Followers

Monday, June 15, 2009

duit @ kasih sayang

6/15/2009 10:33:00 AM Posted by Andy Fairuz 3 comments


duit lebih penting daripada kasih sayang atau sebaliknya?

persoalan yang biasa kita persoalkan.mana satu anda rasa benar??

ada pendapat mengatakan kasih sayang lebih penting.sebabnya adalah kerana mereka berpendapat bahawa tak kisahlah samada kaya kah pasangannya, berduitkah pasangannya,mewah kah pasangannya,ataupun miskinkah pasangannya, susahkah pasangannya, tak jadi masalah. kerana kasih sayang melebihi segalanya.yang penting si lelaki mampu menjaga si wanita.yang penting mereka tahu mereka saling menyayangi sesama sendiri.itu lebih penting.walau apa pun terjadi kasih sayang mereka tidak mampu menandingi keadaan sekeliling yang boleh mengganggu gugat hubungan mereka.mereka mengatakan duit tak boleh beli kasih sayang.

aku suka keadaan begini.begini lah kita nak menilai tahap setianya pasangan kita.walau apa pun terjadi,mereka harungi segalanya bersama.jika berlaku sesuatu masalah, setiap dari pasangan saling membantu untuk menyelesaikannya.

ada pula pendapat mengatakan wang ringgit lebih penting. penjelasannya kerana tanpa wang ringgit kasih sayang tak dapat dicipta.sebab apa?untuk menghadirkan rasa cinta, kasih dan sayang, wang ringgit mampu membuatkan pasangannya gembira, suka, seterusnya menyemai rasa cinta tersebut.mana taknya.dengan wang ringgit lah mereka boleh belikan hadiah pada tiap kali annyvrsary.dengan duitlah boleh pegi tengok wayang tiap-tiap minggu.dengan duitlah hubungan mereka semakin intim.pasangan semakin mesra.dan nikmat berpasangan itu semakin dirasai.

dulunya aku tak berapa gemar keadaan begini.sebab aku sgt yakin yang kasih sayang sebenarnya mengatasi segala-galanya dan wang ringgit mengukuhkan lagi ikatan tersebut.tapi sejak akhir-akhir ni aku mula nampak sesuatu.mengatakan wang ringgit sebenarnya adalah perkara utama sang bunga menyukai sang kumbang.kerana wang ringgit kesetiaan mampu digugat.kerana wang ringgit hubungan mampu di pisahkan..kerana wang ringgit kebahagiaan mampu dicipta.kerana wang ringgit hati mampu berubah.banyak lagi la.

post aku sebelum ni tentang peristiwa di pesta buku baru-baru ni menguatkan lagi pandangan aku ni.

jadi anda pilih yang mana??
Reactions:

3 comments:

  1. klu aku pilih kasih syg.... lebih penting....
    mmg duit adalah nadi utk hidup di dunia kini... btol kata ko tanpa duit pasangan x boleh nk berhubung melalui sms cth nyer...
    tp asas berpasangan bg aku adalah sefahaman.... baru datang nyer kesetiaan...
    aku pon berpasangan n kami sme blaja pasal duit mmg x payah cte.. kering manjang...sbb aku faham dia n dia faham aku... mesti ada sikap toleransi... aku akui ramai gurl yg mementingkan duit...
    duit bkn utk membeli kasih syg tp duit ada lah penyeri kasih syg....

    (^_^) ain comey....

    ReplyDelete
  2. yup..dats d idea..

    but reality nye..last skali ia akan berbalik pada duit gak..
    sejauh mane kukuhnya kasih sayang tu pun kalau ade problem pada duit, ia akan goyahkan kasih sayang tu jugak..

    ReplyDelete
  3. aku tak setuju sebab pada aku pulak duit bikan segalanya tetapi segalanya menerlukan duit.. hanya nak mengharapkan kasih sayang sorry to say memang takleh tahan. kalau ko dah kahwin ko akan setuju dengan apa yang aku cakap..

    ReplyDelete