tahun ini..

kisah 2

akibat kesalahan yang dilakukan oleh sang ayah kepada bonda tercinta pada sebelum ni menyebabkan perasaan untuk bertemu dengan ayah dipagi raya tahun ini menjadi sedikit terganggu..sedikit rasa benci pada ayah telah lahir dalam diri..namun apa daya..dialah ayah..di pagi raya ni menjadi satu kemestian untuk bertemu dengannya..rasa benci terpaksa dibuang jauh-jauh..sedih dengan apa terjadi dengan bonda, harapan agar bonda sentiasa gembira walaupun apa pun yang berlaku..tanggungjawab anak untuk bahagiakan bondanya..semoga bonda akan bahagia selepas ini..

kisah 3

kampung halaman terasa begitu jauh..masa untuk pulang berhari raya bersama keluarga nampaknya semakin samar..kesibukan kerja bukanlah untuk mengejar wang ringgit semata-mata..namun alasan tidak dapat cuti menjadi kekuatan untuk tidak dapat pulang berhari raya di kampung..perasaan untuk menyambutnya pun rase seperti tiada langsung..baju raya memang entah dimana nak dicari..kuih raya apatah lagi..nak cerita duit raya??lupakan saja..pagi raya hanya disertakan rasa sayu keseorangan dirumam tatkala beberapa sahabat lain di pejabat juga kerana tidak dapat pulang beraya..dan yang lainnya telah terlebih awal pulang.mengharap belas ehsan sahabat2 yang pulang beraya bersama keluarga dikampung membawa sedikit bekalan raya untuk dirasai bersama..

itulah..3 kisah yang nak aku sorotkan dalam post kali ni..3 kisah yang benar2 berlaku..pada 3 individu berlainan..yang mana aku hanya menyorotkan sahaja..3 kisah yang berlaku ini membuatkan aku sendiri merasakan baha raya paling kurang indah pada tahun ini..diharap dapat dijadikan iktibar..huhu..

salam aidilfitri dari aku..mohon ampun dan maaf zahir dan batin pada sesiapa yang mengenali aku..sesungguhnya diri ini amatlah lemah untuk melakukan kebaikan pada korang semua..

Comments

Popular Posts