Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Ujian Ramadhan

Hari ni Jumaat..bersamaan 21 Ramadhan..sedikit ujian aku terima..

Hari ni pergi solat jumaat kat masjid belakang..ikut Mydin tu..sebab balik solat nanti nak g mydin beli barang sket..sampai masjid dah azan..orang ramai da kat masjid..lepas amek wudhuk terus masuk dalam masjid cam biase..masjid agak full..so terpaksalah duduk berhimpit sket..sebelum start khutbah aku da dapat tempat duduk dalam masjid..

Khutbah arini pasal nuzul quran baru2 ni..aku dengar dengan penuh khusyuk..sampai abis khutbah aku dengar..so bila abis khutbah..nak start solat..lepas qamat semua amek tempat nak solat..aku td yg sedikit terhimpit terus cari saf di hadapan sket..takde ruang..aku kedepan lagi nampak ade ruang kosong..xsempat aku sampai ke saf tu dah ade org lain plak masuk..terus aku ke depan lagi..kehulu kehilir aku cari ruang kosong..takde..aku cuba ke bahagian tepi masjid..kot ade sedikit ruang untuk aku solat..tak de jugak..imam da bersuara suruh rapatkan saf agar yg berada di luar dapat ruang untuk solat..tapi still xde ruang untuk aku penuhi..

dari tepi masjid aku keluar..terus ke belakang..cari ruang kat situ jugak..masih tiada..akhirnya aku ke belakang skali.di luar masjid.ruangan berbumbung penuh..ade sedikit ruang yg tidak berbumbung..tapi masih di dalam saf..aku terus menyambung saf tersebut..dan terus mengangkat takbir..terasa panas di tapak kaki..semakin lama semakin panas..huhu..semakin lama semakin kebas..aku cuba lupakan kepanasan tersebut..dalam hati aku cuma rasa syukur sebab dapat jugak aku solat..

timbul rasa keinsafan bila aku rasa ujian ini dari Allah yang nak menguji aku di bulan Ramadhan ni..aku dapat merasai kepanasan dunia di bawah tapak kaki aku ni..baru ujian dunia..akhirat sok tentu lagi teruk..apapun aku bersyukur..dapat selesaikan solat jumaat aku walaupun dalam keadaan di uji begitu..

Alhamdulillah..

Comments

Popular Posts