Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Travelog - Sakura @ South Korea - Jeju Island (Part 2)

Bertemu lagi di bahagian kedua..di bahagian kedua ini kita sambung travelog ni dengan hari kedua pula.. Pada hari yang kedua ini kami menjelajah sebahagian dari Pulau Jeju.. Antara tempat yang kami cover adalah semestinya Ilchulbong, Seongsan.. Seopjikoji Beach.. Sangumburi Crater.. Jusangjeolli Cliff.. Yeomiji Botanical Garden dan Seonimgyo Bridge.. Jom baca..
4 April 2014 (Day 2)

Aktiviti kami bermula seawal 6.30 pagi..masa tu da cerah dah..sepatutnya kene keluar pukul 5 pagi..sebab nak tengok matahari terbit..tapi biasalah..bangun lambat..tapi pemandangan masih lagi cantik..on the way ke Ilchulbong tu kami dapat tgk sunrise..dapat la capture gambar n video..

Sampai je kat sane, dapat tengok satu pemandangan yang sangat cantik..satu kawasan gunung berapi yang dah tak aktif..untuk melihat kawahnya kita perlu mendaki setinggi lebih kurang 90m xla tinggi sangat..tapi dengan cuaca yang agak sejuk..dan angin yang bertiup kencang..menambah lagi kesejukan sampai ke tulang..untuk mendaki puncak Ilchulbong ini ade admission fee sebanyak 2000W untuk dewasa dan 1000W untuk kanak-kanak..murah je kan..sepanjang pendakian kami dihidangkan dengan pemandangan yang x pernah dilihat sebelum ni..memang sangat cantik..ni tgk gambar bawah ni...cantik tak??

OTW ke Ilchulbong..Sunrise dalam perjalanan..
This is Ilchulbong..
Makteh n Syabil
edit sket..
Sejuk...abis semua cover..
Sebelum naik
Columbia sponsor..hehe
Berlatarbelakangkan Ilchulbong
Selfie reramai..
Halfway..
Lagi selfie..
Selfie di Ilchulbong peak..
We made it..
Sebelum turun selfie dulu
Lompat2..
Pergh..!!! Superb view..
Nice view from Ilchulbong
Aku n syabil
Lagi Selfie reramai..
Syabil




lompat-lompat
Fuhh...amacam..cantik kan..tu baru satu tempat..blom pergi tempat lain lagi..so lepas ni kita akan ke Seopjikoji Beach pulak..

Seopjikoji Beach terletak hanya beberapa kilometer sahaja dari Ilchulbong..Menariknya tentang Pantai Seopjikoji ni adalah kita boleh melihat Ilchulbong dari sini. Terdapat batuan berwarna hitam meliputi pantai tersebut..batuan tersebuat adalah tinggalan batuan gunung berapi di Pulau Jeju tersebut..tiada sebarang bayaran untuk masuk ke sini.

Seopjikoji Beach
Ni pantai dia..
huhu..sori..xbanyak gambar..dalam video ade banyak sket..hehe..ok..done Seopjikoji Beach..selepas ke pantai, kami meneruskan perjalanan ke Jeju Folk Village..juga beberapa kilometer dari Seopjikoji Beach..di Jeju terdapat banyak folk village..tapi kami decide untuk ke Jeju Folk Village kerana ia satu jalan dengan perjalanan kami..untuk masuk bayaran sebanyak 4000W ke 8000W mengikut umur..kat sini kita boleh tengok perkampungan di Jeju pada zaman dahulu..kat sini juga ade Sakura walkway..tapi time kitorang pergi tu sakura x banyak lagi..jom tengok gamba..

Add caption
Cherry blossom walkway..tapi x lebat sakuranya..


Jeju Folk Village
Jeju Folk Village
Selfie dibawah sakura
okeh..selesai berjalan-jalan di Jeju Folk Village..kami meneruskan pengembaraan kami ke Sangumburi Crater (sebutan San-gum-bu-ri).. Salah satu kawasan yang kita boleh lihat beberapa tinggalan kawah gunung berapi di pulau Jeju tersebut..dari sini kalau tak silap, kita boleh tengok lebih kurang 6 - 7 gunung di sekitar Jeju. So pemandangan kat sini memang sangat cantik..Admission fee untuk masuk sini adalah sebanyak 3000W untuk dewasa dan 1500W untuk kanak-kanak. Kat kawasan parking kereta terdapat deretan pokok sakura yang sangat cantik..jom tengok..

View di Sanguburi Crater
View di Sanguburi Crater
Belakang tu kawah gunung berapi..
Sofea
San-kumburi Volcanic Crater
vintage sangat..hehe
nampak x patung rusa kat sana..
kerusi jongkang-jongket..
kerusi Sangumburi
Jeju Man
Jeju Man
Banyaknye sakura
peace
Selfie..
So camne setakat ni..cantik kan pemandangan kat sana..kat Sangumburi ni memang xde ape pun..tapi kita boleh tengok view yang sangat-sangat menarik dan cantik..xrugi la kalau masuk pun..bukan mahal pun kan..

Lepas ni kitorang bercadang untuk ke Hallasan..atau Halla Mountain..kat situ lagi cantik view..tapi memandangkan semua da tak larat..dan untuk ke atas puncak pula kita kene mendaki gunung yang agak tinggi jugak..so kita decide untuk tidak mendaki..tapi melalui sepanjang perjalanan ke Hallasan tu memang cantik pemandangannya..

Hallasan dari jauh..
Ok..dah jauh kita berjalan..tapi hari masih muda..hehe..kita teruskan lagi perjalanan kita hari ini.. Aku yang jadi tourist guide hari tu terus belek map yang ada di tangan..berbekalkan gps kat handphone, aku guide terus ke destinasi seterusnya..iaitu ke Jusangjeolli Cliff. Ia adalah satu kawasan tebing tinggi terhasil dari lava gunung berapi yang melimpah sehingga ke laut. hasil limpahan tersebut maka terhasil satu tebing tinggi yang sangat cantik..Bayaran dikenakan adalah sebanyak 2000W untuk dewasa dan 1000W untuk kanak-kanak. Jom tengok pemandangan kat sini..




Berhampiran dengan Jusangjeolli Cliff, terdapat sebuah taman dimana letaknya sebuah jambatan dengan ukiran patung iaitu Seonimgyo Bridge. Taman ini pernah menjadi satu lokasi penggambaran siri Running Man..tak ingat pula episod berapa..hehe..sewaktu kami tiba, hari dah petang.. nasib baik sempat masuk sebab ia tutup pada jam 6.30pm. so sempat la masuk..bayaran dikenakan sebanyak 2500W untuk dewasa dan 1350W untuk kanak-kanak. Anda boleh mencari landmark Cheonjeyeon Falls untuk melalui jambatan ini..

Seonimgyo Bridge



Sori..gambar kat jambatan tu xde pulak..sibuk dok ambil video je...dalam video ade..huhu..xpe nanti tengok video ye..view dari atas jambatan memang cantik. Dari atas jambatan ni kita boleh tengok Cheonjeyeon Falls..

Ok..setelah penat berjalan menjelajah separuh dari pulau Jeju ini..kami pulang semula ke hotel..maka berakhirlah perjalanan kami untuk hari kedua ini..memang penaglaman yang sangat menarik.. Oh ya..mungkin anda tertanya bagaimana kami makan..hehe..sewaktu di Jeju Folk Village, kami makan hanya di dalam kereta..hehe..makanan yang kami masak sebelum keluar pagi tadi.. menunya nasi dengan lauk sambal ikan..hehe..sedappp...

Di waktu malam pula, setelah berehat untuk beberapa jam..kami keluar jalan-jalan sekitar kawasan hotel..jalan kaki je..so boleh tengok kedai-kedai di kawasan sekitar..

sekian kisah hari kedua..kita sambung pulak di hari ketiga.. esok kita akan ke Seoul..

Sambung Part 3

Comments

  1. hello,

    thanks for the info, macam best je jalan ke sana kan. just nak tnye, kat sana kena ada international licence ke if sewa kereta?. uno guest house tu dekat ke nak ke mana2?hehehe..plan nk pergi sana next month. sekarang tgh buat research sikit2. blh share info?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana kene ade international driving permit. boleh pegi amek kat jpj..bayar rm 150..

      Uno guesthouse tu kat chungmuro..sangat dekat dengan subway station..so nak ke mana2 pun senang..kalau nak jalan kaki ke myeongdong pun boleh..sangat dekat..belakang tu ade namsan hanok village..betul2 blakang building tu..

      Delete
  2. oh..ok2 thanks for the info. plan memang nk drive la jeju island. senang tk cri jln?akan sesat?blh tk share info sewa kereta kat jeju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy jugak recommend utk drive kat jeju sebab senang nak ke mane2.. so far x susah pun nak cari jalan kat sana. Dari pengalaman sy x sesat pun..tp berpandukan google maps.. hehe.. sebab kalau guna gps kereta x paham bahasa dia..nak taip location x reti..

      so cara yang saya guna adalah.. hari sebelum perjalanan tu sy view siap2 jalan2 yang saya akan lalu di google maps kat phone..so normally google maps akan simpan maps yang kita da view tu.. then the next day boleh bukak je kat google maps tu, on gps kat phone, then ikut la laluan yang kita dah tgk smalam..

      Ouh ya..jalan kat sana agak senang since kebanyakan attraction dia mesti melalui main road.. dan harus diingat, mesti folow speed limit.. sesetengah jalan tu limit 70kmh je..camera bersepah kat traffic light..

      info kereta sewa..sy sewa kereta di kumho car rental..boleh google n tgk website dia..book sebelum pegi ni..then kat sane nanti sampai je airport boleh terus ke kaunter n pergi ke tempat kereta sewa..ade shuttle bus yang akan bawak kita ke tmpat kereta sewa tu..semua kereta ade gps..but most of kereta yang ade gps tu dalam bahasa korea..kene try tanye la kot ade yang dalam english..

      harap membantu..

      Delete
  3. Salam. nak tny, bila ye tuan pergi? sy pergi 21 Mac 2018 nanti. Agaka2 time tu sakura dah ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi awal april 2014. kalau ikut tarikh 21 mac tu rasanya belum ade sakura lagi..sebab biasanya cherry blossom start april..sy pun ade trip spring 2018 ni..date kitorang pergi nanti 8-13 april 2018

      Delete

Post a Comment

Popular Posts