Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

kemurungan tahap dewa

beberapa hari ni aku telah mengalami rasa murung yang melampau.dari minggu lepas.dalam hati ni rasa seperti handak di kongsi pada seseorang dgn harapan sekurang-kurang nya dapat 'release' sedikit rasa murung ni.hari demi hari,rasa murung tersebut makin berleluasa.

suatu hari yang aku nantikan untuk aku lepaskan segalanya.tujuannya hanya satu, 'at least' aku 'release'.rupanya satu kejadian sangat pahit berlaku.sangat hitam pada aku.tak sangka berlaku.

lagi hari berlalu.rupanya keadaan hitam ni telah lama berlaku.tanpa aku sedari.membuatkan nya jadi lebih hitam.

kenapa aku tak berpeluang untuk tahu segalanya.kenapa rasa gelap itu tak dikongsi bersama aku sekali.sebab suatu kejadian aku seperti tak layak untuk tahu.atas sebab itu keputusan dibuat tanpa aku.atas sebab itu aku tak diberi peluang walaupun pada zahirnya seperti mendapat peluang itu.

dalam kepala ni kusut.dalam hati ni serabut.dalam jiwa ni sepertinya kosong.tak boley berfikir da.temu janji dengan Maha Pencipta tak pernah aku lupakan.mintak segalanya pada-Nya.tapi kepala ni tetap kusut.hati ni tetap serabut.jiwa ni tetap kosong.

kemana pun aku pergi tetap ada keadaan hitam tu.apa saja aku buat tetap ada keadaan hitam tu.

"ya Allah, aku bermohon kepadamu agar keadaan hitam ini bertukar putih kembali.bertukar putih seperti dulu.aku taknak keadaan baru.tapi cukup sekadar keadaan putih yang dulu dan menjadi lebih cerah berbanding dulu." doa yg selalu aku baca sekarang..huhu..

Comments

Post a Comment

Popular Posts