Skip to main content

Featured

MyPickupTrip

Awal tahun aritu lepas tengok trip yang aku buat ke Korea boleh dikatakan berjaya walaupun dengan sedikit  kekurangan, so aku plan untuk buat lagi trip ke Korea. Tapi lepasni aku tak gerak dengan personal account aku. Aku decide untuk create satu nama untuk aku jalankan semua trip ni. Dan trip-trip yang aku buat bukan setakat ke Korea malah lebih lagi. Nama yang aku pilih adalah "My Pickup Trip - Let's Travel". Sebab kenapa nama ni di pilih kerana masa tu dok sibuk pasal pickup line - ciaaa ciaa ciaaa... so aku ambil perkataan pickup tu dan tambah trip belakangnya memandangkan ia berkaitan dengan trip and travel. Dan trip pertama aku under MyPickupTrip ni adalah ke Seoul, South Korea sekali lagi pada bulan April lalu. Alhamdulillah 2 group yang pergi. 1 group tu memang private group, dan 1 group lagi adalah open group. 12 orang kesemuanya. Memang tak dinafikan terdapat beberapa kekurangan dari segi pengurusan makan, namun pada aku ianya boleh dikatakan berjaya mema

Travelog - Santai Krabi XPAC 14 - 16 September 2013 (Part 1)

Salam santai wahai pembaca sekalian..kali ini entri aku mungkin berbeza dengan entri sebelum ini. kali ini aku akan berkongsi dengan pembaca sekalian pengalaman aku bersama XPAC mengendalikan program Santai Krabi XPAC beberapa minggu lalu..

sebelum aku bercerita lanjut, sedikit intro aku nak kongsikan. Program Santai Krabi ini adalah anjuran sepenuhnya oleh Ex Persi Adventure Crew atau lebih dikenali oleh XPAC. Aku adalah salah seorang crew yang terlibat dalam mengendalikan program ini. Seramai 31 orang peserta termasuk seorang kanak-kanak telah turut serta pada program kali ini.

So, ikuti pengalaman perjalanan kami..Enjoy!!..

13 September 2013

Perjalanan kami bermula dari KL Sentral. Semua peserta dikehendaki berkumpul di hadaman KFC pada jam 8 malam.. seorang demi seorang tiba dan berkumpul di sana..ada yang datang dengan kumpulan masing-masing. Mungkin dah berkumpul di mana2 tempat sebelum tiba di KL Sentral..aku sendiri tiba agak lewat..balik kerja lambat..tambah pula jalan jem..huhu..Sampai di KL Sentral sempat kami membuat tukaran wang sebagai persiapan berbelanja di Thailand nanti. aku, chaoi dan dek an sempat beli Burger King untuk bekalan dalam perjalanan..

jam 9 malam sewaktu menunggu pesanan di BK, terdengar announcement perlepasan bagi tren kami..perjalanan kami menaiki tren Senandung Langkawi terus ke Padang Besar, Perlis. kelam kabut jugak dibuatnya..tapi alhamdulullah sempat..semua peserta kelihatan teruja. masing tak ketinggalan untuk merakamkan detik menarik mereka.

Sebahagian dari peserta
geng apex..
bersiap sedia menaiki tren..
tiket tren..
Masuk je dalam tren..masing-masing sibuk mencari port.ade yang nak dok atas..ade yg nak dok bawah..ade yg hujung..ade yang tengah..suasana dalam trem pada awalnye memang kecoh..maklumlah..seronok punye pasal..hehe..tapi kecoh2 pun sume dapat seat..eh..bukan seat..katil ye tuan2..sebab kami amek tempat tidur..baru selesa sket nak jalan jauh kn..

Nak di jadikan cerita dalam tren tu..salah seorang dari peserta kita telah menghadapi masalah..huhu..walaupun telah diingatkan..

buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh

namun apa kan daya..passportnya tertinggal..maka terpaksalah si boyfriend ade yg menjadi hero menyelamatkan si girlfriend yang tertinggal passport ni td..terpaksa la bf ni td turun kat stesen sg buloh..ke rawang tah..n patah balik amek passport yang tertinggal tu..dan yang lain meneruskan perjalanan..

setelah sejam perjalanan..semua peserta di brief serba sedikit perkenaan the whole program..tentative program, tempat yang akan di lawati, aktiviti, transport, makan, minum, tempat tidur dan person in charge..so dat mereka semua faham dan mendapat clear picture of the event..nnt takde la yang tertinggal..

sepanjang dalam tren aktiviti bebas..aku??tido laa...hehehe..letih..keje aritu..hihi..yg lain..ade yang lepak cafe..bersembang..meluahkan perasaan..tido..macam2 lagi..



briefing dalam tren
dalam tren
havoc..dalam tren..
lek luu...
perjalanan terus menuju ke padang besar...

to be cont..

Part 2

Comments

Popular Posts