Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

perginya sebuah komputer riba

huhu..entry bulan ni dimulakan dengan sebuah cerita sedih..walaupun telah banyak cerita-cerita gembira yang aku hadapi sepanjang bulan November ini.

kesedihan utama berlaku semalam..apabila aku dapati komputer riba kesayangan aku telah lenyap dari pandangan mata aku..laptop yang aku beli tahun lepas..telah menyimpan banyak perkara yang aku rasakan sangat penting buat diriku..bukanlah perkara peribadi..tetapi hasil2 kerja aku selama ini yang aku rasakan sangat bermakna buat diri aku yang baru nak naik ni..sekian banyak hasil kerja aku telah siap aku kompil kan sebagai rujukan untuk aku ke tahap yang lebih tinggi esok..

graphic design, multimedia design, web design, n segala macam design la yang ada dalam laptop tu hilang begitu sahaja..huhu..portfolio tu..em..selain koleksi magic aku yang aku kumpul sekian lama. yang turut menyedihkan..scroll diploma n transcript diploma beserta sijil 'Adobe Certifoed Expert' yang mengiktiraf aku sebagai pakar adobe telah turut hilang bersama beg laptop tersebut. waa..tu sume aset tu..

kalau nak diikutkan pada hukum tarikan (law of attraction) yang aku dapat sebelum aku keluar rumah semalam.aku boleh katakan ianya sebab kata-kata ibu yang selalu merisaukan akan kehilangn laptop tersebut.akhirnya ia betul-betul terjadi.tapi kalau nak bagitau kat ibu yang ianya doa ibu sebab selalu kata hilang..mesti tak diterima..sebab ibu mana percaya ni semua..apa yang ibu fikirkan cuma kerisauan dalam hatinya..dats y dia selalu cakap camtu..emm..

maklumat detail seperti berikut..

Tempat hilang: Restoran Berkerly klang.
jam: lebey kurang 9pm - 10 pm.
tarikh: 22 November 2009.

cerita:
balik dari kursus selama 3 hari di wisma mais shah alam aku terus shoot ke rumah sebab nak amek chaoi untuk ke klang sebab ade prospek..sampai umah pas asar terus kami keluar..amek nurul di sek 7 dulu dan terus ke Jusco bukit raja..cari azza yang da ada di situ. tak jadi closing member dia..tukar plan nak jumpa nad di restoran Bekerly tu..sementara nak tunggu maghrib,aku ngan chaoi sempat bershopping baju ngan suar kat P.D.I yang telah di advice oleh cik nurul.huhu..abis seratus lebey gak malam tu..

selesai maghrib, kami terus shoot ke bekerly..parking kete aku terus cek pintu samada kunci ke tak..setelah aku pastikan semua pintu berkunci, terus aku ke tempat makan tersebut..(dengan rasa terlupa akan laptop tu..waaaaa....)lagipun tyme tu dalam kete da ade 4 orang..so kat belakang mmg da ade orang..so memang tak perasan akan laptop tu..

selesai makan terus keluar..menuju ke kereta..sesuatu yang pelik berlaku..pintu kereta belah co-pilot dapat chaoi buka sebelum sempat aku bukakan kuncinya.maknanya pintu tu tak berkunci..tapi aku buat nohei je la..tak terfikir pape pun..kitorang terus ke batu 3 untuk amek prospek azza terus ke sek 7 plak..closing kaw2..nak amek laptop nak tunjuk testimony kat prospek..n masa tu la baru perasan laptop tu ilang..n baru perasan yang pintu kete belah co-pilot telah di tebuk di bahagian kuncinya..setelah aku gagal memasukkan kunci kedalam tempatnya..

waaa...laptop kesayangan aku hilang..rasanya tu la property aku yang paling berharga pada aku..paling aku sayang..waaa...mana mau cari..

Comments

Popular Posts