Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

gerhana

Malam tadi..eh silap..awal pagi tadi lebih kurang pukul 3.30 pagi terjadinya satu kejadian yang jarang kita dapat saksikan..

Dan semalam di saat family aku semua tidur..pada masa tu lah aku duduk bertenggek di luar rumah untuk saksikan kekuasaan Allah tu..gerhana bermula jam 1.25pg dan berakhir jam 7.00 pg..tapi yang sempat aku saksikan adalah di saat bermulaanya gerhana iaitu jam 1.30 pg dan disaat gerhana hampir penuh..iaitu jam 3.00 pagi..huhu..tapi di saat bulan gerhana penuh..aku masuk umah kejap..terus terlena..huhu..lagi pun dengan keadaan langit yang tak berapa nak clear sangat view nye..macam membuatkan aku tak begitu teruja nak tengok..tapi apa pun dapat jugak la aku saksikan kejadian ini.. berikut adalah sedikit maklumat berkenaan apa yang berlaku malam tadi..eh..pagi tadi..di cedok dari falak-online.net..

Moon enters penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52 <--waktu ni aku mule tengok
Moon enters umbra: 2011 Jun 16 02:22:24
<--waktu ni aku masuk umah nak rilek jap..terus lena..huhu..sedih ='( 3.02am..
Start of totality: 2011 Jun 16 03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16 04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16 05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16 06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

huhu..bila agaknya ade lagi gerhana ni..nak tgk lagi..heheh..apapun..Allah Maha Hebat..


(Photo credit and copyright to Fred Espenak)

Comments

Popular Posts