Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Santai Krabi - Info

hui semua..just untuk info..kat sini aku share tentang tentative yang aku akn buat utk ke krabi minggu depan..aktiviti ni bergantung kepada keinginan dan mahu anda..hehe..

Itinerary Program..

13 September 2013 - Jumaat
2030hrs: Berkumpul di KL Sentral..pendaftaran peserta..
(Bukti pembayaran diperlukan ketika ini)
2115hrs: Bertolak dari KL Sentral menuju terus ke Hatyai..
(Berjimba di dalam tren..oh ye..coach tempat tidur ye..)
sesi kenal mengenal..usya mengusya..

14 September 2013 - Sabtu
0830hrs: Dijangka tiba di Padang Besar,Perlis untuk pemeriksaan imigresen..brekfes skali tyme ni..
0900hrs: Transit tren terus ke Hatyai menaiki keretapi Siam..
(bermula dari sini masa adalah masa thailand..sejam lewat)
1030hrs: Dijangka tiba di Stesyen Keretapi Hatyai..
1100hrs: Meneruskan perjalanan ke Aonang, Krabi menaiki bas executive coach siam mari...
1200hrs: singgah RnR..makan tghri..peringatan..makanan kat siam sangat pedas..so berhati2 ketika order..hehe..
1300hrs: teruskan perjalan yang masih jauh..
1430hrs: singgah di Trang untuk eksplorasi Gua Le khaobo cave..layan beb..masuk gua naik sampan..serius best..xley dapat kat Malaysia..
1530hrs: Teruskan perjalan..direct ke krabi..
1730hrs: Dijangka tiba di Aonang Beach Krabi..terus ke tmpat penginapan..check-in..pembahagian bilik..rehat kejap..solat..
1800hrs: keluar ke pekan Aonang..untuk jalan2..terus sampai ke malam..dan merasai night market di krabi.. (sape nak shopping boleh la..heheh..merasai makanan femes kat sane Phad Thai..
2300hrs: balik ke hotel balik..rehatkan badan..nak mandi swiming pool ke..
0000hrs: Selamat malam..tidur lena..esok punye aktiviti lagi best..

15 September 2013 - Ahad
0630hrs: bangun pagi..gosok gigi..cuci muka..terus mandi..
0800hrs: Sarapan pagi serba ringkas..bersiap utk aktiviti air..
0900hrs: Memulakan aktiviti air..Island Hopping..jelajah 4 pulau..(poda island, chicken island, tur island, phra nang cave beach)
1700hrs: dijangka selesai aktiviti di lautan..bersiap..dan berehat..
1830hrs: bersiap2 utk BBQ dan malam tari rimba..hehe.. bergumbira di malam hari..
2030hrs: Makan Malam..berehat..bersantai..mandi kolam..lepak2..sembang2..nyanyi2..
2330hrs: da penat..jom masuk tido..

16 September 2013 - Isnin (Hari Malaysia)
0630hrs: bangun pagi..gosok gigi..cuci muka..terus mandi..
0800hrs: Nyanyian lagu Negaraku..sempena sambutan Hari Malaysia..Sarapan pagi..packing barang utk checkout..
1000hrs: semak keluar hotel..siap ke Songkhla..
1530hrs: dijangka tiba di songkhla..melawat tempat bersejarah..tempat menarik kat sane..bergambar dengan patung "Little Mermaid"
1700hrs: Menerusan perjalanan ke Hatyai.
1800hrs: Dijangka tiba di Hatyai..kalau ade rezeki kat sane nnt boleh singgah Floating Market..atau pasar terapung..hehe..pengalaman yg jugak xde kat Malaysia rasenye..
1900hrs: Round2 sekitar Hatyai..Makan..dsb..sementara tunggu bas balik ke KL..
2100hrs: Menaiki Bas pulang ke KL semula..

17 September 2013 - Selasa..
0600hrs: Dijangka tiba di Stesen Pudu Sentral Kuala Lumpur..
0630hrs: Pulang ke rumah masing2..

so far itu perancangan kami..itu pun hasil dari pengalaman Santai Krabi XPAC V1.0 dulu..so insyaallah jadi..kos yang terlibat utk sume ni insyaallah berbaloi utk anda..murah dan memuaskan..sape nak detail boleh contact saye..melalui apa jua medium..sy boleh jamin..bawah RM 900 per pax..

Comments

Popular Posts