Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Redha ibu bapa, Redha Allah

emm.. memang benar.. untuk dapat redha allah perlu dapat redha ibu bapa..satu ayat yang aku dengar seorang khatib membaca khutbahnya pada solat jumaat suatu ketika dulu..kini aku sedar yang kata-kata itu memang sangat benar.

aku mula mencari kebenaran ini sebenarnya dah lama dah..cuma masih tak jumpe..dan kini baru aku temui maksud sebenar..ape yang aku inginkan sebelum ini yang masih tidak termakbul mungkin berlaku akibat perkara diatas ini..tidak mendapat redha ibu bapa..walaupun mereka bersetuju dengan kehendakku,namun aku yakin jauh disudut hati mereka tak mahu aku terus begini..

berita tentang aku telah diambil bekerja telah membuatkan ibu aku tersenyum gembira.walaupun biasa sahaja wajahnya tapi jauh dalam hatinya terukir rasa seronok yang teramat sangat.aku rase tenang bile dapat rasakan reaksi ibu. walaupun pada aku berat untuk aku terima semua ini,tapi atleast aku a gembirakan family aku..

dan inilah redha dari mereka..tak disangka..ape yang aku inginkan (bisnes) ibaratnya telah berjumpa jalannya..member lame yang dulu takmo bersama dengan aku dalam bisnes tiba-tiba ingin sama mencapai kejayaan dalam bisnes bersama aku.aku ade kekuatan baru..dan tak disangka-sangka perjalanan bisnes aku di perak semakin berjalan laju. hari kedua aku bekerja geng dari perak turun ke s.alam untuk event di s.alam. tak sangka malamtu je aku ley collect RM700..hampir menyamai gaji aku sebulan..

mungkinkah ini redha mereka..pada aku memang benar..dan dikala aku menaip blog ini pun aku baru sahaja menyiapkan satu mini projek untuk bos aku..flash presentation untuk satu majlis perasmian di KL isnin ni oleh Muhyidin Yasin..huhu..lepas siap je keje..tetibe bos aku bagi upah saje2..hehe..dapat la RM50..pada aku tu sume berkat redha mereka..balik je umah aku terus ajak family aku g makan kat luar.since aku pun tak makan dari pagi..malam aku belanja fmly aku makan..seronok rasenye..

so rakan-rakan sekalian..ibu bapa memang penting dalam kehidupan setiap individu..penting bagi kita untuk mengambil setiap apa yang diperkatakan..kerana disitulah letaknya redha mereka..dan bila mereka redha, maka redha Allah akan datang dengan sendirinya.InsyaAllah..

Comments

Popular Posts